IKRAM Kajang

IKRAM Kajang IKRAM membangunkan jiwa insan melalui pembaikan diri dan peningkatan rohani untuk mengislah masyarakat, melaksanakan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

🌸Alhamdulillah, Allahu Akbar! 🌸Segala puji bagi Allah SWT atas limpah rahmat dan hidayah-Nya.Melalui Program Rakan Hiday...
17/07/2026

🌸Alhamdulillah, Allahu Akbar! 🌸

Segala puji bagi Allah SWT atas limpah rahmat dan hidayah-Nya.

Melalui Program Rakan Hidayah Centre dengan kerjasama IKRAM Kajang, Saudara Chong Chan Choy telah selamat melafazkan dua kalimah syahadah di Pusat Komuniti IKRAM Kajang, sekali gus memulakan lembaran baharu sebagai seorang Muslim.

Majlis syahadah telah dipimpin oleh YDP IKRAM Kajang, Hj. Abu Bakar, bersama Pengurus HCF Selangor, Mohamasir, dan Ketua Rakan Hidayah Kajang, Abdul Basit, serta disaksikan oleh rombongan pelajar dari China yang turut hadir.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keteguhan iman, istiqamah dalam menghayati Islam, serta mempermudahkan setiap langkah beliau meniti kehidupan sebagai seorang Muslim.

Semoga Allah SWT terus memberkati usaha-usaha Rakan Hidayah Centre, IKRAM Kajang, serta seluruh para pendakwah dalam menyebarkan risalah Islam, membuka lebih banyak pintu hidayah, dan menjadikan kita semua asbab kepada tersebarnya rahmat Islam.

اللهم ثبت قلبه على دينك، ووفقه لما تحب وترضى. آمين. 🤲

Alhamdulillah, Daurah Baitul Du’at 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Julai 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar ...
14/07/2026

Alhamdulillah, Daurah Baitul Du’at 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Julai 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Seminar Abbasiah, Sekolah Sri Al-Amin Bangi. Program anjuran JK Kesejahteraan Keluarga IKRAM Selangor dengan kerjasama IKRAM Kajang ini menghimpunkan ahli IKRAM yang masih belum berkahwin sebagai persediaan membina keluarga Muslim yang diredhai Allah SWT.

✨ Seramai 47 orang peserta telah hadir, terdiri daripada 19 peserta lelaki dan 28 peserta perempuan. Turut memeriahkan program ialah YDP IKRAM Kajang, Tn. Hj. Abu Bakar Hashim serta Pengerusi JK Kesejahteraan Keluarga IKRAM Selangor, Pn. Norasiah Mohammad.

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan sarapan pagi, diikuti aluan pengerusi majlis serta bacaan al-Quran. Para peserta kemudiannya mengikuti tiga slot utama:
❤️ Saringan Cinta
🏡 Kunci Rumah Tangga Sakinah
🤝 UTJ & i-Match

Slot utama telah disampaikan oleh Ustazah Dr. Hidayah Muhammad Hashim, yang mengupas kepentingan membina rumah tangga berteraskan iman, ilmu dan fikrah dakwah. Antara pengisian yang diketengahkan ialah persediaan diri sebelum perkahwinan, pemilihan pasangan yang diredhai Allah, serta peranan institusi keluarga dalam melahirkan masyarakat yang berintegriti.

📖 Sepanjang program, para peserta memberikan komitmen dan penglibatan yang sangat baik. Antara objektif yang berjaya dicapai ialah:
✅ Memahami konsep Baitul Du’at menurut perspektif Islam.
✅ Meningkatkan persediaan dari sudut ilmu, sahsiah dan visi menuju alam perkahwinan.
✅ Menyedari bahawa keluarga merupakan asas penting dalam pembinaan ummah.
✅ Terdorong untuk membuat persediaan melalui pengisian borang i-Match.

Secara keseluruhannya, program ini memberi impak yang positif dalam meningkatkan kesedaran dan kesediaan peserta ke arah pembentukan keluarga Muslim yang berpaksikan al-Quran, as-Sunnah dan manhaj tarbiah.

🤲 Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya lebih ramai Baitul Du’at yang menjadi titik tolak kepada pembentukan keluarga, masyarakat dan ummah yang diredhai Allah SWT.

“Bentuklah rumah tangga Muslim, nescaya akan terbentuk masyarakat Muslim. Daripada masyarakat Muslim akan lahir sebuah negara yang diberkati.”

Sempena Hari Bapa, marilah kita bertanya kepada diri sendiri. Sudahkah kita benar benar menunaikan hak seorang ayah, khu...
21/06/2026

Sempena Hari Bapa, marilah kita bertanya kepada diri sendiri. Sudahkah kita benar benar menunaikan hak seorang ayah, khususnya apabila usia mereka semakin lanjut dan tenaga semakin berkurang?

Malaysia kini sedang menuju status negara menua. Dalam beberapa tahun akan datang, satu daripada lima rakyat Malaysia dijangka berusia 60 tahun ke atas. Realiti ini membawa cabaran besar, terutama dalam memastikan kebajikan ibu bapa terus terpelihara dan tidak terabai.

