Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan

  • Home
  • Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan

Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan, Community Organization, Taman Danau Desa, .

Tamu Lestari tercipta dari pengalaman seorang pencinta seni, dia mengambarkan satu Jenama yang dipegang untuk mempolopori semangat seninya yang tidak pernah
kering dan pupus..walau usia sudah meningkat jauh, namum semangat untuk berkarya tidak lelah,

Ada ke pelakon sekarang nak berlakun Teater? Tapi cari pengalaman dulu baru fikir pasal bayaran , tak yah demand dulu......
10/05/2026

Ada ke pelakon sekarang nak berlakun Teater? Tapi cari pengalaman dulu baru fikir pasal bayaran , tak yah demand dulu...yang penting di atas pentas beraksi..bukan senang nak.dapat peluang tu..
Lakon teater ni, mana ada bayaran macam cerita filem, lagi lagi jika kita entah siapa siapa...
Teater mengasah bakat kita supaya lebih cemerlang..kerja hidup kerja nyata nyata atas stage😄😄😄 VS Kerja edit edit cut ...action.🎬🎬🎬

01/05/2026

PENGUMUMAN RASMI PEMBUBARAN PERSATUAN
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Kebajikan Karya Seni dan Usahawan dengan ini dibubarkan secara rasmi pada 1 Mei 2026.
Pembubaran ini dibuat atas sebab-sebab tertentu, termasuk ketidakmampuan sebahagian ahli untuk meneruskan perjuangan dalam semangat berkarya dan berkaryawan seperti yang dihasratkan sejak penubuhannya.
Sepanjang penubuhan persatuan ini, pelbagai pengalaman telah dilalui — daripada susah dan senang, pahit dan manis, sehinggalah berjaya mementaskan dua buah teater:
“Cinta Abadi Suami” – dipertandingkan di bawah kelolaan JKKN Seremban, Negeri Sembilan. Walaupun tidak memenangi pertandingan, namun menerima penghargaan atas penyertaan.
“Semerah Seputeh” – berjaya dipentaskan dengan sambutan yang amat menggalakkan sehingga mencapai full house dan menerima pujian yang tinggi daripada penonton.
Kenangan ini akan sentiasa terpahat sebagai salah satu pencapaian bermakna sepanjang perjalanan persatuan ini.
Sehubungan dengan itu, saya, Puan Nelly Ahmad, selaku mantan Pengerusi Persatuan Kebajikan Karya Seni dan Usahawan, ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pelakon, ahli, dan pihak yang pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kesilapan, atau kelemahan sepanjang perjalanan ini. Segala tomahan, pujian, cabaran, dan dugaan yang dilalui adalah sebahagian daripada pengalaman yang mematangkan kita semua.
Jika terdapat salah dan silap dari pihak kami, ampun dan maaf dipohon. Semoga kita semua dapat saling memaafkan dan menghargai kenangan yang telah dibina bersama.
Sebagai makluman, perjalanan seni ini tidak terhenti di sini. Ia akan diteruskan di bawah naungan baharu dengan penjenamaan semula kepada:
Tamu Lestari Productions
(dipimpin oleh Puan Nelly Ahmad)
Sekian, terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan.

Saya nelly Ahmad Rasmi menutup tirai pembubaran Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan

🌟🎭 PELUANG BERLAKON TEATER – TOK BIDAN SOMAH 🎭Kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berlakon dalam pem...
01/05/2026

🌟🎭 PELUANG BERLAKON TEATER – TOK BIDAN SOMAH 🎭
Kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk berlakon dalam pementasan teater “Tok Bidan Somah”.
Sesi latihan akan dimulakan seawal mungkin selepas semua watak dimuktamadkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
✨ Watak yang ditawarkan:
Tok Bidan Somah
Jamlid
Sujenah
Penghulu Deraman
Bidin
Kamil
Kamariah
Seman
Fendi
Lela
🎬 Untuk yang benar-benar minat dunia lakonan: Bayaran mungkin bukan kelas pertama, namun teater adalah seni — bukan sekadar untuk mencari keuntungan atau glamour.
Ia adalah platform untuk: ✔️ Mengasah bakat
✔️ Menimba pengalaman
✔️ Membina keyakinan diri
✔️ Mencari exposure dalam dunia seni
📩 Berminat? Sila hantarkan email kepada:
[email protected]
📞 Atau hubungi:
Puan Nelly Ahmad

24/01/2025

---part 3..(Pembantu)

Mohammad Idris kini benar-benar menghargai kehidupannya setelah Fadhil, yang sepatutnya menjadi cucunya, kini menjadi satu-satunya anak dalam hidupnya.
Anak tirinya Rohaya yang memberi anak nya fadhil 2 berusia 2 bulan untuk dipelihara oleh ibunya, sebagai ayah tiri, permintaan Rohaya meminta tolong ibunya Jamaiyah , untuk menjaga fadhil ada lah satu usul yang sangat baik, memandang jamaiyah masih belum berapa kuat dalam dirinya, Mohammad idris sebagai suami memahami kesulitan isterinya melupakan kenangan bersama Norlaila satu satu.putri kesayangannya..

Setelah segala persetujuan di bina, Hari ini, Mohammad Idris perlu mencari seorang wanita untuk membantu isterinya, Jamaiyah, dalam menguruskan rumah. Mohammad Idris amat mengambil berat tentang Jamaiyah, dan Mohammad Idris sentiasa memastikan isterinya mempunyai banyak masa untuk memberi tumpuan kepada keperluan Fadhil dan memberikannya kasih sayang sepenuhnya , selain itu boleh membuat Jamaiyah tertawa gembira semula dengan kehadiran si kecil, cucu nya , fadhil Mahad.
Mohammad Idris beryakinan segala nya akan menjadi baik semula

Seorang wanita bernama Faridah akan datang bersama suaminya, Ahmad, untuk bekerja di rumah mereka. Faridah akan menjadi pembantu rumah dan Ahmad akan bertugas sebagai pemandu, membantu Jamaiyah atau Mohammad Idris menghantar ke mana mana. Jika mereka perlu pergi, termasuk membawa Fadhil ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan, membeli barangan dapur, dan membantu keperluan lain, semua kepentingan itu Mohammad Idris hanya ingin memberi sinar baru buat Jamaiyah isteri kesayangannya..

