YM - Sahabat AlQuran

YM - Sahabat AlQuran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from YM - Sahabat AlQuran, Non-Governmental Organization (NGO), 7-1, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor.
(1)

(No Pendaftaran : PPAB-04/2018)

Sahabat Al-Quran (SAQ) merupakan salah satu kempen di bawah Yayasan Maghfirah dalam teras Pendidikan

Ini adalah page Rasmi Kempen SAQ

17/04/2026
SEDEKAH SUBUH | TAJA KELAS SAHABAT ALQURAN (SAQ)بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَل...
16/04/2026

SEDEKAH SUBUH | TAJA KELAS SAHABAT ALQURAN (SAQ)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Jom Bersama Kami
YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB: 860 3221 427
Sila tuliskan reference "SAQ9"

atau klik link
https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

Ikuti Media Sosial Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://www.facebook.com/yayasanmaghfirah




KELAS SAQ | SAHABAT AL-QURAN PPR PERKASAPada Sabtu dan Ahad yang lalu, telah berlangsung Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) di...
14/04/2026

KELAS SAQ | SAHABAT AL-QURAN PPR PERKASA

Pada Sabtu dan Ahad yang lalu, telah berlangsung Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) di PPR Perkasa. Para pelajar mengikuti sesi pembelajaran yang merangkumi bacaan Al-Quran, Iqra’ serta hafazan pada sesi petang dengan penuh kesungguhan dan semangat.

Sesungguhnya, sebaik-baik amalan adalah mempelajari dan mengajarkan Al-Quran.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Uthman bin ‘Affan r.a.:
“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang cintakan Al-Quran dan berakhlak mulia. 🤍

Jom kita terus bersama menyokong usaha ini…
Klik:https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

KELAS SAHABAT AL-QURAN SAQ TAMAN DESA Sesi Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) di Taman Desa telah berlangsung dengan baik pada...
09/04/2026

KELAS SAHABAT AL-QURAN SAQ TAMAN DESA

Sesi Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) di Taman Desa telah berlangsung dengan baik pada 4 April 2026 Sabtu, dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Seramai 16 orang pelajar hadir mengikuti kelas dengan bimbingan 4 orang guru. Sepanjang sesi, anak-anak ini mengikuti pembelajaran Al-Quran serta melaksanakan Solat Sunat Dhuha bersama-sama.

Semangat mereka dalam menuntut ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT benar-benar menyentuh hati dan memberi inspirasi.

Moga setiap langkah kecil yang mereka ambil hari ini menjadi benih kepada lahirnya generasi hebat yang cintakan Al-Quran, berjiwa bersih dan dihiasi akhlak yang indah. 🤍

Jom kita terus bersama menyokong usaha ini…
Klik: https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

SEDEKAH SYAWAL | TAJA KELAS DAN PROGRAM ILMU AGAMA UNTUK KANAK-KANAK ASNAF اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي وَأَعِذْنِي مِ...
02/04/2026

SEDEKAH SYAWAL | TAJA KELAS DAN PROGRAM ILMU AGAMA UNTUK KANAK-KANAK ASNAF

اللَّهُمَّ أَلْهِمْنِي رُشْدِي وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي

"Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan petunjuk serta lindungilah aku dari kejahatan nafsuku."

Jom Bersama Kami
YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB: 860 3221 427
Sila tuliskan reference "SAQ9"

atau klik link https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat: https://t.me/yayasanmaghfirah




02/04/2026

"KELAS INI SANGAT MEMBANTU UNTUK ANAK AUTISME SAYA"

Seorang pelajar Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ), anak OKU autisme, berjaya khatam Al-Quran buat kali kedua. Bermula dari Iqra’, kini beliau mampu membaca dengan penuh kesungguhan.

Ibu Hasan meluahkan rasa syukur dan bangga, serta menyatakan kelas ini sangat membantu anak-anak asnaf mendalami Al-Quran.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus istiqamah dan mendekatkan diri kepada kalam Allah ✨

Jom sokong Kelas SAQ agar lebih ramai anak asnaf dapat belajar dan mencintai Al-Quran.

Klik: https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat: https://t.me/yayasanmaghfirah

✨ IFTAR RAMADAN | SAQ CAWANGAN GOMBAK SETIAAlhamdulillah semalam 3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H telah berlangsung...
04/03/2026

✨ IFTAR RAMADAN | SAQ CAWANGAN GOMBAK SETIA

Alhamdulillah semalam 3 Mac 2026 bersamaan 13 Ramadan 1447H telah berlangsung Program Iftar bersama para pelajar cawangan Gombak Setia.

Seramai 39 orang pelajar telah bersama-sama memeriahkan majlis berbuka puasa dalam suasana penuh syukur dan kegembiraan. Wajah ceria para pelajar jelas menggambarkan rasa teruja dapat menikmati juadah berbuka secara berjemaah, sekali gus mengeratkan lagi ukhuwah sesama mereka sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Untuk juadah iftar pada hari ini, mereka dihidangkan dengan spaghetti Aglio Olio, ayam goreng crispy, kuih muih dan air oren yang sangat sedap.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah menyokong dan menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan tuan puan menjadi asbab keberkatan rezeki serta ganjaran pahala yang berterusan.

