PIBG SK Pasir Panjang, Sekinchan

PIBG SK Pasir Panjang, Sekinchan PIBG SKPP

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن 'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'Pihak PIBG SK Pasir Panj...
06/01/2026

‎اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
'Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali'

Pihak PIBG SK Pasir Panjang (SKPP) mengucapkan Salam Takziah buat keluarga arwah atas pemergian Cikgu Hanayanti Munier yang merupakan guru di SKPP dan juga Setiausaha PIBG SKPP. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah, mengampunkan segala dosa, menerima segala amal kebaikan serta menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026Semoga tahun baharu ini membawa kejayaan dan kemajuan berterusan dalam memperkasa pen...
01/01/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026

Semoga tahun baharu ini membawa kejayaan dan kemajuan berterusan dalam memperkasa pendidikan negara seiring aspirasi Malaysia MADANI.

Rasa bangga dengan pencapaian anak itu normal. Bila anak pandai buat sesuatu, bila cikgu puji, bila dia dapat peluang ya...
28/12/2025

Rasa bangga dengan pencapaian anak itu normal. Bila anak pandai buat sesuatu, bila cikgu puji, bila dia dapat peluang yang kita dulu tak pernah ada, hati memang mekar. Itu tanda sayang.

Cuma dalam rasa bangga tu, ada satu ayat yang elok kita simpan elok-elok dalam hati

“Anak bukan trophi”

Anak bukan untuk kita flex. Bukan untuk kita jadikan bukti kejayaan hidup kita. Bukan untuk kita letakkan dalam CV, dan bukan juga untuk kita jadikan konten utama media sosial.

Anak ialah anak. Anak ialah anugerah. Bila kita faham anak itu anugerah, kita akan mula nampak dia sebagai manusia yang ada keistimewaan sendiri, bukan projek yang mesti jadi “perfect”.

Kejayaan dia adalah kejayaan dia. Dan peranan ibu bapa p**a cantik sebenarnya. Kita bukan juri, bukan pengurus reputasi. Kita ialah pendorong. Kita ialah tempat anak balik bila penat. Kita ialah doa yang anak tak nampak, tapi selalu rasa.

Bukan Ibu Bapa Gagal

Dan kalau satu hari anak tak capai apa yang orang lain capai, itu bukan tanda anda ibu bapa yang gagal. Itu bukan tanda anda tak cukup baik. Sebab setiap anak ada musimnya. Ada jalan yang Tuhan bagi dia. Kita cuma temankan.

Yang paling indah, bila hubungan itu kuat, nanti bila kita tua, yang tinggal bukan sijil atau pingat. Yang tinggal adalah hati anak yang lembut.

Mungkin dia bukan award untuk almari.

Tapi mungkin dialah yang rajin p**ang ke kampung. Mungkin dialah yang temankan anda waktu sunyi. Mungkin dialah yang paling setia doakan anda bila anda dah tak ada nanti.

Anak bukan trophy. Anak adalah anugerah. Dan anugerah paling cantik bila kita jaga dengan kasih dan amanah.

CnP Public Health Malaysia

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026.RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkata...
25/12/2025

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026.

RM150 secara one-off kepada lebih 5.2 juta murid sekolah, termasuk pelajar Tingkatan 6, bagi meringan beban persiapan persekolahan.

Penyaluran secara serahan tunai di sekolah bukan sahaja memudahkan, malah mengeratkan hubungan guru dan ibu bapa.

Pendidikan terus menjadi keutamaan.

INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026  bagi murid Tingkat...
24/12/2025

INFO KPM: Semakan Tawaran Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) akan dibuka mulai 26 Disember 2025 hingga 13 Januari 2026 melalui pautan berikut :

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) :
Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM.
Tingkatan 1 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt1
Tingkatan 4 : https://mrsm.mara.gov.my/mrsmsemakt4

3. Murid yang tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah khusus atau MRSM boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui pautan yang sama.

Tarikh Penting:
📌 Tarikh Rayuan: 26 Dis 2025 – 13 Jan 2026
📌 Tarikh Pendaftaran : 13 Jan 2026
📌 Tarikh Semakan Rayuan : 6 – 10 Feb 2026

Program Cuti Sekolah | Program Anak Soleh 2025 Cuti sekolah dimanfaatkan dengan pengisian rohani dan pembentukan sahsiah...
23/12/2025

Program Cuti Sekolah | Program Anak Soleh 2025

Cuti sekolah dimanfaatkan dengan pengisian rohani dan pembentukan sahsiah anak-anak.

Jom sertai Program Anak Soleh 2025 khas untuk kanak-kanak berumur 7–12 tahun, membimbing mereka mengenal Allah, mencintai solat dan berakhlak mulia dalam suasana masjid.

📍 Tempat : Masjid Saidiah, Pekan Pasir Panjang
📅 Tarikh : 24 Disember 2025 (Rabu)
⏰ Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
💰 Yuran : RM10 seorang
📞 Pendaftaran & Pertanyaan : 010-7985182 (Radhi)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, membina generasi soleh bermula hari ini.

PIBG SK Pasir Panjang merakamkan ucapan selamat datang dan tahniah kepada Puan Hajah Nor Khizan binti Dulah atas pelanti...
22/12/2025

PIBG SK Pasir Panjang merakamkan ucapan selamat datang dan tahniah kepada Puan Hajah Nor Khizan binti Dulah atas pelantikan sebagai Pengetua baharu SMK Dato' Mustaffa (SDM).

Ibarat sirih p**ang ke gagang, pelantikan ini amat bermakna apabila beliau kembali menabur bakti di SDM setelah pernah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan. Kepimpinan beliau diyakini akan terus memperkukuh kecemerlangan SDM.

Selamat menjalankan tugas, semoga SDM terus gemilang.

Desa Kirana mekar di Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan.Semoga limpahan manfaat inisiatif Desa Kirana ini turut m...
21/12/2025

Desa Kirana mekar di Kampung Batu 23, Sungai Nibong, Sekinchan.

Semoga limpahan manfaat inisiatif Desa Kirana ini turut mengalir ke kampung-kampung bersebelahan, termasuk Kampung Pasir Panjang, Sekinchan dalam memperkasa komuniti, menyubur ekonomi desa dan mengangkat warisan tempatan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

19/12/2025
18/12/2025

MAJLIS ANUGERAH APRESIASI PENDIDIKAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SABAK BERNAM (PPDSB) 2025

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada SK Pasir Panjang (SKPP) atas penanugerahan yang diterima. Pengiktirafan ini adalah bukti dedikasi, kesungguhan dan semangat juang warga pendidik dalam membentuk generasi berilmu dan berakhlak.

Teruskan melakar kecemerlangan, melangkah gagah mendepani cabaran dan menyemai harapan demi masa depan anak bangsa. Melangkah bersama ilmu, memacu kejayaan dengan doa dan usaha.

Address

Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang
Sekincan
45400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Pasir Panjang, Sekinchan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PIBG SK Pasir Panjang, Sekinchan:

Share