Ketika Faridah datang, untuk masuk bekerja , dia baru sahaja selesai berpantang melahirkan anaknya yang ke15, dia menolak untuk tinggal duduk dirumah Jamaiyah, kerana Faridah dan Ahmad mempunyai 10 orang anak dirumah, 7 sudah dewasa remaja , anak yang paling tua berusia 19 tahun, dan yang paling kecil sekitar 7 ke 8 tahun, yang baru lahir berusia 1 bulan. mereka menghadapi banyak kes**aran, setelah Ahmad mendapat kecederaan pada kakinya dan sering mengalami kekejangan badan. Dahulunya, Ahmad bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah, tetapi akibat masalah kesihatan, dia terpaksa berhenti kerja dan mencari pekerjaan yang lebih ringan seperti pemandu atau penjaga rumah.

Faridah bertemu dengan seorang wanita bernama Juriya, Juriya berkawan baik dengan Jamaiyah, dan Juria juga mencadangkan keluarga Mohammad Idris menjadi majikan kepada faridah dan Ahmad, Ketika Mohammad meluahkan hasratnya untuk mencari wanita yang boleh bekerja dirumahnya bagi menjaga Jamaiyah dan Fadhil, pasangan itu ditawarkan gaji RM1,000 sebulan beserta dan penginapan di rumahnya . Namun, Ahmad dan Faridah lebih memilih untuk p**ang setelah habis kerja , memandangkan perlu p**ang setiap malam untuk menjaga anak-anak mereka yang lain di Ampangan, Seremban.

Setelah beberapa bulan bekerja, Faridah menghadapi kes**aran kewangan. Anak-anaknya tidak mempunyai makanan yang cukup, kepada yang masih kecil memerlukan minuman susu, tetapi mereka tidak mampu dan hanya minum susu pekat, dan mereka tidak dapat bersekolah kerana tiada wang untuk membeli buku sekolah dan peralatan pembelajaran.. Keadaan ini amat membebankan Faridah dan Ahmad.

Pada suatu hari, Jamaiyah pergi ke rumah Faridah untuk memintanya menemainya dan Fadhil , kerana suaminya. Mohammad Idris akan pergi ke India untuk urusan perniagaan. Mohammad Idris ingin membawa Jamaiyah. Ikut serta , tetapi ditolak oleh Jamaiyah memandangkan fadhil masih kecil dan perlu keselesaan , justeru itu dia akur dengan kehendak Jamaiyah.. pagi itu setelah sarapan Jamaiyah bersiap untuk kerumah faridah, ingin mengajak Faridah menemaninya dan jamaiyah membenarkan Faridah membawa anak anaknya juga boleh di bawa dan tinggal dirumah nya..
Jamaiyah terkejut melihat keadaan hidup Faridah yang serba kekurangan. Anak-anaknya makan apa sahaja yang ada, dan seorang bayi kecil menangis kelaparan kerana Faridah tidak mampu membeli susu.

Faridah yang tertekan akhirnya mengeluh,
"Tuhan, ambillah anak ini dari aku kerana aku tidak mampu menjaganya." Segala Keperluanya tidak aku mampu tidak ada, lebih baik dia mati saja...
Jamaiyah yang mendengar luahan itu menegur Faridah, "Jangan berkata begitu. Anak-anak adalah anugerah Tuhan. Jangan putus asa, pasti akan ada jalan keluar." Setiap anak anak diberi rezeki masing masing..
Faridah sudah beberapa hari tidak datang kerumah Jamaiyah, tidak dapat berbuat demikian kerana Ahmad tidak sihat, kerana kesihatannya menurun dan keluarga besar mereka memerlukan pengawasan.
Jamaiyah memutuskan untuk membantu Faridah dan keluarganya. Dia membeli semua keperluan Faridah dan anak-anaknya, Mohammad Idris mula mendaftarkan sekolah bagi anak anak mereka, seterusnya Jamaiyah berbincang dengan Mohammad Idris, dan ingin memgambil Samira ,
Jamaiyah begitu tertarik pada Samira yang mempunyai mata yang cantik, serta senyumannya mencairkan hati setiap yang melihatnya. Samira anak yang baik, sering tersenyum dan bila bersama jamaiyah seolah meminta Jamaiyah mengambilnya sebagai anak nya..
Mereka bersetuju untuk mengambil anak bongsu Faridah, Samira, sebagai anak angkat. Samira, yang berusia tiga bulan, diberi nama baru, Nora Nor Mohammad Idris.

Faridah dan Ahmad berjanji untuk tidak memberitahu Nora Nor tentang asal-usulnya sebagai anak angkat. Sebagai balasan, Mohammad Idris berjanji akan terus menanggung perbelanjaan Faridah dan keluarganya.
Mulai hari tersebut , Faridah dan Jamaiyah menjadi seperti adik beradik,
Faridah sentiasa ada disisi Noranor dan masih bekerja disitu, agar dia juga dapat melihat Noranor , Noranor dilmpahi dengan kesenangan dan anaknya itu bertambah cantik mendapat ibubapa yang menyayanginya..

Kini, Jamaiyah sangat bahagia dengan kehadiran Nora Nor, yang mengingatkannya kepada anak perempuannya yang telah tiada, Norlaila. Dia menjaga Nora Nor seperti anak kandung sendiri, dan keluarga itu terus hidup bahagia bersama.

---

21/01/2025

Tangisan Jamaiyah

Rohaya memandang wajah ibunya, Jamaiyah, yang kelihatan semakin layu. Dalam mata itu, ada luka yang tak pernah sembuh. Kehilangan Norlaila, anak bongsunya, adalah luka paling dalam yang tak pernah mampu terubat. Air mata yang sering menitis, walaupun tanpa suara, sudah cukup untuk menggambarkan betapa peritnya kesakitan yang ditanggung oleh seorang ibu.

Rohaya sendiri merasai kehampaan dalam hidupnya. Sudah beberapa kali dia cuba untuk hamil, namun rahimnya terlalu lemah. Setiap kali mendapat khabar gembira tentang kehamilan, tidak lama kemudian, berita duka menyusul. Doktor mengatakan risiko untuk dia mengalami keguguran sangat tinggi. Hatinya remuk, tetapi dia tahu ada seseorang yang lebih terluka daripada dirinya—ibunya sendiri.

Kerana itulah, Rohaya berbincang dengan suaminya.
Rohaya: abang tiada siapa yang lebih baik lagi menjaga fadhil..

