03/05/2026
PASUKAN PESAKA KOTA KINABALU CIPTA PENCAPAIAN DI LISBC
Pasukan Pesaka Kota Kinabalu sekali lagi membuktikan keupayaan mereka apabila berjaya mencatat pencapaian membanggakan dalam kejohanan Labuan International Silat Beach Champion (LISBC) baru-baru ini.
Di bawah kepimpinan barisan utama pasukan yang berpengalaman, iaitu Penasihat Paduka Tok Ayah Master Benji, Pengurus Paduka Ayahanda Qayyum, serta Jurulatih Kanda Mizan, Kanda Azree dan Kanda Syapik, pasukan ini berjaya membawa pulang keseluruhan 8 pingat:
π₯ 1 Emas
π₯ 2 Perak
π₯ 5 Gangsa
Menurut Pengurus pasukan, penyertaan kali ini bukan sekadar memburu kemenangan, tetapi lebih kepada memberi pendedahan awal kepada atlet-atlet Kota Kinabalu sebagai persediaan menghadapi temasya SAGA Sandakan 2027 yang bakal berlangsung.
Beliau turut memaklumkan bahawa Pasukan Pesaka Kota Kinabalu akan terus berusaha menyertai lebih banyak kejohanan di sekitar Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sekiranya diberi peluang, bagi memperkukuhkan prestasi dan pengalaman atlet.
Selain itu, Pesaka Kota Kinabalu juga berbesar hati sekiranya ahli-ahli gabungan dalam Pesaka Kota Kinabalu dapat memberikan kerjasama, khususnya dari segi perkongsian atlet, dalam usaha membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap, kompetitif dan mampu memberi cabaran hebat di pentas pertandingan.
Pihak pasukan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet serta ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak untuk terus aktif dalam sukan silat olahraga.
"Latihan itu sangat melelahkan dan sangat sukar untuk terus konsisten. Namun atlet yang hebat akan harungi semua untuk menjadi seorang JUARA."