ICare Puncak Alam

ICare Puncak Alam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ICare Puncak Alam, Non-Governmental Organization (NGO), 16A, Lorong Naluri Sukma A8/A, Seksyen 8, Selangor.

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69Sempena 69 tahun kemerdekaan, marilah kita mensyukuri nikmat kebebasan, keamana...
31/08/2026

🇲🇾 Selamat Hari Kebangsaan Malaysia Ke-69

Sempena 69 tahun kemerdekaan, marilah kita mensyukuri nikmat kebebasan, keamanan dan keharmonian yang kita kecapi, sambil terus menyemai semangat perpaduan, saling prihatin dan membantu sesama insan tanpa mengira perbezaan demi membina Malaysia yang lebih sejahtera dan penuh kasih sayang untuk generasi akan datang.

Semoga semangat Merdeka terus hidup dalam jiwa kita — bersatu, peduli dan bersama menjaga keharmonian tanah air. Selamat Hari Kebangsaan ke-69! 🇲🇾❤️💛💙

Ikhlas daripada:
Warga i-Care Puncak Alam
Kelab Sosial dan Kebajikan Cakna Puncak Alam

27/08/2026

Afakah kita sudah buta, pekak dan bisu?

27/08/2026

21 OGOS 2026 - Alhamdulillah, dalam tempoh 1 hari kutipan sumbangan untuk membantu menbaiki motorsikal 1 keluarga telah berjaya diperolehi atas sumbangan dermawan yang baik hati sekitar Puncak Alam.

Hari ini AJK i-Care, Ustazah Nurma telah berkunjung kekedai membaiki motosikal yang dihantar oleh pemiliknya untuk dibaiki bagi membayar wang pendahuluan bagi membaiki motosikal tersebut.

🌙 i-CARE PUNCAK ALAM SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ25 Ogos 2026 - Alhamdulillah, i-Care Puncak Alam berkesem...
26/08/2026

🌙 i-CARE PUNCAK ALAM SERTAI PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ﷺ

25 Ogos 2026 - Alhamdulillah, i-Care Puncak Alam berkesempatan menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul ﷺ yang dianjurkan oleh Masjid Puncak Alam bersama pelbagai agensi, organisasi, institusi pendidikan, surau dan komuniti setempat.

Penyertaan ini menjadi salah satu usaha untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ serta mengeratkan ukhuwah antara masyarakat dan organisasi di sekitar Puncak Alam.

Seramai 14 orang peserta lelaki dan 24 orang peserta wanita terdiri dari AJK dan sukarelawan i-Care yang menyertai perarakan yang berlangsung semalam.

Perarakan ini turut disertai oleh pelbagai organisasi dan komuniti, antaranya:

• Masjid Puncak Alam
• Maahad Tahfiz Ismail
• IPD Sungai Buloh
• TRIplc
• Suasa Efektif (M) Sdn Bhd
• Puncak Alam Housing Sdn. Bhd. & Corporate Line (M) Sdn. Bhd.
• Puncak Alam Golf Driving Range
• Surau Al-Furqan Fasa 2
• Surau Nurhijrah
• Topline Media Sdn Bhd
• Haluan Prisma Sdn Bhd
• Surau Nur Iman
• Surau Attaufiqiyyah Sinar Alam
• Surau Al-Muttaqin
• SMK Puncak Alam 3
• Sekolah Rendah Islam Integrasi Madinatul Aulad
• Tadika Dzul Iman Smart Khalifah Puncak Alam
• Muslimat Dhuha MPA
• Puncak Niaga
• Surau Al-Muqarrabin
• Persatuan Ibu-ibu Berdikari Annur Puncak Alam
• KRT Fasa 3
serta pelbagai lagi komuniti dan organisasi setempat.

Semoga penyertaan ini menjadi amal yang diterima Allah SWT dan terus menyuburkan semangat ukhuwah, kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dan kebersamaan dalam masyarakat.

❤️ i-Care Puncak Alam — Bersama Berbakti, Bersama Berkongsi.

KUTIPAN SUDAH DITUTUP (25 OGOS 2026)̵̵~̵S̵U̵M̵B̵A̵N̵G̵A̵N̵ ̵T̵A̵U̵T̵A̵N̵ ̵K̵A̵S̵I̵H̵ ̵M̵E̵N̵U̵J̵U̵ ̵S̵Y̵U̵R̵G̵A̵~̵̵̵~̵i̵...
20/08/2026

