ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐔𝐁

  • Home
  • Malaysia
  • Raub
  • ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐔𝐁

ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐔𝐁 Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau nama singkatannya PUSPANITA telah

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026MAidiladha hadir membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan ...
27/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M
Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan kepada Allah SWT.
Di sebalik ibadah korban, tersimpan pengajaran bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan hati yang tulus akan melahirkan keberkatan, kasih sayang dan kekuatan dalam kehidupan.
Semoga Aidiladha yang mulia ini mengeratkan ukhuwah, menyemai nilai kemanusiaan serta membawa ketenangan, kebahagiaan dan rahmat buat kita semua.
Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas Daripada
PUSPANITA DAERAH RAUB

PROGRAM GOTONG-ROYONG β€œJOM MAKE IT CLEAN & GREEN”PUSPANITA Cawangan Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Daerah R...
06/05/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG β€œJOM MAKE IT CLEAN & GREEN”

PUSPANITA Cawangan Daerah Raub dengan kerjasama Kolej Komuniti Daerah Raub dan SW Corp telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong β€œJom Make It Clean & Green” pada:

Tarikh: 6 Mei 2026 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Taman Tasik Raub

Seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Caw. Daerah Raub dari pelbagai jabatan dan juga kakitangan Kolej Komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Program dimulakan dengan sesi taklimat oleh Penyelia Syarikat SW Corp yang memberikan penerangan berkaitan pengurusan sisa pepejal dan amalan kebersihan yang betul.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Daerah Raub, En. Mohd Hafizi Faiz bin Zulkefli yang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen semua pihak dalam menjayakan program ini.

Turut menyampaikan ucapan penutupan ialah Pengurus SW Corp, En. Mohammad Ruzi bin Mat Selek yang menekankan kepentingan kelestarian alam sekitar serta mengingatkan orang ramai mengenai pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat terhadap individu yang membuang sampah merata-rata.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan persekitaran yang bersih, hijau dan lestari untuk semua.



Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 πŸ‡²πŸ‡ΎBertemakan β€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsa”, marilah kita bersama menghargai jasa d...
01/05/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
Bertemakan β€œPekerja MADANI, Kesuma Bangsa”, marilah kita bersama menghargai jasa dan pengorbanan seluruh warga pekerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Dedikasi, integriti dan semangat yang tinggi dalam setiap tugas adalah kunci kepada kemajuan dan kesejahteraan bersama.
Terima kasih kepada semua pekerja yang terus berbakti demi masyarakat dan negara.




*JOM GOTONG-ROYONG!*Kolej Komuniti Raub dengan kerjasama Sw Corp dan *PUSPANITA Caw. Daerah Raub* akan mengadakan progra...
27/04/2026

*JOM GOTONG-ROYONG!*
Kolej Komuniti Raub dengan kerjasama Sw Corp dan *PUSPANITA Caw. Daerah Raub* akan mengadakan program berikut:

🌱*PROGRAM JOM MAKE IT CLEAN & GREEN*🌱

*Tarikh:* 6 Mei 2026 (Rabu)
*Masa:* 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
*Tempat:* Taman Tasik Raub
*Pakaian:* Pakaian sukan ungu / t-shirt PUSPANITA

Jom ramai-ramai kita turun padang πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸ§πŸΌβ€β™€οΈπŸ‘©πŸ»β€πŸ€β€πŸ‘©πŸΌ
Bawa semangat & tenaga πŸ’ͺ🏻 πŸ¦ΈπŸΌβ€β™€οΈ
Kita bersihkan persekitaran sambil mengeratkan silaturrahim 🧹πŸ’ͺ🌱
πŸͺ»πŸŒΈ *Jaga Alam, Jaga Kita.. Kita Jaga Raub Kita* πŸͺ»πŸŒΈ

Jumpa di sana πŸ’œπŸ’œπŸ’œ

πŸŒ™βœ¨Syawal menjelma penuh keberkatan,mengeratkan silaturahim dan menyemai kemaafan.Selamat Hari Raya Aidilfitri!Maaf Zahir...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨
Syawal menjelma penuh keberkatan,
mengeratkan silaturahim dan menyemai kemaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Maaf Zahir dan Batin daripada kami,
PUSPANITA Daerah Raub




Telah berlangsung dengan meriah! 🍲✨Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Puspanita Daerah Raub dan KESUDRA (Kelab Sukan d...
13/03/2026

Telah berlangsung dengan meriah! 🍲✨

Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Puspanita Daerah Raub dan KESUDRA (Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Raub)pada 12 Mac 2026 (Khamis) di Bahagian Landskap MDR.

Seawal jam 8 pagi, warga kerja berganding bahu dalam suasana penuh semangat gotong-royong menyediakan bubur lambuk untuk dikongsi bersama. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kerjasama ini terus kekal! 🀝

Salam Nuzul Quran πŸŒ™Nuzul Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Mala...
07/03/2026

Salam Nuzul Quran πŸŒ™

Nuzul Quran memperingati peristiwa agung turunnya wahyu pertama kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril di Gua Hira. Peristiwa ini menjadi titik permulaan turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan cahaya kepada seluruh umat manusia.

Al-Quran bukan sekadar kitab untuk dibaca, tetapi panduan hidup yang mengajar kita tentang keimanan, akhlak, keadilan dan cara menjalani kehidupan yang diredhai Allah SWT. Setiap ayatnya membawa hikmah, ketenangan dan pedoman kepada mereka yang menghayatinya.

