MBFM Wilayah Johor Utara-RASMI

MBFM Wilayah Johor Utara-RASMI Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MBFM Wilayah Johor Utara-RASMI, Non-Governmental Organization (NGO), Segamat, Segamat.

MBFM wilayah johor utara merupakan sebuah pertubuhan belia yang memfokuskan kepada pembangunan dan pemerkasaan generasi muda di Kawasan penempatan FELDA di Wilayah Segamat

Kami warga Felda Johor mendesak pihak FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  untuk memberikan kenyataan berhubung p...
18/06/2026

Kami warga Felda Johor mendesak pihak FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan untuk memberikan kenyataan berhubung pembatalan program hari peneroka Negeri Johor yang telah dirancang sekian lama. Kesedihan Hati mak ayah kami untuk menyambut hari peneroka Negeri Johor yang telah dirancang masih terguris sepi. Kerugian yang ditanggung oleh peniaga kecil masih belum dibela.

Kami mendesak agar pihak FELDA HQ & Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab terhadap pembatalan hari peneroka Negeri Johor ini.

Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi

17/06/2026

📢 MAKLUMAN RASMI & FAQ PEMBATALAN HARI PENEROKA PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026 BAGI PROGRAM DIBAWAH KELOLAAN MBF, WJU.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Untuk makluman semua warga FELDA, pihak penganjur telah menerima pemakluman berhubung pembatalan Program Hari Peneroka Peringkat Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung di FELDA Ulu Belitong.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan kekeliruan serta menjawab pertanyaan yang diterima daripada peserta, peniaga dan pengunjung, pihak Majlis Belia FELDA Wilayah Johor Utara (MBF WJU) telah menyediakan FAQ (Soalan Lazim) sebagai rujukan bersama.

📄 Sila rujuk lampiran FAQ yang disertakan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan: ✅ Status pembatalan acara dan sukan
✅ Pengambilan baju HPNJ yang telah dibayar
✅ Status gerai jualan dan foodtruck
✅ Program Fun Walk serta aktiviti berkaitan
✅ Maklumat pegawai untuk dihubungi

Pihak MBF WJU merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kerjasama, komitmen serta sokongan semua pihak sepanjang persiapan program ini.

Sebarang perkembangan atau makluman rasmi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MBF WJU.

"Kerjasama dan semangat warga FELDA tetap menjadi kekuatan kita bersama."





Hanya kerajaan Negeri Johor sahaja yang betul2 memahami perit jerih peneroka yang membangunkan FELDA. Sebagai balasan ke...
17/06/2026

Hanya kerajaan Negeri Johor sahaja yang betul2 memahami perit jerih peneroka yang membangunkan FELDA. Sebagai balasan kepada Peneroka Negeri Johor telah menjadikan Hari Peneroka peringkat Negeri Johor sebagai atucara Wajib untuk diadakan setiap tahun.

Kami dari Majlis Belia Felda Johor sangat menghargai jasa kerajaan Negeri Johor menghargai jasa dan peranan warga Felda di Negeri Ini. Acapkali Program hari peneroka Negeri Johor dilaksanakan Pelbagai anisiatif dan manfaat telah diumumkan oleh kerajaan Negeri berbanding Hari Peneroka di peringkat Kebangsaan.

Secara umumnya kami dari Majlis Belia Felda Johor sangat terkilan dengan pembatalan ini walaupun ia bukanlah kemahuan kerajaan Negeri. Dan bagi kami ia Seolah-olah bentuk penindasan daripada pihak sana yang membatalkan program ini disaat2 akhir apabila segala persiapan telah disiapkan.

Terima kasih Dato dan kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB MB Onn Hafiz Ghazi menghargai jasa dan pengorbanan Peneroka di Negeri Johor ini.

Kami daripada Majlis Belia Felda Johor & Generasi Felda Johor akan terus bersuara demi kebaikan Peneroka Felda di Negeri Johor.


SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR 2026 DIARAH TIDAK DITERUSKAN

1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum bahawa pihak FELDA Negeri Johor telah diarahkan supaya tidak meneruskan penganjuran Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2026 di FELDA Ulu Belitong, Kluang.

2. Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga FELDA di negeri ini sebagai wadah menghimpunkan warga FELDA Johor dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan.

3. Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak FELDA telah merancang pelbagai pengisian bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan warga peneroka dan generasi yang telah sekian lama menjadi tunjang pembangunan negeri dan negara.

4. Antara pengisian utama yang dirancang termasuk penyerahan hak milik kepada seramai 210 peneroka, selain pelbagai program pembangunan komuniti, pameran agensi, aktiviti belia dan keluarga serta inisiatif kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada warga FELDA.