Mahad: boleh ke ibu menjaga? Sedangkan dia masih lagi dalam kesedihan macam tu..bukan mudah nak teruskan , apatah lagi, norlaila satu satu harta terbesar yang dia ada ,

Rohaya: abang ! Saya tahu ibu takan menolak, ibu tu penyayang, lagi pun ibu saja yang mampu menjaga Fadhil, sekurang kurang nya dia ada sesuatu yang kena buat, agar ingatannya tidak terlalu tertekan, dia pasti ingin menjaga Fadhil

Rohaya dan Mahad membuat keputusan besar , tidak mudah—menyerahkan anak kecilnya, Fadhil, anak kedua untuk dijaga oleh ibunya. Fadhil dilahirkan dengan masalah jantung yang lemah. Dia memerlukan penjagaan rapi, dan Rohaya percaya, tiada orang lain yang lebih mampu menjaga Fadhil selain Jamaiyah ibunya

Jamaiyah, terkejut, mendengar Fadhil mengalami Jantung lemah, direnungnya wajah comel Fadhil, putih melepak, berhidung mancung, dan fadhil anak yang baik, susah hendak mendengar suaranya menangih, s**a tersenyum, keadaan itu lebih kurang dengan Norlaila yang cantik, manja s**a ketawa,
akhirnya dia bersetuju, dia risau akan keadaan cucunya yang memerlukan perhatian lebih. Memandang Rohaya ibu muda yang kurang berpengalaman apa lagi menjaga anak sakit seperti sekarang, pasti dia akan. menangis panik, Jamaiyah masih ingat lagi, semasa anak pertama Rohaya Yusuf kena demam campak, dia menangis tidak tahu apa yang hendak dibuat, 2 minggu Jamaiyah menjaga Yusuf hingga sembuh baru di p**ang menghantar semula Kepada Rohaya..
Dia sedar, menjaga Fadhil cucu nya bukan sahaja tanggungjawab, tetapi juga satu peluang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Norlaila.

Sejak hari itu, Fadhil tinggal bersama Jamaiyah, iaitu kalau mengikut pangkat panggilan buat Jamaiyah sepatutnya memanggil nenek, sehingga Fadhil memanggil Jamaiyah sebagai “Emak.”

Fadhil membesar dengan kasih sayang daripada jamaiyah dan Mohamad Idris bila dilihat kemesraan Jamaiyah dan Fadhil membuat perasaan Mohammad idris, gembira,
kecerian Jamaiyah sudah kembali semula, membawa sinar dalam hidup dia suami isteri, tetapi bayangan Norlaila tetap menghantui setiap sudut hati dan fikirannya.

Dia masih ingat malam terakhir sebelum Norlaila pergi. Norlaila merenggek ingin makan nanas , Suaranya antara esak tangis dan sesak nafas. Tetapi Jamaiyah menegah memandangkan Norlaila sedang cirit-birit waktu itu, dan dia bimbang akan memudaratkan anaknya. Namun, tangisan Norlaila terus terngiang-ngiang di telinganya.

Jamaiyah akhirnya menidurkan Norlaila “Tidur dulu, sayang. Esok kita cari ubat dulu ya, dah sihat baru boleh makan nanas ye, Dalam esakan, Norlaila tertidur, tidur dengan sedu didadanya kerana kesan menangis legat tadi yang masih meninggal sedu.
Sejam kemudian, Jamaiyah datang mengejutkan norlaila untuk makan ubat kapur untuk cirit biritnya dan ubat batuk, yang disarankan makan setiap 4 jam.
Ketika mengejutkan Norlaila, wajahnya biru dan kelihatan lemah, tangannya terkulai , Jamaiya semakin teruk. Nafasnya tersekat-sekat, dan Jamaiyah segera memanggil suaminya, Mohammad Idris, untuk membawa Norlaila ke hospital.

Di tengah perjalanan, sesuatu yang tak diduga berlaku. Dalam pelukan Jamaiyah, Norlaila membuka matanya buat kali terakhir. Dia memandang wajah ibu bapanya dengan tatapan yang penuh makna, seolah-olah ingin mengucapkan selamat tinggal. Lalu, nafas terakhirnya terhenti.

Jamaiyah menjerit, menangis tanpa suara. Dia tidak pernah menyangka, anak kecil yang ceria itu akan pergi secepat ini. Bayangan Norlaila yang menangis meminta nanas masih menghantui fikirannya. “Kenapa aku tak tunaikan permintaan terakhir dia?” soalnya dalam hati, berkali-kali.

Kini, setiap kali dia melihat Fadhil, dia melihat bayang-bayang Norlaila. Hatinya sakit, tetapi dia tahu hidup perlu diteruskan. Kehadiran Fadhil adalah anugerah yang Tuhan berikan untuknya, sebagai kekuatan untuk bertahan.

Walaupun air matanya terus mengalir setiap kali dia mengenang Norlaila, Jamaiyah belajar untuk redha. Dia tahu, di suatu tempat yang lebih baik, Norlaila sedang tersenyum memandangnya.

---

Adakah cerita ini sesuai dengan apa yang anda bayangkan?

15/01/2025

Hari ini aku ingin bercerita, mengenai satu kesah suami isteri yang saling mencintai, hidup mereka penuh bahagia , penuh keharmonian, kerana kemesraan, kerapatan , saling faham memahami, bertolak ansur, pasangan ini di cemburui oleh ramai orang kampong yang mengenali mereka, Mohamad Idris dicemburui oleh kaum lelaki, kerana Mohammad Idris berjaya memenangi hati Jamaiyah, manakala Jamaiyah di cemburu oleh kaum wanita, setiap wanita berharap dapat, merasakan kebahagian yang dimiliki oleh Jamaiyah, dia sentiasa mendapat kasih sayang dari Mohammad Idris, yang sentiasa ada disisi Jamaiyah, memastikan dia dapat memberi segala kecukupan, kegembiraan dan kebahagian.
Mohammad Idris punyai matlamat, hanya ingin melihat isterinya tertawa, bahagia, sentiasa sihat dan sentiasa ada disisinya.
Inilah kisah yang ingin aku papar kan disini, kisah Benar (True Story) sebuah cerita, yang ingin aku kongsi dan kepada yang berkesempatan membaca di laman social saya ini. Diucapkan terimakasih, ini pengalaman dari cerita benar, mungkin kesah ini boleh menjadi panduan, menjadi satu nasihat , iktibar, atau pun pemangkin semangat untuk menjadi yang lebih baik lagi, dari sekarang..

Bak kata orang lama lama setiap perkawinan itu , sentiasa sematkan dihati
▪︎ jika ada yang terkurang dalam perhubungan, maka hendaklah di tambah,
jika bukan dengan wang ringgit, pakai tenaga , jika bukan dengan tenaga pakai p**a hati nurani, jika tiada semua itu, cukup dengan pengertian...pokoknya saling melengkapi..
▪︎ jika p**a sudah berlebihan , jangan sekali dikurangkan, terus menyemai, semoga kemanisan dalam perhubungan terus terjaga, berpanjangan, walau pun dimamah usia, selagi yang dinamakan perhubungan, kita kena sentiasa mencari benda baharu untuk memberi kebahgian kepada pasangan kita..bukan dengan mencari kesalahan dan merasa diri sentiasa betul..
Beralah pasti takan kalah..