Sempena 17 Ramadan, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan untuk lebih mendekati Al-Quran – membaca, memahami dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi hati dan kehidupan kita semua. ✨

Salam Nuzul Quran 1447H

Ikhlas daripada
PUSPANITA Daerah Raub

Wakil dari Persatuan PUSPANITA Cawangan Daerah Raub telah berkesempatan menziarahi seorang ahli yang ditimpa musibah keb...
07/02/2026

Wakil dari Persatuan PUSPANITA Cawangan Daerah Raub telah berkesempatan menziarahi seorang ahli yang ditimpa musibah kebakaran yang mengakibatkan hampir keseluruhan rumah dan peralatan musnah.

Sebagai tanda keprihatinan, sumbangan tunai hasil kutipan derma kilat daripada ahli-ahli PUSPANITA turut disampaikan kepada mangsa. Selain itu, sumbangan peribadi turut disalurkan melalui imbasan qr kod mangsa yg telah diberikan.

Satu program gotong-royong secara kolaborasi sedang dirancang melibatkan ahli-ahli sukarelawan, pihak PBT serta agensi kerajaan berkaitan bagi membantu meringankan beban mangsa setelah semua siasatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa.

Semoga mangsa terus diberi kekuatan dan kesabaran menghadapi dugaan ini.

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PUSPANITA Cawangan Daerah Raub Kali Ke-41 yang telah diadakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat...
07/02/2026

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PUSPANITA Cawangan Daerah Raub Kali Ke-41 yang telah diadakan pada 30 Januari 2026 (Jumaat) telah berlangsung dengan cukup meriah dan jayanya.

Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi iaitu didahului dengan pendaftaran para ahli. Setiap ahli yang telah mendaftarkan kehadiran diberikan cenderahati kenang-kenangan. Booth untuk semakan keahlian turut dibuka dan ahli-ahli yang baru berpindah ke daerah Raub telah diajar cara untuk menukar cawangan kecil keahlian kepada Cawangan Daerah Raub. Ahli turut dihidangkan dengan jamuan ringkas sebelum mesyuarat dimulakan dan dihidangkan dengan menu nasi kandar selepas mesyuarat berakhir.

Suasana bertambah meriah dengan kehadiran booth-booth jualan yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para ahli. Antara booth yang turut serta pada AGM kali ini iaitu:
1. Booth Celcom yang turut menaja cenderahati bagi soalan trivia/pop kuiz
2. Booth Public Gold
3. Booth Kolej Komuniti yang menjual hasil jahitan pelajar
4. Booth daripada ahli/isteri ahli yang menjual makanan, pakaian dan tudung
5. Booth urutan kaki oleh ahli yang mengikuti kelas mengurut di Kolej Komuniti Raub

Pelbagai cabutan bertuah turut disediakan dan ramai ahli yang bertuah telah membawa p**ang hadiah-hadiah menarik yang disediakan.

Jumlah kehadiran ahli adalah seramai 226 orang telah hadir dan bersama-sama menjayakan AGM pada kali ini. Turut hadir iaitu ketua-ketua jabatan sebagai tanda sokongan ke atas program yang dijalankan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YH. Dato’ Khuzaidi, Pegawai Daerah Raub selaku Penasihat Persatuan. Bacaan doa p**a telah dipimpin oleh Al-Fadil Qadhi Muhammad Amin bin Abd. Mutalib, Pegawai Agama Daerah Raub.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan AGM ini πŸ’œ

🌸 *Sesi Perjumpaan dan Penyampaian Amanat YDP PUSPANITA Kebangsaan* 🌸Telah berlangsung Sesi Perjumpaan dan Penyampaian A...
24/01/2026

🌸 *Sesi Perjumpaan dan Penyampaian Amanat YDP PUSPANITA Kebangsaan* 🌸

Telah berlangsung Sesi Perjumpaan dan Penyampaian Amanat oleh Yang Dipertua (YDP) PUSPANITA Kebangsaan pada 23 Januari 2026 bertempat di Dewan Bandaraya, Majlis Bandaraya Kuantan.

Program ini berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna dengan kehadiran Pengerusi PUSPANITA dari setiap daerah, bersama 10 orang ahli PUSPANITA bagi setiap daerah, sekali gus mencerminkan komitmen dan sokongan padu terhadap agenda pemerkasaan PUSPANITA di peringkat kebangsaan dan daerah.

Program turut diserikan dengan Majlis Perasmian Sukarelawan PUSPANITA, di mana setiap daerah telah mencalonkan seorang Ketua Sukarelawan bagi mengetuai dan menyelaras pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan di daerah masing-masing. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh peranan PUSPANITA dalam kerja-kerja kebajikan dan khidmat masyarakat secara lebih tersusun dan berimpak.

Sesi amanat yang disampaikan telah memberi penekanan terhadap hala tuju, peranan serta aspirasi PUSPANITA dalam memperkukuh kebajikan, kepimpinan dan penglibatan ahli secara berterusan.

Semoga segala pengisian dan inisiatif yang dilaksanakan menjadi pemangkin kepada pengukuhan peranan PUSPANITA di semua peringkat.

Address

Raub
27600

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6093551175

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ππ”π’ππ€ππˆπ“π€ 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐔𝐁 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share