Team Selangor Dun Batang Kali

Team Selangor Dun Batang Kali Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Team Selangor Dun Batang Kali, Non-Governmental Organization (NGO), No 25 Jalan Gapi 1A/3 Antara Gapi, Serendah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir sama dalam menjayakan program kali ini. Jutaan terima kasih juga bua...
05/10/2025

Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir sama dalam menjayakan program kali ini. Jutaan terima kasih juga buat Tuan Saifuddin Shafi Muhammad yang sudi hadir sama merasai pengalaman membuat panipuri dan menyantuni para peserta program kali ini. Semoga Team Selangor Dun Batang Kali dipermudahkan segala urusan untuk melaksanakan aktiviti - aktiviti bermanfaat bersama komuniti setempat. Tahniah Farhana Zulkiflee selaku pengelola program mewakili Team Selangor Dun Batang Kali.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Syabas KBJ Felda Gugusan Sg. Dusun sebagai penganjur bersama yang berjaya menga...
29/09/2025

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Syabas KBJ Felda Gugusan Sg. Dusun sebagai penganjur bersama yang berjaya menganjurkan program kali ini.

Next Program Team Selangor Dun Batang Kali.
17/09/2025

Next Program Team Selangor Dun Batang Kali.

15/09/2025

PERTANDINGAN BOWLING PERTUBUHAN BELIA DAERAH HULU SELANGOR 2025

Tarikh : 20/09/2025 (Sabtu)

Masa : 01:00 PM.

Tempat : JUARA BOWLING ALLEY ENCORP STRAND MALL, KOTA DAMANSARA

1 pasukan mestilah terdiri daripada 4 orang peserta. Terbuka kepada 15 pasukan terawal dan pemenang Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga akan membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai beserta trofi. Tempat pertama akan membawa pulang Piala Iringan.

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan saudara Haikal di talian 018-2283041













Terima kasih Tuan Saifuddin Shafi Muhammad (Penyelaras Dun Batang Kali) diatas kesudian merasmikan program tersebut.
17/09/2025

Terima kasih Tuan Saifuddin Shafi Muhammad (Penyelaras Dun Batang Kali) diatas kesudian merasmikan program tersebut.

Terima kasih Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali. Terima kasih juga buat semua peserta yang terlibat.
17/09/2025

Terima kasih Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali. Terima kasih juga buat semua peserta yang terlibat.

Turut hadir sama dalam memperkenalkan permainan kad orang minyak kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih atas unda...
17/09/2025

Turut hadir sama dalam memperkenalkan permainan kad orang minyak kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih atas undangan yang diberikan.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.
17/09/2025

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

03/09/2025

03 September 2025 | 10 Rabiulawal 1447H.

PERTANDINGAN TEMPUR MEMANAH HUSEL 2025

Tarikh : 14 September 2025 (Ahad)
Masa : 8 pagi hingga 3 petang
Tempat : Gelanggang Futsal Terbuka, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu

- Terbuka untuk 16 pasukan terawal
- 1 Pasukan 5 Orang
- Terbuka untuk mereka berumur 15 tahun hingga 35 tahun
- Makan Tengahari Disediakan

Link Pendaftaran : https://forms.gle/M5utxbM6Eoc31Up19

Nombor yang dimasukkan ke dalam link pendaftaran akan dimasukkan ke dalam group wasap untuk info pertandingan.

Hadiah berbentuk wang tunai, medal dan juga sebuah trofi piala pusingan. Jadi apa lagi tunggu ? Jom pakat-pakat daftar sekarang.

🚨 Banjir Kampung Hulu Rening: Team Selangor Laksanakan Ops Pasca Banjir 🚨24 Ogos 2024, Kampung Hulu Rening telah dilanda...
27/08/2024

🚨 Banjir Kampung Hulu Rening: Team Selangor Laksanakan Ops Pasca Banjir 🚨

24 Ogos 2024, Kampung Hulu Rening telah dilanda banjir dan sebanyak 4 buah rumah melibatkan 29 penduduk terjejas akibat dari bencana tersebut. Dalam menghadapi cabaran ini, Team Selangor DUN Batang Kali bersama Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali, dan PeBS Batang Kali, telah berganding bahu untuk melaksanakan pembersihan pasca banjir.

Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat meredakan cabaran yang sedang dihadapi oleh mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha murni ini. Bersatu kita teguh 🫶🏻



Team Selangor Bersama Wanita Orang Asal Bukit Manchung ; 𝐙𝐮𝐦𝐛𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐆𝐨𝐣𝐞𝐬  💃🏻"Jogeeeeeet kitaaaa !" Laungan wanita-wan...
27/08/2024

Team Selangor Bersama Wanita Orang Asal Bukit Manchung ; 𝐙𝐮𝐦𝐛𝐚 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐆𝐨𝐣𝐞𝐬 💃🏻

"Jogeeeeeet kitaaaa !" Laungan wanita-wanita orang asal Kampung Bukit Manchung berzumba.

17 Ogos 2024, Zumba Wanita Gojes bersama Komuniti Orang Asal Bukit Manchung yang dianjurkan oleh Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Batang Kali dengan kerjasama Team Selangor dan Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Batang Kali.

Kehadiran memberansangkan daripada masyarakat orang asal setempat. Sementara ibu kakak berzumba, anak-anak kecil mengisi ruang wakti mereka dengan aktiviti mewarna dan sebelum majlis penutup kami turut mengadakan slot agihan bendera berserta nyanyian lagi patriotik dalam usaha menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan Tanah Air kita yang tercinta.

Terima kasih atas kehadiran Tuan Saifuddin Shafi Muhammad Penyelaras Dun Batang Kali, MPHS Ahli Majlis Puan Hayatichat Yatt dan wakil rakan saya dari Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali bagi memberi sokongan program kepada masyarakat setempat.

Semoga semua kekal sihat dan sentiasa bersama dalam program komuniti yang dianjurkan 🫶🏻💛❤️



Team Selangor Bersama Komuniti ; Program Let's Sihat DUN Batang Kali 🩺3 Ogos 2024, telan berlangsung Program Let's Sihat...
27/08/2024

Team Selangor Bersama Komuniti ; Program Let's Sihat DUN Batang Kali 🩺

3 Ogos 2024, telan berlangsung Program Let's Sihat di Pusat Internet Komuniti Taman Seri Serendah anjuran Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (S**A), dengan kerjasama Team Selangor, Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali dan Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor.

Antara rawatan yang disediakan dalam program pada kali ini ialah saringan tekanan darah, BMI, gula dalam darah serta PEKAB40. Saringan ini telah dijalanlan oleh kakitangan SP Care. Di samping itu, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali bersama S**A DUN Batang Kali membuka kaunter pendaftaran inisiatif Kerajaan Negeri seperti Iltizam Selangor Sihat, Skim Mesra Usia Emas warga emas dan OKU, kaunter zakat dan beberapa kaunter lagi.

Terima kasih atas kehadiran Penyelaras Parlimen Dr Sathia Prakash dan Penyelaras DUN Batang Kali, Pengerusi JPKK Kampung Dato Harun serta kakitangan PEDi yang hadir.

Semoga program ini menjadi titik tolak untuk kita menjadi individu yang lebih cakna akan kesihatan dan bersama ke arah masyarakat yang lebih sejahtera 🫶🏻💛❤️



Address

No 25 Jalan Gapi 1A/3 Antara Gapi
Serendah
48200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60105404250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Selangor Dun Batang Kali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Team Selangor Dun Batang Kali:

Share