PART 1 ( JAMAIYAH )

Berkulit sawo matang, rupa paras lelaki melayu sejati , matang, berbudi disenangi oleh orang orang kampong , ia sangat bertuah kerana dapat mengahwini seorang wanita yang cantik, idaman ramai lelaki dikampungnya, wanita cantik ini bernama Jamaiyah, sebahagian lelaki bujang di kampong Sungai Udang Melaka, kecewa kerana tidak dapat beristerikan Jamaiyah, janda muda. Yang cantik berhemah dan mempunyai akhlak yang baik, tetapi berjaya di sunting oleh Mohamad Idris , lelaki yang berasal dari Johor, tetapi telah memilih Melaka menjadi tapak rezeki hidup nya, setelah ia berjaya menjadi peneroka tanah dan membina rumah kos sederhana untuk penduduk situ, memudah kan dan membantu pada yang tidak berkemampuan, untuk memiliki rumah sewaan yang mampu milik.
Jamil : "Rashid kau dengar tak? minggu depan, Mohamad Idris dan Jamaiyah akan berkawin,Jamil bersuara,
Jamil yang baru saja sampai di kedai makan Pak Mat tanpa berlengah menyampaikan berita..

Raisudin : Dengar "Itu lah aku hairan kenapa peminangan aku Che Na tolak..
Ibu tiri Jamaiyah tolak haritu , ibu aku ada masuk meminang, kurang apa aku ye?

Rashid: pernah dengar tak? orang berkata kalau jodoh tak kemana..tapi kes kau ni lain sikit..
Haaa itu tanda nya tak berjodoh lah tu..
Mereka ketawa. Sesama sendiri
Tetapi Raisudin berwajah kecewa.

Pengenalan Jamaiyah (1)
Jamaiyah dilahirkan di kampong Sungai Udang Melaka , ayahnya bernama Musa seorang peniaga kedai runcit, berdarah campuran Thai disebelah Ibunya.. Musa berkawin dengan Safiah yang berasal dari pengkalan Balak, Setelah berkawin selama 5 tahunmereka dikurniakan seorang anak perempuan , Jamaiyah di lahirkan, wajah comel Jamaiyah mengikuti wajah kacukan arab bercampur thai mewarisi darah dari kedua dua orang tuanya..

Apabila Jamaiyah berusia 9 tahun, Safiah ibunya meninggal dunia akibat sesak nafas, Safiah meninggal sewaktu rumah mereka terbakar, tidak di ketahui puncanya, ketika itu Safiah sedang tidur kira kira pukul 3.00 pagi, Pak anjang pada ketika itu sedang bangun untuk solat tahajut dan dia perasan api sedang marak asap berkepul memasuki rumah Musa, dan ia segera berteriak memanggil orang untuk membantu, api marak dan asap berkepul kepul dan Safiah tidak dapat di selamatkan oleh kerana dia terperangkap di dalam dan pintu pagar berkunci, safiah meninggal kerana lemas ,asap hitam yang sedang berkepul memasuki ruang bilik tidurnya membuat ia tidak dapat bernafas, ketika kebakaran,

Musa sedang berpergian menghantar barangan keperluan di sebuah sekolah ugama, diMerlimau, dia membawa Jaimayah menemaninya, dan oleh kerana sudah malam, dia dan Jamaiyah menginap dirumah Pak saudara Musa, Pak Deraman adik ayah Musa yang paling bongsu, satu satu nya lagi pak saudaranya masih ada, dari 3 adik beradik . ayah Musa, iaitu Hj Mustafa seorang siak di masjid batu tiga melaka meninggal dunia akibat lelah dan diikuti oleh pak ngah Musa, Hj Isyak Penghulu dikampung Baroh Semambok dan yang masih tinggal Hj Deraman seorang penternak ayam dikampong Pupoh Merlimau..

apabila mendapat perkabaran sedih tersebut, tanpa berlengah lagi mereka terus balik ke Sungai udang, bila Musa melihat mayat Safiah amat menyedihkan hatinya, kerana pada petang sebelum ia ke Merlimau, Safiah berpesan , tetapi suaranya seperti suara kesedihan walau pun dia bercakap sambil tersenyum, sempat bergurau dipetang itu,

Safiah: nanti dah sampai disana, ingat Peah kat sini tau abang!!!
safiah bergurau dengan Musa, sambil memberi beg berisi baju baju Jamaiyah,

Musa: mana boleh lupa isteri abang yang montel ni, sambil Musa ketawa membalas gurau Safeah, mereka ketawa bersama ..baju tu hanya buat spare aje, kalau tak lambat nanti, abang balik awal ye..

safiah mengangguk kan kepala, sambil memeluk Jamaiyah ,
Safiah: anak ibu yang cantik, nanti dah sampai sana, jangan lupa makan kuih ibu buat ni, kuih kegemaran Jamaiyah, kuih apa ?

Jamaiyah: kuih epok epok .. Jamaiyah ketawa sambil memeluk ibunya,

Musa memandu kereta Datsun berwarna putih plate number MK 2021, keluar ke simpang, dan memandang kebelakang melalui cermin depan melihat Safeah duduk di tepi jalan sambil memerhati kereta Musa hingga keselekoh..

Bila mengenangkan semula peristiwa itu hati Musa tersentuh,
kini setelah 9 bulan pemergian Safiah, pakcik Deraman bapa saudara Musa, datang kerumahnya dan ia memandangkan Jamaiyah yang masih kecil, Haji Deraman melihat bagaimana susahnya Musa mengurusi Jamaiya seorang diri, begitu menyiapkan makanan, menghantar pergi mengaji dihujung kampong dan bergegas ke kedai menjaga kedai runcit,dan bila berpergian kemana mana, Jamaiyah akan di bawanya, keselesaan Jamaiyah juga harus di ambil kira, begitu fikiran Haji deraman mengusulkan pendapat ..

Haji Deraman; Musa tak boleh begini, Paksu tengok kau terkejar kejar,kesana kesini, kesihan Jamaiyah, membesar dalam kereta kesana sini dengan kau Musa. mana nak jaga makan minum dia sekolah dia, semua kau buat sorang sorang..

Haji deraman memandang ke arah Jamaiyah yang sedang makan epok epok kegemarannya. sebelum datang ke Sungai Udang sempat Hj Deraman meminta isterinya Zam isterinya gorengkan Epok epok buat Jamaiyah

Haji Deraman: Paksu ingat elok kau kawin semula, bila kau ada isteri dia boleh menguruskan kau dan Jamaiyah. Musa tersenyum

Musa: Eh siapa lah yang nak jaga anak saya dan saya ni Paksu? tak ada siapa yang mahu, duda anak satu macam saya ni..lagipun saya senang aje begini, saya dan Jamaiyah berdua, saya takut kalau berkawin baru, Jamaiyah diapa apa kan, saya selalu dengar pasal ibu tiri..

