17/03/2026
Seri Ramadhan 3.0 telah melabuhkan tirainya pada 15 Mac 2026 π€β¨
Bermula dari perhimpunan awal pagi, perjalanan bersama ke Membakut, hingga ke hari yang penuh bermakna di Madrasah Tahfiz Darul Yatama, setiap detik dipenuhi dengan kerjasama, keceriaan dan nilai kebersamaan.
Kami berkongsi gelak tawa melalui aktiviti permainan, berganding bahu menyediakan juadah, dan mengakhiri hari dengan berbuka puasa, penyampaian hadiah serta duit raya kepada anak-anak π«ΆπΌ
Setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan kolaborasi kami, Kian Kok x JCILD & Tasya, kerana bersama-sama menjayakan program ini π€
Tidak dilupakan juga kepada semua penyumbang, TERIMA KASIH! atas kemurahan hati dan kepercayaan anda. Dengan sumbangan anda, kami dapat menyantuni dan membawa kegembiraan kepada mereka yang memerlukan π
Semoga semangat menderma ini terus subur walaupun selepas Ramadhan π