KUTIPAN SUDAH DITUTUP (25 OGOS 2026)
̵
̵~̵S̵U̵M̵B̵A̵N̵G̵A̵N̵ ̵T̵A̵U̵T̵A̵N̵ ̵K̵A̵S̵I̵H̵ ̵M̵E̵N̵U̵J̵U̵ ̵S̵Y̵U̵R̵G̵A̵~̵
̵
̵~̵i̵-̵C̵a̵r̵e̵ ̵s̵e̵d̵a̵n̵g̵ ̵b̵e̵r̵u̵s̵a̵h̵a̵ ̵u̵n̵t̵u̵k̵ ̵m̵e̵m̵b̵a̵n̵t̵u̵ ̵s̵e̵b̵u̵a̵h̵ ̵k̵e̵l̵u̵a̵r̵g̵a̵ ̵y̵a̵n̵g̵ ̵s̵e̵d̵a̵n̵g̵ ̵d̵i̵u̵j̵i̵.̵ ̵M̵e̵r̵e̵k̵a̵ ̵t̵i̵d̵a̵k̵ ̵d̵a̵p̵a̵t̵ ̵b̵e̵k̵e̵r̵j̵a̵ ̵k̵e̵r̵a̵n̵a̵ ̵m̵o̵t̵o̵r̵ ̵y̵a̵n̵g̵ ̵s̵a̵t̵u̵-̵s̵a̵t̵u̵n̵y̵a̵ ̵j̵a̵d̵i̵ ̵p̵e̵n̵g̵a̵n̵g̵k̵u̵t̵a̵n̵ ̵u̵t̵a̵m̵a̵ ̵t̵e̵l̵a̵h̵ ̵r̵o̵s̵a̵k̵.̵ ̵S̵e̵d̵a̵n̵g̵ ̵d̵i̵b̵a̵i̵k̵i̵ ̵d̵a̵n̵ ̵t̵a̵k̵ ̵d̵a̵p̵a̵t̵ ̵n̵a̵k̵ ̵b̵a̵y̵a̵r̵ ̵k̵o̵s̵ ̵b̵a̵i̵k̵i̵ ̵m̵o̵t̵o̵r̵.̵ ̵S̵e̵k̵a̵r̵a̵n̵g̵ ̵s̵e̵m̵u̵a̵ ̵t̵e̵r̵h̵e̵n̵t̵i̵.̵ ̵A̵n̵a̵k̵-̵a̵n̵a̵k̵ ̵t̵a̵k̵ ̵d̵a̵p̵a̵t̵ ̵p̵e̵r̵g̵i̵ ̵s̵e̵k̵o̵l̵a̵h̵,̵ ̵a̵y̵a̵h̵ ̵t̵a̵k̵ ̵b̵o̵l̵e̵h̵ ̵b̵e̵k̵e̵r̵j̵a̵.̵ ̵M̵e̵r̵e̵k̵a̵ ̵t̵i̵a̵d̵a̵ ̵t̵e̵m̵p̵a̵t̵ ̵u̵n̵t̵u̵k̵ ̵m̵e̵n̵g̵a̵d̵u̵.̵ ̵L̵a̵l̵u̵ ̵m̵o̵h̵o̵n̵ ̵b̵a̵n̵t̵u̵a̵n̵ ̵d̵a̵r̵i̵ ̵i̵ ̵c̵a̵r̵e̵.̵ ̵J̵o̵m̵ ̵s̵a̵m̵a̵-̵s̵a̵m̵a̵ ̵h̵u̵l̵u̵r̵ ̵b̵a̵n̵t̵u̵a̵n̵ ̵s̵e̵g̵e̵r̵a̵.̵ ̵K̵a̵m̵i̵ ̵s̵a̵s̵a̵r̵ ̵R̵M̵2̵5̵0̵0̵ ̵s̵a̵h̵a̵j̵a̵.̵ ̵J̵o̵m̵ ̵r̵e̵b̵u̵t̵ ̵p̵e̵l̵u̵a̵n̵g̵ ̵K̵O̵N̵G̵S̵I̵ ̵R̵E̵Z̵E̵K̵I̵.̵~̵
̵
̵~̵S̵u̵m̵b̵a̵n̵g̵a̵n̵ ̵b̵o̵l̵e̵h̵ ̵d̵i̵s̵a̵l̵u̵r̵k̵a̵n̵ ̵:̵~̵
̵~̵M̵a̵y̵b̵a̵n̵k̵ ̵:̵ ̵5̵6̵2̵8̵4̵3̵1̵0̵0̵6̵6̵6̵~̵
̵~̵R̵u̵j̵u̵k̵a̵n̵:̵ ̵B̵a̵i̵k̵i̵ ̵m̵o̵t̵o̵r̵~̵
̵
̵~̵S̵c̵a̵n̵ ̵u̵n̵t̵u̵k̵ ̵m̵e̵n̵y̵u̵m̵b̵a̵n̵g̵_̵~̵
̵
̵~̵S̵e̵b̵a̵r̵a̵n̵g̵ ̵p̵e̵r̵t̵a̵n̵y̵a̵a̵n̵ ̵b̵o̵l̵e̵h̵ ̵h̵u̵b̵u̵n̵g̵i̵ ̵:̵~̵
̵~̵U̵s̵t̵a̵z̵a̵h̵ ̵N̵u̵r̵m̵a̵ ̵:̵ ̵0̵1̵3̵3̵8̵0̵9̵7̵4̵2̵~̵
̵
̵~̵H̵a̵r̵i̵ ̵i̵n̵i̵ ̵k̵i̵t̵a̵ ̵b̵a̵n̵t̵u̵ ̵o̵r̵a̵n̵g̵ ̵n̵a̵n̵t̵i̵ ̵k̵i̵t̵a̵ ̵d̵i̵u̵j̵i̵ ̵A̵l̵l̵a̵h̵ ̵h̵a̵n̵t̵a̵r̵ ̵o̵r̵a̵n̵g̵ ̵l̵a̵i̵n̵ ̵b̵a̵n̵t̵u̵ ̵k̵i̵t̵a̵.̵ ̵M̵o̵g̵a̵ ̵s̵a̵h̵a̵b̵a̵t̵ ̵s̵e̵m̵u̵a̵ ̵d̵i̵b̵e̵r̵i̵ ̵k̵e̵s̵i̵h̵a̵t̵a̵n̵ ̵y̵a̵n̵g̵ ̵t̵e̵r̵b̵a̵i̵k̵ ̵d̵a̵n̵ ̵a̵n̵a̵k̵-̵a̵n̵a̵k̵ ̵y̵a̵n̵g̵ ̵b̵e̵r̵j̵a̵y̵a̵ ̵d̵u̵n̵i̵a̵ ̵d̵a̵n̵ ̵a̵k̵h̵i̵r̵a̵t̵.̵~̵