Haji Deraman: ish kau ni Musa kesitu p**ak, jangan dengar cakap orang, lagi pun Jamaiyah anak yang baik, semua yang melihat dia akan s**a, percaya lah, tiada siapa yang akan mengapa apa kan dia, percayalah
Pakcik dah berbincang dengan makcik Zam kau, dia kata dia nak pinangkan Che Na untuk kau, Che Na tu baik dan sekarang ibunya dah meninggal, dia tinggal seorang saja diMerlimau, Che Na tu sayang kan budak budak, Paksu tahu dia mesti s**a dengan Jamaiyah, lagi pun kasihan dengan si Che Na tu, tiada siapa siapa dah..
Musa terdiam sambil berfikir dan melihat anaknya dan berkata

Musa: Saya takde masalah Paksu, . jika ini terbaik buat Jamaiyah dan kalau Che Na setuju menjaga saya dan Jamaiyah, dan dia dapat menerima Jamaiyah alhamdulillah..

Diatas persetujuan kedua pihak Musa berkawin semula dengan Che Nah wanita dari Merlimau Melaka, perjodohan ini dijalankan oleh bapa saudara Musa ,Haji Deraman adik bongsu kepada ayah Musa. Mustafa..
Perkawinan Musa dan Che Na berjalan dengan baik, dan Che Na wanita yang baik, dia menyayangi Jamaiyah sepenuh hatinya, Apa lagi Jamaiyah pandai mengambil hati dan ia sangat dekat dengan Che Na dan sudah menganggap Che Na seperti ibu dia sendiri.

perkawinan Musa dan Che Na dikurniakan 3 orang cahaya mata, 2 lelaki dan 1 perempuan, mereka bagaikan sebuah keluarga yang sangat saling memerlu, Che Na menjaga Jamaiyah dengan baik, dia tidak membeza bezakan kasih sayang, diberinya samarata.

Musa meninggal dunia, kerana sakit, pada usia yang
agak muda 65 tahun, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir,
Musa sempat berpesan kepada Che Nah agar mencarikan calon jodoh, lelaki yang baik untuk Jamaiyah, bila sampai waktu nanti.

Jamaiyah anak paling tua anak sulong dalam keluarga, Jamaiyah tidak sempat menamat persekolahannya, setakat selesai kelas 5 , kerana di awal usianya Jamaiyah sudah terdedah dengan tanggung jawab dari ayanya tentang bisnes kedai runcit,bila begini dia lebih memilih membantu Che Na meneruskan kedai runcit peninggalan ayahnya, dan dia adalah harapan ayahnya, berbanding dengan adik beradik yang lain yang bersekolah tinggi..
dengan adik beradik yang lain , mereka tetap menyayangi Jamaiyah ayah sama, berlainan ibu, tidak sedikit membeza bezakan, mereka hidup dengan bahagia, sentiasa perlu memerlu.. hal ini tidak membuatkan Jamaiyah berkecil hati, walau pun dia terpaksa membantu Che Nah menjaga adik adik dan membesarkan adik adik, bagaikan adik beradik sedarah daging, Jamaiyah, sentiasa memastikan keselamatan buat keluarganya..

pada usia 18 tahun Jamaiyah sudah dewasa, menjadi anak dara yang sangat jelita dan ramai ibu ibu di kampong ingin menjodohkan anak lelaki mereka dengan Jamaiyah,

Menunaikan amanat Musa, setelah beberapa pinangan di tolak, memandangkan Che Na harus berhati hati menilai dan memerhatikan, dia ingin Jamaiyah akan dijaga oleh seorang lelaki yang baik, seperti ayahnya menjaga Che Nah..
akhir sekali Chen Na bersetuju dan menerima lamaran Zaleha, kawan baiknya untuk dijodohkan dengan anak lelakinya Adam,

Jamaiyah tidak membantah perjodohon ini, ia sememangnya seorang yang sangat mendengar kata, seorang yang bersikap tulus, sabar dan mentaati perintah ibu tirinya,
Jamaiyah dan Adam di satukan dalam majlis yang sederhana, bunting pelamin, semasa diakad nikah 3 bulan yang lepas, Jamaiyah telah mengandung, dan semasa dipersandingan, ia sudah pun berbadan 2, dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Rohaya..
Jamaiyah menjadi isteri yang sangat dikasihi oleh ibubapa mertuanya dan keluarga Adam, kini Adam menyambung warisan perniagaan kedai runcit ayah mertuanya Musa. dan dia turun bersama sama Jamaiyah, membesarkan kedai runcit, dan membuka cawangan satu lagi yang diusahakan oleh Adam dihujung bandar Melaka mereka hidup bahagia,

Adam: Jamaiyah, petang ni abang ke Merlimau lepas tu ke Muar, untuk ambil bahan bahan buat kenduri di sekolah ugama itu esok, jadi abang akan balik lambat..

Jamaiyah: "Baik bang, nanti saya siapkan bekal untuk abang, saya ada gorengkan buruh puyuh untuk abang..

Adam: Burung puyuh goreng ? Wah sedapnya tak sabar nak makan, abang nak makan puas puas kat sana nanti,

Jamaiyah: Makan lah sekarang, nanti kempunan, yang bekal ni boleh makan nanti.
Adam: Eh takpalah , abang nak cepat ni, sebab ustaz Yahya dah tunggu abang tu,
Adam mengerling kepada Rohaya lama dia menenung anak perempuannya yang sedang tidur lena., ingin di memeluk, tapi takut dia terjaga, dia lepaskan hajatnya dan terus keluar

Jamaiyah tersenyum memandang suaminya yang buru buru meninggalkan rumah mengejar masa,

Rutin bulanan Adam, selalu mengimfakkan barang barang dapur untuk keperluan rumah anak anak miskin dan anak anak yatim piatu di kampongnya , pagi tu cuaca mendung, hujan renyai, semasa di simpang jalan, sebuah kereta yang sedang memandu laju terbabas dan menghentam motosikal Adam dari arah belakang, Adam tercampak dan mendapat kecederaan teruk di kepala, dalam perjalan ke Hospital Adam meninggal dunia, kerana pendarahan yang sangat banyak.

