21/06/2023
ELAK JADI MANUSIA YG CINTAKAN DUNIA DAN PENTING DIRI
Ketika hendak beli kereta;
“Mestilah nak beli kereta yg paling bagus. Takpe mahal sikit. Biar selesa nak bawa sana sini dengan famili”.
Masa nak beli rumah;
“Alang-alang beli, biarlah yg puas hati. Lepas itu kita renovate ikut citarasa kita. Takpa mahal sikit, nak duduk lama utk anak cucu cicit”.
Masa langgan TV berbayar
“Walaupun ada yg free, lebih baik kita ambil full-pakage utk kita sekeluarga. Baru berapa ringgit”.
Masa beli handphone;
“Alang-alang beli handphone, kena la beli yang paling latest. Biar mahal sikit takpe, boleh guna untuk macam-macam benda”
Tapi apabila masuk bab Infaq/waqaf…
“Mana tempat yg boleh bagi paling murah? Mahal murah tak penting pun, yg penting ALLAH tahu kita berkorban.
Berapa ni? Apa RM###? Mahalnya! Bukan sepatutnya RMx sahaja macam tahun lepas?”.
Nak masuk syurga paling tinggi, tapi nak korban harta yang paling murah.
(Muhasabah untuk diri sendiri yang menulis)
https://wasilahakhirat.onpay.my