5. Sambutan ini juga dirancang sebagai kemuncak kepada pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk masyarakat FELDA sepanjang tahun, termasuklah bantuan kebajikan, Bantuan Kasih Johor, Bakul Kasih Johor, pembangunan infrastruktur, pemberian lot generasi kedua, geran pentadbiran JKKR, GPW serta pelbagai bentuk sokongan lain yang telah dilaksanakan secara berterusan. Secara keseluruhannya, lebih RM35 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada warga FELDA bagi tempoh 2022 hingga Jun 2026.

6. Sebagai persediaan menjayakan program ini, Kerajaan Negeri Johor meluluskan peruntukan kepada pihak FELDA bagi menjayakan sambutan ini, serta melaksanakan pelbagai persiapan dan penyelarasan dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, pihak FELDA dan jawatankuasa di peringkat rancangan.

7. Malah, kehadiran lebih 5,000 warga FELDA daripada 73 rancangan FELDA seluruh Negeri Johor telah mengesahkan kehadiran mereka bagi menjayakan sambutan ini.

8. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor berlapang dada menerima keputusan yang dimaklumkan pada 16 Jun 2026, agar program tersebut tidak diteruskan, meskipun ia hanya berbaki empat hari sebelum tarikh pelaksanaannya.

9. Kerajaan Negeri Johor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan serta kepada seluruh warga FELDA yang telah memberikan komitmen dan sokongan terhadap sambutan ini.

10. Insya-Allah, komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk terus menghargai, membela dan memperjuangkan kebajikan warga FELDA tidak akan pernah terhenti. Segala usaha yang dirancang demi kesejahteraan masyarakat FELDA akan terus dilaksanakan.

11. Sesungguhnya warga FELDA akan sentiasa menjadi sebahagian penting daripada keluarga besar Bangsa Johor yang terus diberikan perhatian dan keutamaan oleh Kerajaan Negeri Johor.

12. ⁠Walaupun penangguhan ini bukan dari pihak kami, namun atas rasa tanggungjawab kami mohon maaf atas penangguhan di saat akhir ini.

Sekian, Terima Kasih

DATO’ ZAHARI SARIP
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Hari Peneroka Negeri Johor yang saban tahun menjadi medan menghargai jasa dan pengorbanan peneroka, akhirnya tidak dapat...
17/06/2026

Hari Peneroka Negeri Johor yang saban tahun menjadi medan menghargai jasa dan pengorbanan peneroka, akhirnya tidak dapat diteruskan pada tahun ini. Entah di mana silapnya, atau mungkin ada 'tangan ghaib' yang lebih berkuasa daripada suara peneroka sendiri. Sedangkan peneroka merupakan tunjang kepada kejayaan FELDA sejak dahulu lagi. Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat memberikan penjelasan yang sewajarnya agar penghargaan terhadap warga peneroka tidak sekadar menjadi slogan semata-mata.

16/06/2026

Majlis Belia Felda Johor membantah dan melahirkan rasa kesal terhadap keputusan menangguhkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2026 di FELDA Ulu Belitong. Keputusan yang dibuat pada saat akhir ini bukan sahaja mengecewakan warga peneroka, malah memberi kesan kepada pelbagai pihak yang telah membuat persiapan awal bagi menjayakan program tersebut.

Hari Peneroka merupakan program penting yang menjadi simbol penghargaan kepada jasa dan pengorbanan warga FELDA. Justeru, MBFM berpandangan bahawa penangguhan ini tidak sepatutnya berlaku tanpa alasan yang jelas dan munasabah.

Apabila program yang bertujuan meraikan peneroka pun boleh dibatalkan tanpa penjelasan yang jelas, timbul persoalan sama ada suara peneroka masih didengari atau sudah tenggelam dek keputusan pihak tertentu. Seolah-olah wujud TANGAN GHAIB yang lebih berpengaruh daripada semangat menghargai jasa peneroka yang telah membangunkan FELDA dan negeri Johor ini sejak puluhan tahun lalu

MBFM mendesak pihak yang bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan rasmi kepada seluruh warga FELDA serta mengumumkan tarikh baharu dalam kadar segera. Suara dan harapan peneroka serta generasi muda FELDA tidak boleh dipandang ringan kerana mereka adalah tunjang kepada kelangsungan dan masa depan FELDA.



16/06/2026

DI TANGGUHKAN ATAU DIBATALKAN???

PERTANDINGAN MEMANCING UDANG ANJURAN MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH JOHOR UTARA🦐🦐🦐 SYARAT PENYERTAAN SILA CONTACT NUMBER DID...
12/04/2026

PERTANDINGAN MEMANCING UDANG ANJURAN MAJLIS BELIA FELDA WILAYAH JOHOR UTARA🦐🦐🦐 SYARAT PENYERTAAN SILA CONTACT NUMBER DIDALAM POSTER, AYUH FIGHTER-FIGHTER UDANG SEKALIAN❗️❗️❗️

SLOT TERHAD 40 PENYERTAAN..FIRST COME FIRST SERVE…

Address

Segamat
Segamat
85000

Telephone

+60127301773

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBFM Wilayah Johor Utara-RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share