Bidin yang lalu di simpang itu terlihat akan kemalangan yang melibatkan Adam, dia terus bergegas memberitahu berita sedih ini kepada Jamaiyah dan keluarga,
Jamaiyah terduduk kaku, hatinya remuk dengan kepergian suaminya Adam, hilang tempat bergantung dan dia melihat anaknya yang masih kecil, kesabarannya yang tenang membuat setiap orang yang hadir pada pengkembumian Adam menjadi sayu, terlihat Rohaya yang tersenyum melihat orang ramai yang datang tanpa mengetahui apa yang berlaku,
Jamaiyah memegang janji dalam dirinya akan berkerja kuat bagi menyara anaknya, dan akan menyambung perjuangan yang dibuat oleh ayah dan suaminya...
Bila melihat Rohaya yang masih kecil dan kehilangan ayahnya, meninggal, ia masih kecil, dan tidak memahami apa yang berlaku, bertambah sendu dihati Jamaiyah bila dia dah besar nanti, apabila jika dia bertanya mana ayahnya., Jamaiyah tidak dapat menjawab soalan dirinya sendiri, malah meletakkan segalanya ketentuan illahi dan dia hanya berserah..

Kematian Adam membuatkan Jamaiyah menjadi ibu tunggal dalam usia yang masih muda belum sempat menjengah usia 23 tahun. usia yang masih muda dan terbeban dengan tanggung jawab yang besar,
Dengan gelaran ibu tunggal, Jamaiyah terpaksa memikul semua tugasan yang ditinggalkan, dia perlu mengalas tugasan itu, oleh kerana dia mempunyai keluarga adik beradik yang sentiasa menyokong perjuangannya, bebanan yang berat menjadi ringan, dengan keperibadiannya yang tenang serta matang, sedikit pun tidak tergugat olehnya, walau pun perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan dia dua beranak.

Tahun berganti tahun, Jamaiyah membesarkan Rohaya dengan penuh kasih sayang, dia lah ibu sekali gus menjadi ayah, kepada Rohaya, kejadian ini berlaku seperti kejadian ayahnya yang membesarkan dia seorang diri. membesarkan Rohaya perlahan lahan, memberi didikan sehingga menjadi anak yang soleha, Rohaya memiliki wajah cantik mewarisi kecantikan wajah Jamaiyah, tinggi, cerdik, Rohaya anak yang sangat taat, kini dia semakin dewasa, Rohaya menjadi pilihan ibu ibu dikampong untuk menjodohkan anak anak mereka..

Kecantikan Jamaiyah tetap di sebut sebut oleh lelaki di kampongnya, ramai lelaki yang ingin memperisterikan Jamaiyah, setelah mengetahui Jamaiyah seorang ibu tunggal yang masih muda, terpaksa menanggung membesarkan anak seorang diri, ramai yang menghantar perminangan, kepada Che Na untuk meminang Jamaiyah tetapi Jamaiyah menolak baik hasrat mereka, ramai yang putih mata, tidak dapat menawan hati Jamaiyah..

Setiap Pagi Ahad seperti kebiasaan Jamaiyah datang kedai seperti biasa melayan pelanggan yang datang membeli, tiba tiba dia terlihat seorang lelaki berkulit sawo matang, sedang memerhatikannya, matanya manatap Jamaiyah, sehingga membuat Jamaiyah menjadi kekok dan malu untuk berniaga,
Maisara adik tiri Jamaiyah tersedar melihat keadaan itu menegur..

Maisara: Kak, kenapa kak, dari tadi Mai tengok kakak seperti tidak selesa..

Jamaiyah: cuba Mai lihat diluar sana, lelaki yang memakai baju kuning seluar hitam, asyik memandang kesini, kakak tak selesa dia merenung lama kekedai kita..

Maisara: kakak tunggu sini sekejap, Mai pergi marah dia, kenapa dia pandang akk begitu..
Maisara pegi dengan segera berjumpa dengan lelaki itu , dengan rasa marah dan dihatinya ingin menegur tingkah lelaki itu,

Jamaiyah melihat Maisara bercakap dengan lelaki itu dari jauh dia memikirkan apa yang di sembangkan oleh mereka
mereka bersembang dengan begitu manis dan tiba tiba lelaki itu, mohon pergi,
Maisara dengan wajah yang mula mula marah, tetapi kembali kekedai dengan wajah tersenyum...

Jamaiyah: kenapa Mai, Mai dah marah dia ye? sebab tu dia balik.?
Maisara: Mai tak marah dia pun, Mai jemput dia datang jumpa Ibu, katanya esok dia datang rumah jumpa ibu..

Jamaiyah merasa pelik melihat tingkah adiknya, tetapi dia cuma mendiamkan diri dalam fikiran tertanya tanya...

Malam itu secara sembunyi Maisara bercakap dengan ibu nya Che Na, dia memberitahu hasrat lelaki siang tadi, berniat baik, niat hatinya ingin memperisterikan Jamaiyah, sudah lama dia berhasrat untuk datang meminang, dan esok ia ingin menghantar peminangan, ibu dan ayah serta keluarganya akan datang merisik.

Mohamad Idris adalah seorang pemuda yang berusia 40 tahun, seorang broker tanah yang berjaya dari Johor kini bermastautin tetap di kampung sungai udang Melaka, dia mempunyai deretan rumah sewa merata di sungai udang melaka, yang telah di usaha kan sekian lama, sehingga dia memilih untuk tingal tetap di Melaka menjadi tapak rezeki buatnya ..dan dia kini sedang berunding dengan beberapa penduduk disitu berbincang tentang pembelian tanah tanah yang hendak dijual,

Didalam kesibukannya dia pernah terpandang Jamaiyah semasa dia lalu didepan kedai, dia sudah biasa mendengar tentang kecantikan janda anak satu ini, ramai yang memuji, sejak itu dia berhajat ingin mengetahui siapa kah wanita itu, segala perihal Jamaiyah dicari tahu oleh adik perempuannya Rina, malah Rina pernah membeli 3 pasang kain ela di kedai Jamaiyah dan Jamaiyah melayannya dengan baik dengan sangat tertib, bermula itu Rina menilai Jamaiyah dan memberitahu abangnya tentang Jamaiyah, siapa Jamaiyah, setelah perbincangan dengan keluarga Mohammad Idris, keluarga bersetuju jika Mohamad Idris memperisterikan Jamaiyah, sekali pun Jamaiyah sudah bergelar Ibu tunggal...

