21/08/2026
KEJOHANAN BOLA SEPAK REMAJA BAWAH 16 TAHUN PIALA YANG DIPERTUA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SEROJA
AHAD, 16 OGOS 2026 - Selaras dengan Kempen Semarak Bulan Kemerdekaan Ke-69 Peringkat Taman Seroja, PPTS telah mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Remaja Bawah 16 Tahun bertempat di Padang Bola Sepak Taman Seroja, Jalan Seroja 18. Sebanyak 7 pasukan yang telah menyertai kejohanan ini yang terdiri dari taman-taman di bawah Zon BBST Utara.
Antara tujuan utama penganjuran kejohanan ini adalah untuk melahirkan remaja Taman Seroja yang aktif, berdisiplin serta memupuk semangat kesukanan dan bekerjasama secara berpasukan. Selain itu kejohanan ini adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim antara kumpulan remaja, ibu bapa dan komuniti setempat bersama Persatuan.
PPTS ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih kepada YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang, Puan Aminah A. Hamid, Ahli Majlis JPP Zon BBST Utara dan Menteri Besar Incorporated (MBI) di atas sokongan dan bantuan yang diberikan bagi menjayakan kejohanan ini.
"Muafakat Berwawasan"