28/09/2026
๐ MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA MTSU NEGERI SEMBILAN BIL. 2/2026
28 September 2026 | Klana Resort Seremban
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Ahli Jawatankuasa MTSU Negeri Sembilan Bil. 2/2026 pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Meranti 3, Klana Resort Seremban.
Mesyuarat ini telah membincangkan beberapa perkara berkaitan pengurusan dan gerak kerja MTSU Negeri Sembilan, antaranya ucapan aluan Pengerusi, pengesahan minit mesyuarat lepas, laporan aktiviti kesatuan, laporan kewangan, program pemantapan kesatuan MTSU Siri 2/2026 serta hal-hal berkaitan perbelanjaan program.
Perbincangan turut memberi tumpuan kepada perancangan dan pemantapan gerak kerja kesatuan bagi memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur serta memberi manfaat kepada ahli-ahli MTSU Negeri Sembilan.
Semoga hasil perbincangan dan keputusan mesyuarat dapat terus memperkukuh komitmen serta kerjasama semua barisan kepimpinan dan ahli dalam memperjuangkan kepentingan warga teknikal.
Bersama Maju, Memperkasa Ahli. ๐๐