Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang

Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang
(No Pendaftaran : PPM-007-14-10022017) InsyaAllah.

Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang (No Pendaftaran : PPM-007-14-10022017) adalah merupakan salah satu NGO yang telah lama berkecimpung dalam pelbagai program - program motivasi dan pembangunan modal insan. Memahami peranan sebagai pemikul amanah iaitu Hamba Allah di muka bumi ini, Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang (PKSC) tergerak hati dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fi

zikal dan mental serta mendidik dan menyampaikan segala tuntutan sebagai Hamba Allah dimuka bumi ini agar peringatan demi peringatan dapat disampaikan dengan pelbagai kaedah, cara dan modul. Ini adalah untuk memastikan bahawa para peserta tidak lari dari landasan seterusnya menghasilkan modal insan yang berkualiti. Justeru itu, PKSC menjalankan perancangan dengan pelbagai aktiviti kepada anak remaja dan pelbagai lapisan usia untuk menghasilkan modal insan yang lebih memahami peranan dan tanggungjawab agar membawa mereka kearah kebaikan serta mencetuskan insan yang berkualiti dalam pembinaan karakter, personaliti dan jati diri. Seperti yang kita sedia maklum, peredaran zaman yang serba moden ini amat mementingkan akademik dan ilmu pengetahuan, medan latihan fizikal, mental dan spiritual, pembangunan rohani, penjanaan akhlak serta ukhwah dan kesatuan dikalangan para pelajar. Program seperti ini amat penting bagi seorang pelajar kerana disinilah pelbagai mental dan jasad dinikmati secara intensif. Oleh sebab itu, PKSC sangat menekankan aspek pembentukan akhlak dimana ianya merupakan perkara pokok untuk membentuk dan menghasilkan generasi yang mengutamakan modal insan yang berkualiti seiring dengan pencapaian dunia dan akhirat. Generasi zaman sekarang ini sudah banyak tergelincir dari landasan yang di tetapkan, dengan keruntuhan akhlak dan moral sudah cukup menggambarkan gejala sosial sekarang semakin menjadi-jadi. Oleh yang demikian, setelah beberapa pendekatan telah dibuat dan diambil untuk kajian dan penyelidikan, akhirnya PKSC bertekad untuk menggubal serta membentuk beberapa modul di dalam PKSC yang menerapkan jati diri sebagai medan utama dalam kehidupan seseorang pelajar untuk berjaya dengan cemerlang.

MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA KESEMBUHANDengan penuh rendah hati, Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang (PKSC) menjemput tuan/...
09/09/2025

MAJLIS BACAAN YASSIN & DOA KESEMBUHAN

Dengan penuh rendah hati, Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang (PKSC) menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menyertai Majlis Bacaan Yassin & Doa Kesembuhan buat Saudara Mohd Faizal bin Shamsul Baharin (Putra) yang kini sedang ditidurkan di ICU, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

Majlis ini akan dikendalikan oleh YBhg. Ustaz Khairil Anuar Ahmad Kamal.

Semoga dengan doa yang dipanjatkan bersama, Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kesejahteraan serta kekuatan kepada beliau dan keluarga.

📍 Tempat: Google Meet (scan diposter)
📅 Tarikh: Khamis, 11 September 2025
🕰️ Masa: 8.30 malam

Kehadiran dan doa daripada semua amatlah dihargai.

Terima kasih.

Address

Jalan Rasah
Seremban
70300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Sri Cemerlang:

Share