Hakikatnya, isu pengabaian ibu bapa bukan lagi kes terpencil. Ada yang hidup bersendirian, terputus sokongan kewangan dan emosi, sedangkan merekalah yang dahulu berkorban membesarkan kita dengan penuh kasih sayang.

Dalam Islam, berbuat baik dan menanggung nafkah ibu bapa yang memerlukan bukan sekadar pilihan, tetapi tanggungjawab yang jelas. Namun dalam dunia hari ini, kesedaran moral sahaja kadangkala tidak mencukupi. Sebab itu, usaha meneliti undang undang nafkah ibu bapa wajar dilihat sebagai langkah melindungi warga emas dengan pendekatan yang adil, berimbang dan berperikemanusiaan.

Undang undang mungkin boleh memaksa tanggungjawab, tetapi kasih sayang, ihsan dan rasa syukur tetap menjadi asas terbaik agar ibu bapa tidak terpinggir di usia senja mereka. Selagi masih ada waktu, hargailah ayah kita, dengar suaranya, peluk dirinya dan bahagiakan hatinya.

Selamat Hari Bapa.

Ikhlas daripada
Pertubuhan IKRAM Malaysia
(Kawasan Kajang)

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi satu peluang untuk kita memperbah...
16/06/2026

🌙 SALAM MAAL HIJRAH 1448H 🌙

Hijrah bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi satu peluang untuk kita memperbaharui iman, memperbaiki diri dan melangkah lebih dekat menuju redha Allah SWT.

Semoga tahun baru 1448H ini membawa keberkatan yang melimpah, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik serta kekuatan untuk terus menjadi hamba Allah yang lebih taat dan bermanfaat kepada ummah.

📖 Allah SWT berfirman:

“Barangsiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya dia akan mendapati di bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.”
(Surah An-Nisa’ : 100)

✨ Marilah kita menjadikan tahun ini sebagai titik permulaan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik — dalam ibadah, akhlak, keluarga, masyarakat dan perjuangan dakwah.

🤲 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H daripada kami di IKRAM Kajang.



قال رسول الله ﷺ:«أحبُّ الأعمالِ إلى اللهِ تعالى سرورٌ تُدخِلُهُ إلى قلبِ مسلم»Maksudnya:“Amalan yang paling dicintai ole...
31/05/2026

قال رسول الله ﷺ:
«أحبُّ الأعمالِ إلى اللهِ تعالى سرورٌ تُدخِلُهُ إلى قلبِ مسلم»
Maksudnya:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Taala ialah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang Muslim.”
(Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu‘jam al-Awsat dan al-Mu‘jam al-Saghir)

Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (JK PeKA) IKRAM Kajang, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta jutaan terima kasih kepada para dermawan yang budiman, khususnya pihak Dato Seri Hazreeq, atas sumbangan pek daging korban yang telah diberikan. Penghargaan yang sama turut ditujukan kepada para sukarelawan yang telah bertungkus-lumus membantu dalam proses pengagihan daging korban tersebut.

Sebanyak 65 pek daging korban telah berjaya diagihkan bermula pada 11 Zulhijjah sehingga selesai kepada beberapa keluarga dalam komuniti IKRAM Kajang serta penerima santunan yang lain. Usaha murni ini dilaksanakan sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan sesama insan, sekali gus membawa kegembiraan dan meringankan beban mereka yang memerlukan. Insya-Allah, inisiatif seumpama ini akan terus diperkasakan dan diteruskan pada masa hadapan.

Kami turut mendoakan agar segala sumbangan, keikhlasan dan pengorbanan para rakan strategik, dermawan serta usahawan yang sentiasa menyokong usaha kebajikan ini dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda, dilimpahi keberkatan rezeki, dipermudahkan segala urusan serta sentiasa berada dalam rahmat dan reda Allah SWT.

Sesungguhnya, tiada ungkapan yang mampu menggambarkan betapa besarnya penghargaan kami kepada semua pihak yang telah merealisasikan program ini sehingga dapat dilaksanakan secara berterusan saban tahun. Semoga segala amal kebajikan yang dicurahkan menjadi saham akhirat yang berkekalan dan diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

جزاكم الله خير الجزاء
Semoga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik balasan.

JK PeKA IKRAM KAJANG.
13 Zulhijjah 1447H
Sabtu 30 Mei 2026

Sempena Hari Raya Aidiladha, marilah kita menghayati makna sebenar pengorbanan — bukan sekadar pada harta dan tenaga, te...
26/05/2026

Sempena Hari Raya Aidiladha, marilah kita menghayati makna sebenar pengorbanan — bukan sekadar pada harta dan tenaga, tetapi pada ketaatan, keikhlasan serta kesediaan meletakkan Allah mengatasi segala-galanya.

Pengorbanan agung Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi simbol kekuatan iman, ketundukan kepada perintah Allah dan kasih sayang yang dibina atas dasar taqwa.

