01/08/2026
Selesai sudah webinar ke-19 kami bertajuk "Bahaya di Tempat Kerja: Pembelajaran dari Jabatan Kecemasan" semalam dengan penyertaan seramai 344 orang peserta dengan kerjasama College of Emergency Physicians (CEP).
Perkongsian hebat daripada Dr. Pratab berkenaan kes-kes kecemasan yang biasa berlaku di tempat kerja yang diterima oleh Jabatan Kecemasan dan pengurusan risiko HIRARC bagi mengelakkan/mengurangkan risiko kecederaan dalam aktiviti seharian kita.
Diharapkan semua peserta mendapat manfaat daripada webinar kita kali ini.
Jumpa lagi sesi webinar kita seterusnya bulan ini.