Gapena malaysia

Gapena malaysia Rumah GAPENA, JKR 899 Jalan Belfield Bukit Petaling 50460 Kuala Lumpur persidangan dan pertemuan-pertemuan penulis di dalam dan luar negeri; b.

Gabungan Persatuan Penulis Nasional atau ringkasnya 'Gapena' ditubuhkan pada 23 Oktober 1970.Gapena merupakan sebuah gabungan persatuan penulis dan budayawan di Malaysia yang berteraskan bahasa Melayu. GAPENA beribu pejabat di Rumah GAPENA, JKR 899, Jalan Belfield, Bukit Petaling, 50560 Kuala Lumpur, Malaysia
Tujuan Penubuhan

Menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Keban

gsaan;
Mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan-kepentingan penulis;
Memberikan sumbangan moral dan material secara kolektif kepada tujuan dan cita-cita Gabungan;
Mengusahakan peluang-peluang untuk penulis-penulis memajukan bakat mereka;
Menyatupadukan semua rakyat negara ini menerusi bahasa rasmi yang tunggal iaitu Bahasa Melayu;
Mencari, mendapatkan dan mengendalikan harta alih dan harta tidak alih di mana-mana sahaja dalam Malaysia dan luar negara, dan bagi menyempurnakan tujuan ini Gabungan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan korporat atau yayasan; dan
Berusaha untuk memajukan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
[sunting]Kegiatan Gabungan
Mengeluarkan majalah/lidah rasmi;
Mengusahakan penerbitan karya penulis dalam rangka memperkaya kesusasteraan dan ilmu pengetahuan;
Mewakili penulis tanahair dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan penulis di dalam a. jawatankuasa-jawatankuasa dan lembaga-lembaga terutama sekali yang ada hubungan dengan bahasa dan kesusasteraan. Menjalankan kegiatan ekonomi yang dapat membantu golongan penulis;
Menjalankan langkah-langkah yang difikirkan patut dari semasa ke semasa, sesuai dengan cita-cita Gabungan.
[sunting]Persatuan Gabungan
GAPENA merupakan sebuah federasi persatuan-persatuan penulis berbahasa Melayu diseluruh Malaysia. 22 anggotanya seperti berikut :
~BADAN KERABAT GAPENA~
• Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
• Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
• Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
• Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
• Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
• Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
• Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
• Persatuan Kebajikan Penulis Selangor (KEMUDI)
• Persatuan Penulis Johor (PPJ)
• Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
• Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)
• Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
• Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
• Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
• Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
• Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS)
• Persatuan Penulis Perlis (3P)
• Persatuan Penulis Selangor (PPS)
• Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
• Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
• Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
• Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
• Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA)

Address

RUMAH GAPENA
Seputeh
50460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gapena malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gapena malaysia:

Share