Pertubuhan Permata Ummah Malaysia - PPUM

Contact the organization

Pertubuhan Permata Ummah Malaysia - PPUM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Permata Ummah Malaysia - PPUM, Non-Governmental Organization (NGO), 9108 JALAN KERDAS 1 GOMBAK, Selangor.

PPUM bermaksud pertubuhan yang mengumpulkan dan menyebarkan mutiara-mutiara ilmu daripada tokoh-tokoh masyarakat yang bermatlamatkan untuk membimbing rakyat Malaysia dalam isu agama.

🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1447H 🌙Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita bertemu tahun baharu Hijrah. Kehadiran Muha...
16/06/2026

🌙 SALAM AWAL MUHARRAM 1447H 🌙

Alhamdulillah, Allah SWT masih mengizinkan kita bertemu tahun baharu Hijrah. Kehadiran Muharram bukan sekadar pertukaran angka pada kalendar, tetapi satu peringatan untuk kita memperbaharui azam, memperbaiki diri dan melangkah lebih dekat kepada-Nya.

Hijrah yang sebenar bukan hanya berpindah tempat, tetapi berhijrah daripada kelalaian kepada ketaatan, daripada kelemahan kepada kekuatan iman, dan daripada dosa kepada taubat yang ikhlas.

✨ Sempena Awal Muharram ini, marilah kita:
✅ Memperbaharui niat kerana Allah SWT
✅ Meningkatkan ibadah dan amal soleh
✅ Bermuhasabah serta memperbaiki diri
✅ Merancang masa depan dengan lebih baik
✅ Menjadi insan yang memberi manfaat kepada ummah

Firman Allah SWT:

"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketetapan Allah sejak Dia menciptakan langit dan bumi, antaranya empat bulan Haram."
📖 (Surah At-Taubah: 36)

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, keluasan rezeki dan peningkatan iman buat kita semua.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H.
Hijrah Diri Menuju Redha Ilahi. 🤲

Ikhlas daripada,
Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM)

Ada yang dah planning ke untuk datang ke PBAKL?🧐🧐
23/04/2026

Ada yang dah planning ke untuk datang ke PBAKL?🧐🧐

✨ Lepasan SPM, dah plan nak buat apa?Alhamdulillah, selesai satu fasa besar. Tapi sebenarnya… ini baru permulaan 😉Masa l...
17/04/2026

✨ Lepasan SPM, dah plan nak buat apa?

Alhamdulillah, selesai satu fasa besar. Tapi sebenarnya… ini baru permulaan 😉

Masa lepas SPM ni antara waktu paling “free” dalam hidup. Kalau guna betul, boleh jadi turning point yang sangat hebat

💡 Jom isi masa dengan benda bermanfaat:
• Tambah ilmu (join kelas, baca buku)
• Jaga ibadah & bina rutin yang baik
• Dekatkan diri dengan Al-Quran
• Upgrade skill diri (communication, tech, dll)
• Cari pengalaman kerja / side income

📌 Jangan biar masa berlalu kosong…
Gunakan peluang ni untuk jadi versi diri yang lebih baik ✨

Semoga langkah seterusnya dipermudahkan dan penuh keberkatan 🤲

—
📍 Pertubuhan Permata Ummah Malaysia

✨ TAHNIAH ADIK-ADIK PELAJAR SPM! ✨Alhamdulillah & syabas atas usaha gigih yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan men...
31/03/2026

✨ TAHNIAH ADIK-ADIK PELAJAR SPM! ✨

Alhamdulillah & syabas atas usaha gigih yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan menghadapi SPM.

Setiap keringat, setiap pengorbanan, dan setiap doa yang dipanjatkan semuanya adalah langkah menuju kejayaan yang lebih besar. 🌱

📚 Ingatlah…
Kejayaan bukan sekadar pada keputusan, tetapi pada kesungguhan dan ketabahan yang telah dibina dalam diri.

💚 Semoga kalian:
• Diberikan keputusan yang cemerlang
• Dipermudahkan langkah ke fasa seterusnya
• Terus menjadi generasi yang membawa manfaat kepada ummah

PPUM sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua adik-adik.

🌟 Terus melangkah, masa depan menanti!





بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمPertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM) mengucapkanSelamat Hari Raya Aidilfitri, Ma...
20/03/2026

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM) mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini disambut dengan penuh kesyukuran, kegembiraan dan keberkatan bersama keluarga serta insan tersayang.

Di kesempatan ini, kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan penyokong yang telah bersama kami dalam menyebarkan kasih dan kebajikan sepanjang Ramadan.