✨ Sempena Hari Raya Aidiladha 1447H,
IKRAM Kajang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Semoga Aidiladha kali ini terus menyuburkan semangat pengorbanan, mengeratkan ukhuwah, memperkukuh nilai kasih sayang serta membina masyarakat yang lebih peduli dan berjiwa hamba.

Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT.



KAJANG, 23 Mei - Seramai 30 jiwamuda menyertai Program Mabit"Bangkitkan Jiwamu" anjuranIKRAM Muda Kajang di Musolla Al-A...
23/05/2026

KAJANG, 23 Mei - Seramai 30 jiwa
muda menyertai Program Mabit
"Bangkitkan Jiwamu" anjuran
IKRAM Muda Kajang di Musolla Al-Amin, Bangi, yang melabuhkan tirainya pagi tadi.

Program berjalan lancar bermula dengan Qiyamullail, solat Subuh berjemaah, dan sesi tazkirah santai bagi melahirkan generasi pemuda yang bukan sahaja hebat berfikir, malah teguh rohaninya.

Hasil daripada pengisian yang seimbang ini, program diakhiri dengan sarapan bersama dan riadah sukan, dengan harapan agar para pemuda ini pulang membawa obor iman yang segar, ukhuwah yang erat, serta semangat membara untuk terus menyumbang kepada masyarakat.



🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷“Guru Bitara Nadi Negara”Kejayaan seorang guru bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik ...
16/05/2026

🌷 SELAMAT HARI GURU 2026 🌷
“Guru Bitara Nadi Negara”

Kejayaan seorang guru bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik murid, tetapi juga melalui keupayaannya membentuk insan yang beradab, berakhlak, berdaya tahan dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Di sebalik setiap teguran dan ketegasan, terselit satu makna yang sering kita fahami hanya apabila dewasa.
Kerana seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi membimbing kehidupan, membina nilai dan mencorakkan masa depan ummah.

Sempena Hari Guru 2026, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik atas jasa, pengorbanan dan dedikasi yang tidak ternilai.

“Ya Allah, ampunkanlah para guru kami dan sesiapa yang telah mengajar kami. Rahmatilah mereka, muliakanlah mereka dengan keredaan-Mu yang agung, di tempat yang mulia di sisi-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Ikhlas daripada,
IKRAM Kajang 🤍





"Seteguh Kasih Ibu"
10/05/2026

"Seteguh Kasih Ibu"

"Ibu, when you smile for me, everything in this world seems alright :)"

Wahai Ibu,

Terima kasih sebab sentiasa ada untuk saya.
Terima kasih sebab menjadi tempat paling selamat untuk saya pulang kembali setelah berlelah seharian di dunia luar.

Saya tahu saya mungkin banyak menyusahkan ibu.
Saya dengar daripada ayah, betapa sukarnya perjalanan ibu mengandungkan, melahirkan dan membesarkan saya.

Tapi saya nak beritahu ibu, setiap kali bersama ibu, saya rasa selamat.
Saya rasa cukup.
Saya rasa disayangi.

Ibu, dirimu adalah dunia saya.
Terima kasih sebab tak pernah berhenti mendoakan saya.
Saya dapat melalui setiap hari dalam hidup ini dengan doa-doa ibu yang tak pernah putus. 🤍

Seteguh kasihmu ibu, di situlah saya belajar erti pengorbanan dan erti cinta yang tidak bersyarat.

Selamat Hari Ibu, insan teristimewa dalam hidupku 🌷

Ya Allah, berikanlah ibu kesihatan yang berpanjangan, ketenangan hati, rezeki yang luas dan tempat terbaik di sisi-Mu di akhirat kelak. Ameen!

p/s: Ibu… masak apa hujung minggu ni? Adik dah lapar & rindu masakan ibu 🤭🤍

*✨ YOU’RE INVITED ✨*🎬 A film. A story. A space to reflect 🇵🇸In remembrance of Palestinian Prisoners’ Day (17 April) and ...
08/05/2026

*✨ YOU’RE INVITED ✨*
🎬 A film. A story. A space to reflect 🇵🇸

In remembrance of Palestinian Prisoners’ Day (17 April) and Nakba Day (15 May), the *Asia Pacific Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (ApWCQP)*, together with *IKRAM Muda Kajang*, invite you to a relaxed yet meaningful afternoon featuring a screening of *EXCEPTION*.

✨ Followed by reflections & open dialogue on what each of us can do, even in small ways

🎙 Featuring sharing (in Malay) by: *Bro Khalid Jimat* (MyCARE)

🗓 *10 May 2026 (Sunday)*
⏰ *2:00 – 4:00 PM*
📍 *Tumbuh Coffee, Setia Emporia, Kajang, Selangor*
🎟 *RM10* (drinks and light snacks provided - payment at café)

📢 Open to all, teenagers are also welcome.

☕You may order coffee or other food at the café.

⚠️ *Limited space available* ⚠️

👉 Secure your spot now:
https://tinyurl.com/IMKajangException

Come for the film, stay for the conversation that matters.

Address

Taman Tropika
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share