Briged Bakti Malaysia Selangor

Website

Briged Bakti Malaysia Selangor Program Di Bawah Briged Bakti Selangor

1. Skuad Sukarelawan Remaja
2. Rakan Hospital
3. MosqueCare BBR dilancarkan oleh YB Tan Sri Hj. Muhyiddin B.

BBM bermula dengan penubuhan Briged Bakti Malaysia Negeri Kelantan (BBMK) yang diasaskan pada 1991 bertempat di Kota Bharu. BBMK telah memulakan aktiviti awalnya di peringkat sekolah menengah di negeri Kelantan melalui penubuhan Briged Bakti Remaja ( BBR ) sekolah menengah. Yassin (Menteri Belia Dan Sukan) pada 30 Julai 1997 di Kem Kijang PCB Kota Bharu.BBNK didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 1997 dengan Nombor Pendaftaran 148. BBM ditubuhkan pada 8 April 2009 dengan Nombor Pendaftaran 148 (melalui pindaan perlembagaan BBNK) pada 25 Disember 2008.

07/04/2026
Terima Kasih Yayasan Hasanah kerana menyokong Program Sumbangan Ihsan Madani Set Uniform Persekolahan Kepada 300 Pelajar...
07/04/2026

Terima Kasih Yayasan Hasanah kerana menyokong Program Sumbangan Ihsan Madani Set Uniform Persekolahan Kepada 300 Pelajar di Daerah Larut Matang dan Selama. Seramai 300 pelajar yang memerlukan dari 10 buah sekolah terlibat iaitu SK Bukit Jana, SK Taman Jana, SK Kamunting, SK Ayer Puteh, Treacher Methodist Girl School, SK Matang Gelugor, SK Matang, SK Ngah Ibrahim, SK Temelok dan SK Ulu Sepetang. Semoga anak-anak penerima sumbangan ini lebih bersemangat meneruskan pembelajaran dengan kelengkapan persekolahan yang baik dan sempurna. Terima Kasih juga kepada Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama yang memberikan kerjasama yang baik bagi kami, Briged Bakti Malaysia Selangor menyampaikan bantuan ini.

*MESYUARAT PENYELARASAN GURU PEMIMPIN PASUKAN BADAN BERUNIFORM BRIGED BAKTI MALAYSIA NEGERI SELANGOR BIL. 1/2026*28 JANU...
29/01/2026

*MESYUARAT PENYELARASAN GURU PEMIMPIN PASUKAN BADAN BERUNIFORM BRIGED BAKTI MALAYSIA NEGERI SELANGOR BIL. 1/2026*

28 JANUARI 2026

DEWAN TERBILANG, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Kehadiran:
UPBM, JPN Selangor
NP 2 BBM
SU BBM Negeri Selangor
PSU BBM Negeri Selangor
Ketua Jurulatih BBM Negeri Selangor
AJK BBM Negeri Selangor
Pen. Jurulatih BBM Negeri Selangor
16 Guru Pemimpin

Seramai 16 orang guru dari 9 buah sekolah di dalam Negeri Selangor telah hadir Mesyuarat bagi guru-guru pemimpin BBM kali pertama ini. Mesyuarat ini julung kali diadakan di Negeri Selangor bagi memantapkan kelancaran program-program BBM di peringkat negeri seterusnya menggalakkan penglibatan guru secara langsung dalam menjayakan program-program BBM Negeri Selangor pada masa akan datang.

Mesyuarat ini telah dimeriahkan dengan kehadiran dan ucapan aluan dari Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, En. Ahmad Zulkhairi bin Mohamad.

Seterusnya tidak dilupakan ucapan perasmian dari Naib Presiden 2 Bahagian Uniform, Leftenan Jeneral (BBM) Mohd Juraij bin Othman.

Sepanjang mesyuarat ini semua guru pemimpin diberikan pendedahan awal berkenaan perjumpaan 12 kali di sekolah serta pembentangan modul-modul yang akan dipelajari para pelajar di sekolah.

Pada akhir mesyuarat satu pelantikan jawatankuasa guru-guru BBM telah dibuat dan jawatankuasa ini dibentuk supaya dapat memudahkan lagi penyampaian maklumat dua hala berkaitan dengan PBB BBM sepanjang tahun disamping guru-guru dapan membantu Jawatankuasa Negeri dalam melaksanakan program atau aktiviti.

Mesyuarat tamat pada pukul 2 petang dengan sesi bergambar dan makan tengahari.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Address

Tingkat 1 No. 14-2 Jalan SP 2/4 Serdang Perdana
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Briged Bakti Malaysia Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share