Semoga segala amal dan kebaikan kita diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Taqabbalallahu minna wa minkum.




Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penaja dan penyumbang yang telah bersama menjayakan ...
17/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penaja dan penyumbang yang telah bersama menjayakan inisiatif Kasih Ramadan anjuran Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM).

Sumbangan dan sokongan yang diberikan telah membantu kami menyantuni golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak OKU dan asnaf, agar mereka turut merasai kegembiraan Ramadan.

Sesungguhnya setiap kebaikan yang disumbangkan bukan sekadar memberi manfaat di dunia, tetapi menjadi bekalan yang berharga di akhirat.

Semoga segala sumbangan ini menjadi amal jariah dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.

Terima kasih kerana bersama menyebarkan kasih dan rahmat Ramadan.




40 insan istimewa, satu Ramadan yang penuh makna.Alhamdulillah pada 12 Mac 2026, Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM...
13/03/2026

40 insan istimewa, satu Ramadan yang penuh makna.

Alhamdulillah pada 12 Mac 2026, Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM) berpeluang menyantuni seramai 40 orang anak-anak OKU bersama warga Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rumah Payung melalui program Ziarah Mahabbah dan Majlis Berbuka Puasa.

Program ini menjadi ruang untuk kita berkongsi kegembiraan Ramadan bersama anak-anak istimewa serta keluarga mereka dalam suasana penuh kemesraan dan kasih sayang.

Antara pengisian program:
🤝 Ziarah mahabbah bersama warga PDK
🍽 Majlis berbuka puasa bersama
🎁 Penyampaian sumbangan dan duit raya

Senyuman dan kegembiraan yang terpancar daripada anak-anak ini menjadi pengingat bahawa Ramadan adalah bulan untuk kita berkongsi rezeki, menyebarkan kasih sayang dan mengeratkan ukhuwah sesama masyarakat.

Terima kasih kepada semua penaja dan penyumbang yang telah bersama menjayakan program ini.
Wazza Digital Sdn. Bhd. Evenesis Yayasan Permata Ummah Carikom Bangi & Epic Aero

Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah dan ganjaran berlipat ganda di sisi Allah SWT.




12/03/2026
Alhamdulillah, program selesai dengan penuh makna.Semalam Yayasan Permata Ummah (YPU) telah mengadakan Ziarah Mahabbah d...
12/03/2026

Alhamdulillah, program selesai dengan penuh makna.

Semalam Yayasan Permata Ummah (YPU) telah mengadakan Ziarah Mahabbah dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Program ini menjadi ruang untuk kami menyantuni serta berkongsi kegembiraan Ramadan bersama mereka melalui:

🤲 Majlis berbuka puasa bersama
🎁 Penyampaian sumbangan dan duit raya
🤝 Ziarah mahabbah bersama anak-anak rumah amal

Melihat senyuman dan kegembiraan mereka menjadi hadiah yang sangat bermakna buat kami semua.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penaja dan penyumbang yang telah bersama menjayakan program ini.
Wazza Digital Sdn. Bhd.
Evenesis

AERO
Yayasan Permata Ummah

Insya-Allah, hari ini (12 Mac) Yayasan Permata Ummah akan meneruskan misi Kasih Ramadan bersama p**a warga PDK Rumah Payung, bagi berkongsi kegembiraan Ramadan bersama anak-anak OKU.

Semoga setiap sumbangan dan kebaikan yang diberikan menjadi amal jariah serta ganjaran berlipat ganda di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

Terima kasih kerana bersama menyebarkan kasih dan rahmat Ramadan kepada mereka yang memerlukan.

Ramadan adalah bulan yang mengingatkan kita bahawa rezeki tidak hanya untuk dinikmati, tetapi juga untuk dikongsi.Melalu...
06/03/2026

Ramadan adalah bulan yang mengingatkan kita bahawa rezeki tidak hanya untuk dinikmati, tetapi juga untuk dikongsi.

Melalui inisiatif Kasih Ramadan, Pertubuhan Permata Ummah Malaysia (PPUM) akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 100 penerima manfaat agar mereka juga dapat merasai kegembiraan bulan yang mulia ini.

Setiap sumbangan yang diberikan adalah tanda kebersamaan ummah dalam membantu mereka yang memerlukan.

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan dan pahala yang berlipat ganda sepanjang Ramadan.

Tekan Link utk tambah saham ramadan kita
https://yayasanpermataummah.onpay.my/order/form/145




Address

9108 JALAN KERDAS 1 GOMBAK
Selangor
53100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Permata Ummah Malaysia - PPUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Permata Ummah Malaysia - PPUM:

Shortcuts

Share