Petang itu rombongan keluarga Mohammad Idris dari Johor datang menghantar tepak sireh, Jamaiyah tidak mengetahui apa apa tentang rombongan ini, dan pagi itu Che Na sempat memberitahu kepada Jamaiyah akan rombongan petang nanti untuk meminangnya, Che Na berpesan kepada Jamaiyah , agar tidak menjanda terlalu lama, kerana takut fitnah, dan dia bersetuju menerima pinangan ini, kerana meyakini mereka dari keluarga yang baik baik, Che Na sendiri serta anak beranaknya melihat ketulusan hati Mohammad Idris, Che Na yakin, Jamaiyah akan bahagia, bersama lelaki ini.

Jamaiyah dengar dan memahami nasihat ibunya , Che Na yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya, dia bersetuju untuk disatukan dengan Mohammad Idris.

Mohamad Idris terpegun melihat kecantikan Jamaiyah, wajahnya cantik keserlahan darah campuran Thai dan darah arab, kecantikan Jamaiyah menyamai kecantikan Safiah, ibunya
berkulit putih, tinggi, berhidung mancung, warna mata coklat terserlah cantik.
Datuk Jamaiyah ayah Safiah berdarah campuran arab kerana itu Safiah, Jamaiyah dan Rohaya mempunyai kecantikan yang unik, darah yang mengalir ketubuh mereka adalah darah campuran

Apabila Mohammad Idris melihat Maisara tempoh hari datang menghampirinya, dia dengan segera tanpa berlengah, terus menyatakan hasratnya ingin memperisterikan Jamaiyah,

Dia ingin mengawini Jamaiyah dengan niat yang ikhlas dan jika
keikhlasan itu dapat menyelamatkan maruah seorang wanita, dari dicemuh, difitnah dicerca, adalah lebih baik dia mendahuluinya..
Nabi Muhamad sAW, seorang yang sentiasa manusia membuat kebaikan dan Nabi Muhammad SAW mengawini Siti Khadijah seorang Janda, walau pun dalam islam, ada ayat berbunyi lebih baik mengahwini anak dara, tetapi bagi Mohamad Idris, tidak membezakan perasaannya, apa kah status isteri nanti..

Jamaiyah wanita yang baik dan berakhlak tinggi, sejak kematian suaminya Adam , Mohammad Idris tidak pernah mendengar orang bercerita tentang keburukan Jamaiyah..
Mohammd Idris kini telah menjadi suami kepada Jamaiyah janda muda anak satu yang menjadi rebutan para lelaki,
ramai lelaki mecemburui Mohammd Idris kerana berjaya merebut hati Jamaiyah,

Mohammad Idris sangat mencintai isterinya Jamaiyah, apa lagi Jamaiyah mempunyai keperibadian yang sangat baik, menghormati suami , sentiasa menyokong suami, ia seorang yang mudah diurus,senang bersamanya, sentiasa menghargai suami, senyum manis sentiasa terukir dibibirnya, tidak pernah mengeluh, menerima segala dugaan dalam hidupnya penuh kesabaran. Mohammad Idris merasakan segalanya bagai mimpi yang indah, penuh rahmat dari illahi kerana hajatnya termakbul mempunyai isteri seperti Jamaiyah,

Sejak mula berkawin Mohammad Idris sentiasa menjaga pertalian kasih dengan Jamiyah, sentiasa subur terhadap Jamaiyah, tidak pernah terabai. Dia mencurahkan seluruh kasih sayang , keperihatinannya perhatian hanya kepada jamaiyah, niatnya hanya ingin membahagiakan Jamaiyah. betapa beruntungnya Jamaiyah mendapat seorang suami yang sering mendahuluinya dalam rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
Norlaila dibesarkan dengan mendapat sepenuh kasih sayang dari kedua orang tuanya, sentiasa disaluti kemewahan, dijaga baik, tiada satu kekurangan.

Semenjak kelahiran Norlaila, Mohammad Idris meraih limpahan rezeki yang mengalakkan, semakin maju, rumah sewa bertambah, banyak tanah tanah baru diterokai dan dibeli , projek pembinaan rumah sewa deretan mampu milik hanya menunggu lampu hijau untuk dibina. perancangan yang terdekat membina rumah baru untuk Norlaila kelak bila ia dewasa.

Manakala Rohaya anak Jamaiyah bersama Adam membesar menjadi remaja yang cantik , sejak awal lagi Rohaya dipinang oleh mak saudaranya Rodiah untuk dijodohkan dengan anak lelakinya Mahad seorang juruteknik yang ditugaskan kan di Singapura.. kehidupan Rohaya sangat bahagia, bersama Mahad kini dia menetap di Singapura lebih 4 tahun Rohaya berpindah ke Singapura mengikut Mahad yang ditukarkan kesana..
Apabila yusuf menginjak ke usia 3 tahun, Rohaya mengandung lagi , dan anak keduanya lahir, Mohd Fadhil, seorang bayi yang sihat cergas dan comel, Jamaiyah nenek Fadhil, ibu Rohaya belum sempat lagi bertemu Fadhil, menurut Rohaya memberitahu ibunya akan p**ang beraya di melaka pada tahun ini apabila Mahad mendapat cuti panjang ..

sudah seminggu Rohaya habis pantang. kini usia Fadhil genap 2 bulan.. petang ini fikirnya, ingin mengajak suaminya membeli sedikit barang keperluan yang belum cukup,

Pada pagi itu Rohaya menerima satu berita yang sangat tidak diduga, dia bergegas bangun dan mengajak suaminya p**ang ke Sungai Udang Melaka.. mereka segera bergegas dari singapura, lebih 1 tahun tidak p**ang ke Melaka, kerana Mahad bertugas dan tidak mendapat cuti panjang, rancangan mereka akan p**ang tahun ini, musim raya,berjumpa ayah dan Ibu serta sanak saudara ..

Orang ramai datang mengerumuni rumah Mohammad Idris, Jamaiyah duduk di satu sudut dengan wajah yang tenang , orang ramai yang datang, mengucap takziah, melihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa lagi, anak kesayangan Mohamad Idris dan Jamaiyah Norlaila meninggal dunia pagi itu, mengidap demam panas yang terlalu tinggi, tidak dapat diselamatkan, seorang demi seorang datang mengucapkan takziah kepada mereka berdua,

seluruh keluarga berada didalam kesedihan, hanya demam biasa merebak menjadi teruk, mereka kehilangan anak buah seorang kanak kanak yang ceria, kini tiada lagi

