21/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh sukarelawan ibu bapa KSIB yang telah bertungkus-lumus menjayakan Majlis Sambutan Hari Guru 2026 SK Seksyen 1 Bandar Kinrara dengan penuh komitmen dan semangat kebersamaan.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang bermurah hati menyumbang kewangan bagi hadiah cabutan bertuah, kempen belanja cikgu makan serta pelbagai keperluan majlis.
Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang menyumbang tenaga, masa dan idea demi memastikan setiap perjalanan program berjalan lancar dan meriah.
Ada yang sanggup mengambil cuti kerja, hadir seawal pagi dan pulang lewat petang semata-mata demi sekolah serta menghargai jasa para guru.
Pengorbanan dan keikhlasan anda semua amat besar nilainya dan pasti akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah.
Sesungguhnya semangat kerjasama dan kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan dalam membina komuniti sekolah yang harmoni, prihatin dan cemerlang.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga segala usaha murni ini mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
Selamat Hari Guru 2026! ๐นโจ
PIBG