Ayuh terus berkongsi rezeki bersama kami :-
Klik 👉 https://ezy.la/JOMKONGSIREZEKIRAMADAN

Berkongsi Rezeki,
Manisnya Memberi. 🌙



*RAMADAN ini, jika anda menyumbang bersama Yayasan Maghfirah, anda berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Raikan Ramadan*🎁

04/03/2026

✨50 ORANG PELAJAR SAQ MENIKMATI AGLIO OLIO HASIL SUMBANGAN ANDA

Alhamdulillah, seronok rasa bila dapat melihat kegembiraan 50 orang anak-anak SAQ menikmati juadah berbuka puasa. Anak-anak Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) ini adaalah dari cawangan PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur. Mereka menikmati pasta aglio olio dan ayam goreng crispy dengan penuh selera🤩.

Hampir 10 malam terakhir ramadan ini, ayuh kita gembirakan anak-anak asnaf dengan menghidangkan makanan yang enak dan lazat. Semoga dengan memberi makan di bulan Ramadan ini, dikurniakan kemudahan dari Allah dunia dan akhirat.

Jom Berkongsi Rezeki (Tajaan Iftar) buat saudara-saudara kita Ramadan ini :-
Klik 👉 https://ezy.la/JOMKONGSIREZEKIRAMADAN

Berkongsi Rezeki,
Manisnya Memberi. 🌙



*RAMADAN ini, jika anda menyumbang bersama Yayasan Maghfirah, anda berpeluang menyertai Cabutan Bertuah Raikan Ramadan*🎁

SEDEKAH RAMADAN|KONGSI REZEKIاللهم إنّي أسألك العفو والعافية في الدنيا والآخرةYa Allah, sesungguhnya aku memohon kemaafa...
03/03/2026

SEDEKAH RAMADAN|KONGSI REZEKI

اللهم إنّي أسألك العفو والعافية في الدنيا والآخرة
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kemaafan dan kesihatan (kesejahteraan) di dunia dan di akhirat

Jom Bersama Kami
YAYASAN MAGHFIRAH
CIMB : 860 3221 427
Sila tuliskan reference "KONGSIREZEKI9"

atau
klik link: https://ezy.la/JOMKONGSIREZEKIRAMADAN

Ikuti Telegram Yayasan Maghfirah untuk info yang bermanfaat klik: https://t.me/yayasanmaghfirah

22/11/2025

“DI SEBALIK CAHAYA ILMU, ADA HATI KECIL YANG RINDU UNTUK MEMBACA AL-QURAN” 📖✨

Di sebuah kelas kecil yang sederhana, terdengar suara halus anak-anak melafazkan ayat-ayat suci.
Bukan kuat, tapi cukup untuk menyentuh hati. 💞

Mata mereka terpaku pada mushaf —
ada yang masih merangkak, ada yang baru kenal huruf-huruf hijaiyah,
namun semangat mereka tak pernah goyah. 🕌🌱

Mereka datang bukan kerana mampu…
tetapi kerana ingin belajar, ingin membina masa depan yang lebih baik,
ingin mendekatkan diri kepada Allah sejak kecil lagi. 🤲❤️

Di bawah bimbingan guru-guru penyayang,
mereka bukan sekadar belajar membaca,
tetapi menghayati dan menghidupkan makna Al-Quran dalam akhlak dan jiwa. 🌸📖

Program Sahabat Al-Quran (SAQ) menjadi sinar buat anak-anak ini —
sinar yang mungkin tidak mereka dapat tanpa bantuan kita. 🌟

Hari ini,
kita ada peluang untuk menjadi sebahagian daripada pahala yang terus mengalir.
Setiap sen, setiap sokongan, membantu membuka pintu ilmu dan cahaya buat anak-anak asnaf ini. 💛✨

✨ Jom sama-sama kita nyalakan harapan mereka.
✨ Jom hadiahkan ilmu yang tidak terputus pahalanya.

Sokong Kelas SAQ di sini:
👉 https://yayasanmaghfirah.com/order/form/saq_43_c_fb_os

“DI BAWAH CAHAYA ILMU, TUMBUH HATI YANG CINTA AL-QURAN" Suasana penuh tenang mewarnai kelas ini. Anak-anak kecil duduk b...
03/11/2025

“DI BAWAH CAHAYA ILMU, TUMBUH HATI YANG CINTA AL-QURAN"

Suasana penuh tenang mewarnai kelas ini. Anak-anak kecil duduk bersaf rapi, mata mereka tertumpu pada mushaf, bibir mereka lembut melafazkan kalam Allah dengan penuh khusyuk dan harapan.

Setiap huruf yang mereka baca adalah langkah menuju kebaikan. Setiap semangat yang mereka tunjukkan menjadi tanda cinta mereka kepada ilmu dan iman.

Dalam bimbingan guru, mereka belajar bukan hanya membaca, tetapi menghidupkan makna Al-Quran dalam hati dan akhlak.

Sahabat Al-Quran (SAQ) terus menjadi jambatan ilmu, membimbing generasi kecil ini mengenal Tuhan melalui kalam-Nya. Mari kita bersama menyalakan cahaya ini, agar terus bersinar di hati anak-anak pewaris ummah.

Jom sama sama kita sokong kelas SAQ:
👉https://ezy.la/tajakelasmengajianakasnaf

Address

7-1, Jalan Putra 2, Taman Kajang Putra, Kajang
Selangor
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YM - Sahabat AlQuran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share