Persatuan Belia Masjid Selangor

Website Contact the organization

Persatuan Belia Masjid Selangor "Kutinggalkan untuk kamu dua perkara taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang kepada keduanya iaitu Kita dan Sunnah Rasul-Nya"

24/09/2026
11/09/2026

โš”๏ธ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›โš”๏ธ

๐Ÿ“ข๐—œ๐—ฆ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐—— & ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—จ

Penggunaan pembesar suara di masjid dan surau perlu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Penggunaan pembesar suara yang mengganggu ketenteraman awam boleh didakwa di bawah kesalahan ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐˜†๐—ฒ๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐—˜๐—ป๐—ฎ๐—ธ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ต (๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ) ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿต๐Ÿฑ dengan didenda tidak lebih ๐—ฅ๐— ๐Ÿฏ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐Ÿฎ ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ-๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ.

Penggunaan pembesar suara di masjid & surau hanya dibenarkan untuk azan & alunan bacaan al-Quran sebelum azan sahaja.

๐Ÿ“ณIkuti JAIS untuk lebih info cegah jenayah syariah https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




31/07/2026

โš”๏ธ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—๐—˜๐—ก๐—”๐—ฌ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ฅ๐—œ๐—”๐—›โš”๏ธ

๐Ÿ—ฃ๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง ๐—”๐— ๐—”๐—ฅ

Kamu menahan (atau menjauhkan) manusia daripada kejahatan, kerana sesungguhnya itu adalah sedekah yang kamu sedekahkan ke atas dirimu sendiri.

- Hadis riwayat al-Bukhari -

๐Ÿ“ณIkuti JAIS untuk lebih info cegah jenayah syariah https://whatsapp.com/channel/0029VaVekegJP213apEM9Q1b




KUALA LUMPUR, 9 Safar - Seramai 3 orang ahli biro dakwah dan kebajikan PBMSelangor bertugas sebagai pempamer ke Pameran ...
26/07/2026

KUALA LUMPUR, 9 Safar - Seramai 3 orang ahli biro dakwah dan kebajikan PBMSelangor bertugas sebagai pempamer ke Pameran โ€œFood and Drink Malaysiaโ€ di MITEC Kuala Lumpur.

Antara perkara yang dipamerkan adalah produk-produk asnaf dan produk kebajikan seperti pek RTE daging korban siap makan.

Pameran yang berjalan selama 2 hari berturut-turut ini juga telah memberi ruang untuk pihak PBMSelangor berkongsi tentang kewujudan sistem smart qurban iaitu
produk tabung ibadah qurban yang memudahkan umat islam melaksanakan ibadah qurban dengan terancang, teratur dan tenang.

Pihak Pengurusan PBMSelangor merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak DPMM KL diatas yang peluang diberikan.

HULU SEMENYIH, 3 safar - Seramai 30 keluarga asnaf fakir miskin dan asnaf muallaf daripada kalangan masyarakat orang asl...
26/07/2026

HULU SEMENYIH, 3 safar - Seramai 30 keluarga asnaf fakir miskin dan asnaf muallaf daripada kalangan masyarakat orang asli di Daerah Hulu Langat selamat menerima bantuan makanan basah dan kering.

Program yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Ambank Islamic ini dibahagikan kepada 3 fasa agihan.

Setiap keluarga menerima barang keperluan makanan bernilai rm110 yang terdiri daripada keperluan harian seperti ikan keli, telur itik, telur ayam, beras.

Pada agihan fasa ke 3, sebahagian asnaf bekesempatan menerima bantuan pek makanan siap makan (rte) daging korban sumbangan daripada Yayasan Peradaban Jawi Nusantara.

โ€œPBMS merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Ambank Islamic dan juga kepada Ustaz Penggerak Masyarakat orang Asli yang banyak membantu mempermudahkan urusan agihan.โ€ - ucap en Aliffrazuki selaku Pengerusi Persatuan.

โ€œSetinggi penghargaan juga buat AJK biro dakwah dan kebajikan serta ustaz dan anak-anak pelajar institut tahfiz Al-Quran Lil-Muttaqin di atas bantuan.โ€ - tambah En Aliffrazuki





18/02/2026

๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐„๐„๐Œ

"Semoga Ramadhan melahirkan kembali anda menjadi manusia yang menjaga Islam dan prinsip-prinsipnya melalui keyakinan yang benar, nurani manusiawi serta perkataan dan perbuatan baik yang dilazimi."

