Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

01/05/2026

17/04/2026

Tahniah

Dont drink n drive, mencegah lebih baik daripada merawat.
07/04/2026

Dont drink n drive, mencegah lebih baik daripada merawat.



ALKOHOL MEMBUNUH

Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya, dinasihatkan agar tidak mengambil alkohol secara berlebihan kerana ia boleh menjejaskan pertimbangan, kawalan diri serta boleh membawa kepada kemalangan, keganasan dan kehilangan nyawa.

Banyak tragedi jalan raya berpunca daripada pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri, malah turut mengancam nyawa orang lain yang tidak bersalah.

Ambil langkah bijak dengan tidak memandu selepas mengambil alkohol, menggunakan pengangkutan alternatif serta menegur dan melindungi rakan daripada bertindak di luar kawalan.

Alkohol bukan sekadar memabukkan, tetapi boleh membunuh. Pilihan di tangan anda.

Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik โ€˜Likeโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/
https://www.instagram.com/pdrmsia_official/
https://twitter.com/PDRMsia
https://www.youtube.com/user/PDRMsia
https://t.me/PDRMsia_Official
https://www.tiktok.com/





#06042026

Terima kasih kepada yg hadir
07/04/2026

Terima kasih kepada yg hadir

FAQ โ€” PANDUAN ETIKA BERPAKAIAN EKSESAIS PENGAMBILAN KONSTABEL SSPDRM ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

1. Apakah pakaian yang perlu saya pakai semasa mula-mula hadir?

Calon WAJIB hadir dengan Pakaian Sesi Temu Duga (Formal) untuk urusan pendaftaran dan semakan dokumen awal.

- Lelaki: Kemeja putih lengan panjang, tali leher gelap (hitam/biru gelap), seluar slack gelap dan kasut hitam.

- Wanita: Baju kurung atau pakaian pejabat yang bersesuaian dan sopan.

2. Bilakah saya perlu memakai pakaian sukan?

Pakaian sukan hanya digunakan untuk Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Kecergasan. Calon hanya dibenarkan menukar kepada pakaian sukan SETELAH dokumen disemak dan disahkan lengkap oleh pihak Urus Setia di lokasi eksesais.

3. Apakah spesifikasi pakaian sukan yang dibenarkan?

- Lelaki: T-shirt putih, seluar pendek atau short tracksuit, dan kasut sukan.

- Wanita: T-shirt putih, seluar track bottom, dan kasut sukan.

4. Bolehkah saya terus datang memakai pakaian sukan dari rumah?

TIDAK BOLEH. Calon mestilah berpakaian formal terlebih dahulu semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian boleh menjejaskan urusan pendaftaran anda, tertakluk kepada budi bicara Urus Setia Pengambilan.

5. Adakah saya perlu membawa gambar berukuran pasport?

Ya, sila bawa 2 keping gambar ukuran pasport dengan latar belakang warna biru. Khusus bagi calon lelaki, gambar mestilah imej bertali leher.

RINGKASAN PROSEDUR KEHADIRAN

1. Jam 0700 Hrs: Hadir di lokasi dengan Pakaian Formal (Wajib).

2. Jam 0730 Hrs - 0800 Hrs: Sesi Pendaftaran & Semakan Dokumen (Masih dalam Pakaian Formal).

3. Selepas Semakan: Tukar ke Pakaian Sukan untuk Sesi Ujian Pemeriksaan Fizikal.

4. Sekiranya Layak: Tukar semula ke Pakaian Formal untuk Sesi Temu Duga pada hari yang sama.

NOTA PENTING: Pastikan anda membawa kedua-dua set pakaian (Formal & Sukan) serta kasut hitam/sukan yang bersesuaian untuk melancarkan proses eksesais tersebut.

Terima kasih.

URUS SETIA PENGAMBILAN SSPDRM BUKIT AMAN
Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan
Bahagian Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Bukit Aman.


06/04/2026

FAQ โ€” DOKUMEN PENGESAHAN ALTERNATIF BAGI CALON BEKERJA SENDIRI, FREELANCE ATAU TANPA SLIP RASMI

Berdasarkan situasi calon yang bekerja sendiri (mempunyai perniagaan, syarikat atau bebas), adalah dikecualikan daripada mengemukakan Surat Kebenaran Majikan yang formal. Walau bagaimanapun, calon tetap perlu membawa dokumen alternatif sebagai bukti pekerjaan untuk tujuan rekod dan tapisan.

Berikut adalah senarai dokumen alternatif yang boleh disediakan mengikut kategori:

1. Kategori: Mempunyai Perniagaan / Syarikat Sendiri
Jika calon adalah pemilik perniagaan, dokumen berikut diperlukan:

- Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM): Salinan sijil pendaftaran syarikat (Borang D/E atau setaraf) yang masih sah.
- Penyata Bank Syarikat: Salinan penyata bank syarikat bagi tiga (3) bulan terkini.
- Lesen Perniagaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Jika berkaitan (seperti lesen kedai atau permit penjaja).
- Kad Perniagaan (Business Card): Sebagai dokumen sokongan tambahan.