INFAQ JUMAAT PAMPERS DEWASA & KANAK-KANAK I-CARE PUNCAK ALAM📞 Hj Azwari – 019-316 1291📞 En Anwar – 011-1002 1287📞 Ustaz ...
14/08/2026

INFAQ JUMAAT PAMPERS DEWASA & KANAK-KANAK I-CARE PUNCAK ALAM

📞 Hj Azwari – 019-316 1291
📞 En Anwar – 011-1002 1287
📞 Ustaz Firdaus – 019-398 9110
📞 En Rosli – 019-393 9071
📞 Ustazah Nurma – 013-380 9742

Walaupun hanya sebungkus pampers, nilainya sangat besar buat mereka yang memerlukan.

PROGRAM INFAQ PAMPERS DEWASA & KANAK-KANAK I-CARE PUNCAK ALAM💛 SETIAP HELAIAN PAMPERS ADALAH SINAR HARAPANI-Care Puncak ...
06/08/2026

PROGRAM INFAQ PAMPERS DEWASA & KANAK-KANAK I-CARE PUNCAK ALAM

💛 SETIAP HELAIAN PAMPERS ADALAH SINAR HARAPAN

I-Care Puncak Alam hari ini melancarkan Program Infaq Pampers Dewasa dan Kanak-kanak khusus untuk membantu pesakit kronik dan kanak-kanak serta bayi dari kalangan keluarga asnaf dan miskin bandar.

Di sekitar Kuala Selangor, masih ramai pesakit kronik terlantar dan keluarga asnaf yang terpaksa berjimat sehingga tidak mampu membeli pampers untuk orang tersayang.

Bagi kita, pampers mungkin perkara biasa. Namun bagi mereka, ia adalah satu keperluan harian yang menentukan keselesaan, kebersihan dan maruah insan yang sedang diuji.

Bayangkan seorang ibu menjaga suami yang terlantar, atau anak yang menjaga ayahnya yang uzur. Ada masanya mereka terpaksa memanjangkan penggunaan pampers kerana kekangan kewangan.

Anda boleh mengubah keadaan itu hari ini.

🤲 Jom berinfaq Pampers Dewasa & Bayi untuk membantu pesakit kronik dan keluarga asnaf sekitar Kuala Selangor.

✅ Pampers Dewasa
✅ Pampers Bayi
✅ Sumbangan akan disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan melalui i-Care Puncak Alam.

"Sebaik-baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain."

Untuk menyumbang atau mendapatkan maklumat, hubungi:

📞 Hj Azwari – 019-316 1291
📞 En Anwar – 011-1002 1287
📞 Ustaz Firdaus – 019-398 9110
📞 En Rosli – 019-393 9071
📞 Ustazah Nurma – 013-380 9742

Walaupun hanya sebungkus pampers, nilainya sangat besar buat mereka yang memerlukan.

Address

16A, Lorong Naluri Sukma A8/A, Seksyen 8
Selangor
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ICare Puncak Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to ICare Puncak Alam:

Shortcuts

Share