09/05/2026
Laporan Penyertaan PERKIM Cawangan Serendah di Mesyuarat Agung PERKIM Bahagian Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kompleks PERKIM Bahagian Negeri Selangor. Program ini menghimpunkan wakil-wakil daripada pelbagai cawangan seluruh negeri Selangor bagi membincangkan perkembangan dakwah, kebajikan saudara baru serta hala tuju organisasi pada masa akan datang.
Delegasi daripada PERKIM Cawangan Serendah turut hadir bagi menunjukkan komitmen dan sokongan terhadap usaha memperkukuhkan gerak kerja dakwah serta kebajikan yang dijalankan oleh PERKIM Bahagian Negeri Selangor. Mesyuarat ini juga menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah antara cawangan-cawangan PERKIM di seluruh Selangor serta berkongsi idea dan pengalaman dalam mengurus aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan mualaf.
Semoga penyertaan ini dapat memberi manfaat kepada PERKIM Cawangan Serendah dalam memperkasakan lagi program dakwah dan kebajikan di kawasan Serendah, serta terus istiqamah dalam membantu masyarakat dan saudara baru ke arah kehidupan yang lebih baik.