Salam Ramadhan 1447H

Ucapan ikhlas daripada S.S. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Dato' Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad

Pesanan Menyambut Bulan Ramadan ๐ŸŒ™Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan tarbiyah. Oeh itu, sukacita dititipkan...
18/02/2026

Pesanan Menyambut Bulan Ramadan ๐ŸŒ™

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi bulan tarbiyah.

Oeh itu, sukacita dititipkan beberapa pesanan buat seluruh anak muda belia dan masyarakat dalam menyambut bulan penuh keberkatan ini.

1. Menghidupkan Masjid

โ€ข Jadikan masjid sebagai pusat aktiviti rohani dan sosial.
โ€ข Hadirkan diri untuk solat berjemaah, tadarus al-Quran, dan majlis ilmu.
โ€ข Belia khususnya perlu menjadi penggerak suasana Ramadan di masjid, bukan sekadar pengunjung.

2. Memperbaiki Hubungan Sesama Manusia

โ€ข Ramadan mengajar kita menahan diri, bukan hanya dari lapar dan dahaga, tetapi juga dari kata-kata dan perbuatan yang menyakitkan.
โ€ข Gunakan bulan ini untuk memperbaiki silaturahim, memaafkan kesalahan, dan menguatkan ukhuwah.

3. Menyemai Nilai Keprihatinan

โ€ข Ingatlah bahawa puasa mendidik kita merasai kesusahan orang lain.
โ€ข Hulurkan bantuan kepada fakir miskin, anak yatim, dan mereka yang memerlukan.
โ€ข Belia boleh menganjurkan program kebajikan seperti agihan bubur lambuk, iftar jamaie, atau kutipan dana untuk golongan terpinggir.

4. Mengawal Nafsu dan Media

โ€ข Ramadan adalah masa untuk mendidik diri mengawal nafsu, termasuk penggunaan media sosial.
โ€ข Gunakan platform digital untuk menyebarkan mesej kebaikan, bukan hiburan melalaikan.
โ€ข Jadikan diri sebagai contoh belia yang bijak dan berhemah dalam dunia maya.

5. Menyemarakkan Semangat Belia

โ€ข Belia adalah tenaga penggerak umat. Jadikan Ramadan sebagai latihan disiplin, kesabaran, dan kepimpinan.
โ€ข Sertai program qiyamullail, tadarus, dan aktiviti sukarelawan agar jiwa lebih dekat dengan Allah dan masyarakat.

Kesimpulannya, Ramadan adalah madrasah kehidupan yang mendidik kita menjadi insan yang lebih sabar, penyayang, dan bertanggungjawab.

Sebagai belia, kita bukan sekadar penerima manfaat Ramadan, tetapi juga penyampai rahmatnya kepada masyarakat.

Semoga Ramadan kali ini menjadi titik perubahan yang menguatkan iman, memperkukuh ukhuwah, dan membina generasi belia yang berakhlak mulia.


17/02/2026
KENYATAAN MEDIA: SOKONGAN TERHADAP TITAH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR BEKENAAN PEMBINAAN RUMAH IBADAT TANPA KEBENARANKami dar...
11/02/2026

KENYATAAN MEDIA: SOKONGAN TERHADAP TITAH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR BEKENAAN PEMBINAAN RUMAH IBADAT TANPA KEBENARAN

Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) menjunjung kasih dan menyokong penuh titah D.Y.M.M Sultan Selangor. Baginda turut senada dengan Y.A.B Perdana Menteri yang tidak bersetuju dengan pembinaan rumah ibadat secara haram. Pembinaan rumah ibadat mestilah melalui saluran yang betul. Ia wajib mematuhi peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Jawatankuasa
Persatuan Belia Masjid Selangor

KENYATAAN MEDIA: SOKONGAN TERHADAP TITAH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR BERHUBUNG ISU PENTERNAKAN BABI DI NEGERI SELANGORKami d...
10/02/2026

KENYATAAN MEDIA: SOKONGAN TERHADAP TITAH D.Y.M.M SULTAN SELANGOR BERHUBUNG ISU PENTERNAKAN BABI DI NEGERI SELANGOR

Kami dari Persatuan Belia Masjid Selangor (PBMS) menyokong penuh titah Baginda D.Y.M.M Sultan Selangor bahawa Baginda tidak berkenaan penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor.

Ahli Jawatankuasa
Persatuan Belia Masjid Selangor

Address

Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Muttaqin, Kompleks Sumur Bakti, Pusat Kegiatan Ibadah Dan Riadah, Sg Tekala
Semenyih
43500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Belia Masjid Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Belia Masjid Selangor:

Shortcuts

Share