21/12/2025
Ikan Terusan 1.015Kg Juara Joran Bidek Edisi Istimewa 2025
Sebuyau 21 Disember 2025 , Bohari Ali dari Kampung Ladong Sebuyau berjaya menewaskan hampir 310 pemancing lain dan bergelar juara Pertandingan Memancing Joran Bidek Edisi Istimewa 2025 di sini pada Ahad.
Beliau yang sudah lebih dua dekad aktif menyertai pelbagai pertandingan memancing, mencuri tumpuan apabila menaikkan ikan Terusan atau nama saintifiknya Gelama Tirusan,seberat 1.015 kilogram (kg) pada jam 1.18 petang menggunakan umpan umpun-umpun yang dibawanya dari rumah nya.Kemenangan itu melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.Tempat kedua disandang oleh peserta dari Kampung Selangking Simunjan iaitu Mohd Busrah Bin Sumusi, yang menaikkan ikan terusan seberat 0.845kg dan membawa pulang RM3,000.
Manakala peserta dari Kampung Baru Sebuyau, Wan Samsudin Wan Dolah,meraih tempat ketiga dengan ikan sembilang 0.365kg dan menerima RM1,000.
Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Ketua Kaum Kampung Jalan Giat Mara Sebuyau KK Wan Katar Bin Wan Bakar.
Pengajuran Joran Bidek 2025 ini yang memasuki edisi ke6 telah mendapat sambutan penyertaan perserta dari seluruh sarawak termasuk dari semenanjung malaysia seperti Johor Baru, Pahang Dan Kuala Lumpur.Program Anjuran JKKK Jalan Giat Mara Sebuyau dengan kerjasama Pemuda PBB Kampung Jalan Giat Mara Sebuyau , KRT Jalan Giat Mara Sebuyau dan Giat Mara Batang Lupar .
🖊️Wan Aliff Alaydrus
📸Fato Fathur
-SELESAI-
#