05/04/2026
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Cawangan Kampung Kanchong, Rantau mengalu-alukan kehadiran Penghulu Mukim Rantau, Encik Mohd Zafarin bin Abdul Malik serta wakil Ketua Balai Polis Rantau ke Mesyuarat Kumpulan Rondaan Kampung yang telah diadakan di Dewan Kampung Kanchong.
Sebagai makluman, Kumpulan Rondaan Kampung yang diketuai oleh Tuan Azizi bin Yaakob telah ditubuhkan sejak tahun 2015 dan dianggotai oleh para pemuda dari Kampung Kanchong dan Kampung Tanjung. Pasukan rondaan ini berperanan membantu pihak Polis dalam usaha mencegah jenayah serta memastikan keselamatan dan keamanan kampung sentiasa terpelihara.
Adalah amat membanggakan apabila usaha murni Kumpulan Rondaan Kampung ini telah mendapat pengiktirafan dari pihak Polis DiRaja Malaysia Daerah Seremban yang telah menganugerahkan Sijil Penghargaan kepada Tuan Haji Shamsudin Haji Khamis, selaku Pengerusi JPKK Cawangan Kampung Kanchong, pada Majlis Sambutan Hari Polis baru-baru ini.