Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan

Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan (PERWANIS)

06/12/2025

✨ Family Fun Walk 2025 – Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan ✨23 November 2025 | AhadTerima kasih kepada semua peserta y...
06/12/2025

✨ Family Fun Walk 2025 – Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan ✨

23 November 2025 | Ahad
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir memeriahkan Family Fun Walk anjuran Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan!

Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Haji Jalaluddin, serta Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Haji Mustappha. Kehadiran mereka memberi suntikan semangat kepada para peserta dan komuniti setempat.

Program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, tetapi juga mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim dalam komuniti. Suasana penuh ceria, positif dan penuh semangat kekitaan. ❤️

Terima kasih kepada semua AJK dan sukarelawan yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk kita terus aktif, sihat dan bersatu.

27/10/2025
26/10/2025
Pendaftaran bagi Bengkel Usahawan Digital 2025 kini dibuka.Penyertaan terhad kepada 50 peserta.
17/10/2025

Pendaftaran bagi Bengkel Usahawan Digital 2025 kini dibuka.

Penyertaan terhad kepada 50 peserta.

10 & 11 Julai 2025 Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) selaku urus setia telah...
12/07/2025

10 & 11 Julai 2025 Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) selaku urus setia telah menganjurkan Bengkel Sabah Women's Lab dalam bidang Kepimpinan selama dua hari.

Bengkel ini menghimpunkan penyertaan para wanita daripada pelbagai latar belakang termasuk wakil NGO, usahawan, penjawat awam dan sektor swasta.

Program ini memberi ruang kepada peserta untuk memperkasa potensi diri sebagai pemimpin, di samping berkongsi pengalaman, pandangan serta cabaran dalam dunia kepimpinan.

Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan turut berbangga kerana telah terpilih untuk menyertai program berimpak tinggi ini bersama barisan wanita hebat dari seluruh Sabah.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen yang tinggi sepanjang bengkel ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi kemajuan wanita dan komuniti.





🌙 Majlis Khatam Al-Quran, Iftar & Huluran Kasih 2025 🌙Alhamdulillah, pada 08 Mac 2025 bertempat di Putatan Platinum Hote...
30/06/2025

🌙 Majlis Khatam Al-Quran, Iftar & Huluran Kasih 2025 🌙

Alhamdulillah, pada 08 Mac 2025 bertempat di Putatan Platinum Hotel, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Khatam Al-Quran, Iftar dan Huluran Kasih 2025 yang penuh bermakna di bulan Ramadan.

Seramai 100 orang penerima sumbangan terdiri daripada anak-anak yatim, ibu tunggal dan asnaf telah disantuni dalam majlis ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat Ybhg Tuan Jeffrey Noor Mohd, Pengerusi FELCRA Balingian Plantation Sdn. Bhd. bersama keluarga besar Abdul Jaffar (AJ) yang turut berkongsi rezeki dan kasih sayang bersama mereka yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, para jemputan, sukarelawan serta semua yang telah memberikan sokongan dalam menjayakan majlis ini.

📸 Gambar-gambar sekitar majlis dikongsikan sebagai kenangan dan tanda penghargaan.

Semoga segala usaha dan sumbangan diberkati serta diterima sebagai amal soleh. Aamiin 🤲



Pada 23 Oktober 2023, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan kepada asnaf seramai 50 orang  bert...
30/06/2025

Pada 23 Oktober 2023, telah berlangsung Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Sumbangan kepada asnaf seramai 50 orang bertempat di Sabindo Chicken Rice, Taman Pantai Lok Kawi.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Jeffrey Noor Mohd, Ketua UMNO Bahagian Putatan, dan turut dihadiri jemputan khas En. Azmi Ismail, CEO Aurelia Gold Putatan.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan, Pn. Norfidah @ Fie Yassin, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan program ini.

Alhamdulillah, program berjalan lancar dan penuh dengan suasana mesra serta keinsafan. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga sumbangan yang disalurkan memberi manfaat dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

📸 Saksikan momen-momen sepanjang majlis ini dalam gambar yang dikongsikan.



26/06/2025

Address

Putatan
Sabah
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Wanita Inspirasi Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share