Jamaiyah seorang yang tabah kuat dan sabar melalui kes**aran ini dia begitu tenang.
Orang kampong melihat pada ketabahan Jamaiyah menangani kesakitannya , mendapat pujian. kesabarannya dijadikan tauladan yang baik, setitik air mata pun tidak mengalir menangisi pemergian anak kesayangannya itu,
Jamaiyah sentiasa mempunyai pengertian dalam hidupnya, kerana sering berdepan dengan dugaan bersangkut paut terutama kematian, dari kematian ibunya, seterusnya ayah, di ikuti suaminya Adam dan kini anak kesayangannya juga di bawa pergi, dia menangkis tanggapan orang, tentang dirinya yang tidak bernasib baik, kerana sering kehilangan orang orang yang tersayang, namun itu tidak sedikit pun mengugat keimanannya serta kesabarannya, berbekalkan kekuatan minda dalam kehidupan pengertiannya ini dinamakan dugaan, dan dia redho dan ikhlas ..
Mohammad Idris sentiasa ada dsisinya dan memberi semangat, biar apa pun yang dikata orang atau apa pun yang terjadi, ia sentiasa akan menjaga Jamaiyah dengan hati yang ikhlas

Jamaiyah: insyaallah saya baik baik saja, sambil tersenyum kepada beberapa jiran yang datang mengucapkan takziah,

Jiran: Kami sedih melihat Jamaiyah suami isteri kehilangan Norlaila anak kecil yang manja disayangi oleh semua orang yang melihatnya, kini allah lebih menyayanginya..

Jamaiyah: Tiada apa yang perlu ditangiskan, semua yang ada didunia ini hanya pinjaman, Norlaila juga pinjaman darinya, sampai masa dia ambil semula, teruskan saja perjalanan ini ..insyaallah saya ikhlas..
Jiran: Alhamdulillah, kami mendoakan arwah berada ditempat para salihin, Kami balik dulu, jika ada apa apa yang diperlukan beritahu kami ya.. asalamulaikum..

Mohammad Idris memeluk isterinya dengan penuh prihatin, Hatinya risaunya melihat keadaan Jamaiyah ketenangannya menyentuh jiwa Mohamad Haris, ini kerana kedekatan Jamaiyah dengan Norlaila, Mohammad Idris risau Jamaiyah terkesan dengan kehilangan ini, ditakuti Jamaiyah mendapat gangguan kesihatannya.

Mohammad Haris: sayang segala yang berlaku adalah ketentuan illahi, dia maha tahu apa yang terbaik buat kita, sayang semuanya akan baik baik, kita doa pada allah, agar kita diberi kekuatan apa pun yang dikatakan orang, itu hanya lah kebetulan, abang sentiasa ada disini bersama sayang, tiada siapa pun boleh menyakiti sayang..

Jamaiyah: abang jangan risau, saya tak apa apa, insyaallah saya kuat, segalanya saya serah kepada allah, hanya kepada dia saya berserah.
Mohammad Idris memeluk isterinya dengan erat, dia berjanji dalam dirinya, dia akan sentiasa dekat dengan Jamaiyah, tidak akan membiar kah Jamaiyah keseoragan..

Seminggu sudah pemergian Norlaila, Jamaiyah melihat baju baju peninggalan Norlaila dilipatnya perlahan lahan, bau baju yang dipakai Norlaila seminggu lepas masih ada baunya, di ciumnya berkali kali.. terasa seperti Norlaila ada didekatnya, kedengaran
pintu di ketuk dan salam diberi, dia menjengah, rupanya Rohaya datang dengan mengendong anaknya, Rohaya baru saja berhabis pantang..

Rohaya mendapatkan ibunya, sedih dan sayu hati melihat ibunya, Rohaya memeluk ibunya,

Rohaya: apa khabar ibu , ibu sihat?
Mahad: Asalamualikum ibu,
Jamaiyah : Walaikumsalam Mahad, Jamaiyah memeluk Rohaya sambil tersenyum dan memberitahu Rohaya...
Jamaiyah: Ibu sihat Rohaya, Alhamdulillah, anak dan menantu ibu sihat? Jamaiyah bertanya balik. sambil tersenyum
Mahad; kami sihat ibu alhamdulillah, ibu ini ada sedikit buah buahan, Ayah mana ibu?
Jamaiyah: Ayah ke masjid, kejap lagi balik lah tu, tadi ibu pesan, ibu nak makan buah, alhamdulillah Mahad dah beli pun. untuk kami.
terima kasih kerana bawa kan buah mangga, kegemaran ibu...
sambil tersenyum...
Rohaya; Ibu Aya ada sesuatu nak beritahu ibu, tapi kita tunggu ayah p**ang dulu lah..
Mohamad Idris: Asalamualaikum, eh Rohaya Mahad pun ada..
mereka bersalaman
Rohaya: ayah sihat?
Mohammad Idris: Alhamdulillah sihat..
Mahad: Ayah kami datang membawa hajat yang besar..
kemudian Rohaya segera memberitahu, dia ingin memberi Fadhil kepada mereka, untuk ibunya menjaga anak mereka, kerana mereka bimbang jika mereka tidak dapat merawat Fadhil yang memerlukan perhatian, kerana Fadhil ada masalah kesihatan,ia itu Jantungnya sedikit perlahan kerana kelahirannya tidak cukup bulan, membuatkan dia perlu jagaan rapi, dan Rohaya memberitahu, hanya Jamaiyah yang berhak menjaga anaknya Fadhil, kerana ibunya berpengalaman...

Rohaya: ibu boleh Ke? boleh ke ibu bantu Aya...kerana Aya tahu ibu boleh menjaga Fadhil dengan baik
Jamaiyah ketika itu meminta mengendong Fadhil, melihat Fadhil tersenyum kepadanya, membuat hati Jamaiyah cair, dan dia tidak ingin sesuatu berlaku kepada cucu nya, tanpa mengambil masa yang lama...
Jamaiyah: allahu akhbar boleh! biar ibu jaga fadhil.. abang macamana? izin kan saya jaga Fadhil ye?
Mohamad Idris: tentu boleh Yah.. abang ikut Yah aje, jika Yah dah kata mcm tu, insyaallah kita jaga cucu kita ni,
dengan gembira Mohammad Idris melihat wajah isterinya.. Jamaiyah terus memeluk Fadhil..

Rohaya: Terima Kasih ibu, Aya dengan senang hati meminta ibu tolong merawat Fadhil, dengan pengalaman yang ibu ada, Aya yakin, hanya ibu yang berhak...

Rohaya memberi berita gembira dia menawarkan Jamaiyah menjadi ibu kepada anaknya Mohd Fadhil , Rohaya gembira dapat membuat ibunya gembira, Rohaya terlalu risau keadaan ibunya, kini dia berkorban untuk membuat ibunya bahagia, berita Fadhil hanya direka oleh Rohaya, kerana ingin membuat ibu tidak sunyi dan cuba mengalih kesedihan ibu...
...........
tunggu tunggu chapter 2...

ainulmalam

Address

Taman Danau Desa

58100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Karya Seni Usahawan:

  • Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization?

Share