NADI Kg Bugaya

NADI Kg Bugaya Beroperasi setiap hari kcuali CUTI UMUM

NADI (Pusat Sebaran Maklumat Nasional) Kampung Bugaya adalah salah satu kemudahan komuniti untuk melayari internet disamping mempelajari ilmu2 berkaitan ICT dan juga Keusahawanan.

07/06/2026

Salam Takziah & Al Fatihah
إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Seluruh warga NADI MCMC berdukacita atas pemergian Allahyarhamah Sh Noraidah Binti Sh Mislin, Pengurus NADI Kampung Paris 3, Kinabatangan, Sabah.

Allahyarhamah telah berkhidmat bersama NADI sejak April 2015. Jawatan terakhir yang disandang ialah Pengurus NADI.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang-orang yang beriman.

03/06/2026

TUNGGU 16.​

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan berkongsi. Namun, tanpa tahap kematangan yang sesuai, kanak-kanak juga berdepan risiko seperti buli siber, eksploitasi s*ksual, penipuan dalam talian dan kandungan memudaratkan.​

Mulai hari ini, inisiatif Tunggu 16 diperkenalkan bagi memperkukuh perlindungan kanak-kanak di alam siber melalui pelaksanaan keperluan pengesahan umur untuk akses kepada platform media sosial tertentu.​

Kerana bukan semua perkara sesuai untuk semua peringkat usia.​

Belum 16? Belum Sedia Untuk Media Sosial.​

​Soalan-soalan lazim (FAQ): ​
https://mcmc.gov.my/en/onsa/resources/frequently-asked-questions

Maklumat lanjut:
https://www.mcmc.gov.my/en/onsa/under-16

​ ​


29/05/2026

📢 Anda kini boleh mendaftar sebagai ahli NADI menerusi aplikasi NADI! 📱✨

Anda hanya perlu:

✅ Download aplikasi NADI
✅ Daftar sebagai ahli NADI
✅ Aktifkan akaun dan mula menggunakan aplikasi

Pendaftaran kini lebih mudah secara dalam talian di mana jua anda berada, dan nikmati pelbagai kemudahan di NADI secara PERCUMA!

Nota: Pastikan aplikasi NADI anda telah dikemas kini ke versi terkini di App Store dan Google Play untuk menggunakan fungsi pendaftaran ini.



CYBERSECURITY 📌 Nama Program/Aktiviti : Webinar “Ancaman Siber di Tempat Awam”📅 Tarikh & Masa : 21 Mei 2026 | 3.00 PM – ...
29/05/2026

CYBERSECURITY

📌 Nama Program/Aktiviti : Webinar “Ancaman Siber di Tempat Awam”

📅 Tarikh & Masa : 21 Mei 2026 | 3.00 PM – 4.30 PM

📍 Lokasi : NADI Kg Bugaya

👥 Kategori Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

📝 Keterangan Program :
Program webinar ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah mengenai ancaman siber yang sering berlaku di tempat awam. Peserta telah mempelajari tentang risiko penggunaan WiFi awam yang tidak selamat, pencurian data peribadi serta keselamatan peranti mudah alih. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta mengenai kepentingan keselamatan siber dalam kehidupan harian.






NOTIS PENUTUPAN SEMENTARADimaklumkan bahawa NADI Kg Bugaya tidak akan beroperasi mulai 30 Mei hingga 2 Jun 2026 bersempe...
29/05/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Dimaklumkan bahawa NADI Kg Bugaya tidak akan beroperasi mulai 30 Mei hingga 2 Jun 2026 bersempena sambutan Pesta Kaamatan, Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong dan cuti gantian Hari Wesak.

NADI Kg Bugaya akan kembali beroperasi seperti biasa pada 3 Jun 2026 (Rabu).

Segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARAUntuk makluman, NADI Kg Bugaya tidak akan beroperasi pada 27 Mei 2026 (RABU) bersempena sambuta...
26/05/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA

Untuk makluman, NADI Kg Bugaya tidak akan beroperasi pada 27 Mei 2026 (RABU) bersempena sambutan Hari Raya AidilAdha.

NADI Kg Bugaya akan beroperasi seperti biasa semula pada 28 Mei 2026 (KHAMIS).

Terima Kasih.

19/05/2026
16/05/2026

Salam Takziah & Al Fatihah
إِنَّا للهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنِ
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un

Seluruh warga NADI MCMC berdukacita atas pemergian Allahyarham Muhamad Khairuddin bin Harun, Pengurus NADI Banting, Sarawak.

Allahyarham telah berkhidmat bersama NADI sejak 5 September 2022 sebagai Penolong Pengurus NADI Kuala Hilir Oya sebelum meneruskan khidmat sebagai Pengurus NADI Banting bermula 1 Februari 2023 sehingga Mei 2026.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan para solihin dan orang orang yang beriman.

NADI X lifelonglearning X Skillforge Nama Program/Aktiviti: Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal KonsistenTarikh & Masa: ...
09/05/2026

NADI X lifelonglearning X Skillforge

Nama Program/Aktiviti: Tekanan Jangka Panjang & Cara Kekal Konsisten
Tarikh & Masa: 8 May 2026 (2.26 pm – 2.36 pm)
Lokasi/Medium: NADI Kg Bugaya
Kerjasama: N/A
Kategori Peserta: Terbuka
Keterangan Program:
Modul ini memfokuskan kepada perkongsian ilmu berkenaan dengan Tekanan dan Konsitensi pemain E Sukan, bagaimana mengatasi tekanan dan keka kosisten dalam permainan.

Nama Program/Aktiviti : NADI X Awareness_ KIS Laman Web BerbahayaTarikh & Masa : 07 & 08.05.2026 | 03:00 pm - 04:00 pmLo...
09/05/2026

Nama Program/Aktiviti : NADI X Awareness_ KIS Laman Web Berbahaya
Tarikh & Masa : 07 & 08.05.2026 | 03:00 pm - 04:00 pm
Lokasi : NADI Kg Bugaya
Kerjasama : SSO Awareness
Kategori Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Keterangan Program : Program ini merupakan sesi kesedaran keselamatan internet yang bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti mengenai bahaya laman web berisiko serta cara melindungi diri daripada penipuan dalam talian. Peserta didedahkan dengan tanda-tanda laman web berbahaya seperti pautan mencurigakan, tiada penggunaan “https”, terlalu banyak iklan pop-up dan permintaan maklumat sensitif. Selain itu, program ini turut menekankan langkah pencegahan seperti menyemak URL sebelum klik, mengelakkan pautan mencurigakan serta tidak berkongsi maklumat peribadi seperti kata laluan dan OTP bagi mengelakkan menjadi mangsa scam atau phishing.


Address

Semporna

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Bugaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kg Bugaya:

Share