2. Kategori: Bekerja Sendiri (Freelance / Upah Harian)
Jika calon bekerja sendiri tanpa pendaftaran syarikat yang formal (seperti Malim Gunung, tukang rumah, atau penulis bebas):

- Surat Akuan Pendapatan: Surat ringkas yang ditandatangani oleh calon (dan sebaiknya disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah/Pegawai Kanan Polis/Pegawai Kerajaan) yang menyatakan jenis pekerjaan dan pendapatan purata. Contoh Surat Akuan boleh dimuat turun (download) pada pautan berikut: https://link.sspdrm.gov.my/suratakaun
- Penyata Akaun Bank Peribadi: Menunjukkan aliran tunai pendapatan hasil daripada pekerjaan tersebut.
- Sijil Keahlian Persatuan: Contohnya, Lesen Malim Gunung atau sijil keahlian persatuan profesional yang berkaitan dengan pekerjaan tersebut.

3. Kategori: Ekonomi Gig (Rider Grab / Foodpanda)
Bagi calon yang aktif dalam platform digital:

- Profil Aplikasi: Cetakan (screenshot) profil pemandu/rider yang memaparkan nama dan status aktif.
- Penyata Pendapatan (Earnings Statement): Muat turun penyata pendapatan harian, mingguan atau bulanan yang terkini daripada aplikasi tersebut.

Nota Peringatan Penting Untuk Calon:

- Tanggungjawab Calon: Pihak Urus Setia tidak akan menghubungi majikan atau pejabat untuk pengesahan. Semua dokumen mestilah disediakan dalam bentuk salinan fizikal (bercetak) semasa hari eksesais.

- Pengesahan Dokumen: Pastikan semua salinan dokumen (SSM, Penyata Bank, dll) telah disahkan benar oleh pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) atau Pegawai Kanan Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

- Surat Akuan Sumpah: Bagi calon yang tiada dokumen bertulis, membawa Surat Akuan Sumpah yang menyatakan status pekerjaan adalah langkah yang sangat membantu untuk melancarkan urusan di kaunter pendaftaran semasa semakan dokumentasi.

- Contoh Surat Akuan boleh dimuat turun (download) pada pautan berikut: https://link.sspdrm.gov.my/suratakaun

Sekian, terima kasih.

06/04/2026

FAQ โ€” STATUS PEKERJAAN & SUMBER PENDAPATAN: BOLEH SAYA MEMOHON JIKA TIDAK BEKERJA? ๐Ÿ‘ฎโ€๐Ÿ’ผ

Pihak Urus Setia SSPDRM Bukit Aman menerima banyak pertanyaan mengenai status pekerjaan untuk permohonan. Berikut adalah penjelasan berdasarkan SYARAT SKIM PERKHIDMATAN yang telah ditetapkan bagi pengambilan tersebut:

1. Keperluan Sumber Pendapatan

Pemohon MESTILAH merupakan individu yang mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang sah dan dapat dibuktikan.

2. Mengapa Syarat Ini Ditetapkan?

SSPDRM adalah sukarelawan polis, pemohon perlu mempunyai pendapatan tetap atau sumber kewangan sendiri bagi memastikan kelangsungan hidup sebelum layak berkhidmat sebagai anggota SSPDRM.

3. Bagaimana Jika Saya Bekerja Sendiri?

Pemohon yang bekerja sendiri, mempunyai perniagaan, atau terlibat dalam ekonomi gig (seperti freelance atau rider) DIBENARKAN memohon. Sila bawa dokumen alternatif sebagai bukti pendapatan seperti:

- Surat Akuan Pendapatan.
- Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM).
- Penyata Akaun Bank (3 bulan terkini).

4. Status Tidak Bekerja

Pemohon yang tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang punca pendapatan yang sah buat masa ini adalah TIDAK LAYAK untuk memohon.

MAKLUMAT LANJUT:

Untuk rujukan syarat-syarat penuh dan dokumen sokongan yang diperlukan, sila layari pautan berikut:

๐Ÿ”— https://e-rekrut.sspdrm.gov.my/iklan

Terima kasih atas minat dan semangat anda untuk bersama pasukan PDRM! ๐Ÿ”ต๐Ÿš”

URUS SETIA PENGAMBILAN SSPDRM BUKIT AMAN
Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan
Bahagian Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Bukit Aman.


04/04/2026
04/04/2026

MAKLUMAN SEMAKAN JADUAL EKSESAIS UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL DAN TEMU DUGA PENGAMBILAN KONSTABEL SSPDRM 01/2026.

Adalah dimaklumkan bahawa semua pemohon jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) kini boleh membuat semakan ketetapan jadual eksesais.

1. SEMAKAN JADUAL EKSESAIS

Calon dikehendaki melayari pautan di bawah untuk membuat semakan dan mendapatkan butiran jadual eksesais, tarikh, masa dan lokasi:

https://e-rekrut.sspdrm.my/semak

2. ARAHAN BAGI MENGURANGKAN KESESAKAN

Bagi memastikan kelancaran proses eksesais dan mengurangkan kesesakan di lokasi ujian, Calon dikehendaki mematuhi arahan berikut:

2.1 Hadir Mengikut Jadual โ€” Calon hanya dibenarkan hadir pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan dalam semakan sistem mengikut kontinjen.

2.2 Ketepatan Waktu โ€” Pendaftaran bermula seawal jam 7.00 pagi. Calon diingatkan bahawa edaran dan pengambilan borang eksesais hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 8.00 pagi sahaja.

2.3 Persediaan Dokumen โ€” Pastikan semua dokumen asal dan salinan telah disusun mengikut senarai semak sebelum tiba di kaunter pendaftaran bagi mempercepatkan proses seterusnya, dan sila bawa alatan tulis.

Sekian, terima kasih.

Semoga berjaya
04/04/2026

Semoga berjaya

SELESAI EKSESAIS ZON TENGAH & UTARA โ€” SETERUSNYA KE ZON SELATAN! ๐Ÿš”๐Ÿ’ช

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah hadir dan berjaya melengkapkan Ujian Pemeriksaan Fizikal dan Temu Duga bagi Pengambilan Konstabel SSPDRM Siri 1/2026 untuk Kontinjen:

โœ… Perak (31/03/2026 - 02/04/2026)

โœ… Selangor (30/03/2026 - 02/04/2026)

โœ… Kuala Lumpur (30/03/2026 - 02/04/2026)

Pihak Urus Setia SSPDRM Bukit Aman amat menghargai komitmen, disiplin, dan semangat patriotisme yang ditunjukkan oleh anda sepanjang tempoh eksesais berlangsung dari 30 Mac sehingga 02 April 2026.

PERSIAPAN SETERUSNYA: KONTINJEN NEGERI SEMBILAN, MELAKA & JOHOR ๐Ÿ—“๏ธ

Kepada calon-calon di bawah Kontinjen Zon Selatan, pastikan anda telah membuat persediaan fizikal dan dokumen yang lengkap. Eksesais akan bermula pada 06 April 2026 di lokasi-lokasi berikut:

๐Ÿ“ Negeri Sembilan: Dewan Acasia, IPD Seremban (06/04/2026 - 07/04/2026)

๐Ÿ“ Melaka: Mes Pegawai Kanan IPK Melaka (06/04/2026 - 07/04/2026)

๐Ÿ“ Johor: Dewan Orkid IPD Iskandar Puteri, Johor Bahru (06/04/2026 - 09/04/2026)

Semak butiran penuh jadual dan lokasi anda melalui pautan rasmi:

๐Ÿ”— https://e-rekrut.sspdrm.gov.my/eksesais

Semoga berjaya kepada semua calon Zon Selatan! Berikan yang terbaik demi cita-cita menyarung seragam biru! ๐Ÿ”ต๐Ÿ‘ฎโ€โ™‚๏ธ

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA PENGAMBILAN SSPDRM BUKIT AMAN
Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Cawangan Koordinasi Sumber Sokongan
Bahagian Operasi Pencegahan/Koordinasi Sumber Sokongan
Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti
POLIS DIRAJA MALAYSIA
Bukit Aman.


jauhilah sebelum terkena
27/03/2026

jauhilah sebelum terkena

๐Ÿšจ SEKALI PINJAM, SEUMUR HIDUP DIBURU ๐Ÿšจ

Pinjaman Ah Long mungkin nampak mudah pada awalnyaโ€ฆ
tanpa dokumen, lulus cepat, duit masuk segera.

Tetapi selepas itu?
๐Ÿ“ž panggilan tanpa henti
๐Ÿงพ mesej ugutan setiap hari
๐ŸŽฏ keluarga turut menjadi sasaran
๐Ÿ  rumah disimbah cat merah
๐Ÿ’ธ hutang meningkat berkali ganda
๐Ÿ˜” hidup dalam ketakutan berpanjangan

Jangan tunggu sehingga keselamatan keluarga anda terancam baru mahu bertindak.

Jika anda atau orang sekeliling menjadi mangsa:
โœ”๏ธ Laporkan segera kepada pihak polis
โœ”๏ธ Hubungi Bank Negara Malaysia
โœ”๏ธ Dapatkan bantuan AKPK
โŒ Jangan bayar kepada Ah Long

โš ๏ธ Pinjaman haram bukan jalan keluar โ€” ia jalan ke masalah lebih besar.

Lindungi diri. Lindungi keluarga. Jangan jadi mangsa seterusnya.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
IPK Negeri Sembilan ๐Ÿš”

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan

27/03/2026

Had Umur Persaraan SSPDRM.

Jom 'Follow' Media Sosial Rasmi SSPDRM-Kuala Lumpur dan klik 'Like' untuk mendapatkan informasi terkini daripada kami.






Address

Seremban
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia Negeri Sembilan:

Share