29/07/2026
PELAKON P*RNO DALAM PROGRAM KERAJAAN : MADANI HILANG KETAMADUNAN
Ameerah Negeri Kelantan ingin meluahkan kekecewaan atas satu poster tidak beretika dalam promosi program Malaysia Blockchain Week 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 29 & 30 Julai di Kuala Lumpur.
Program yang mengumpulkan 150 orang pemain industri blockchain ini terlihat biasa, namun mengejutkan ramai apabila menampilkan seorang individu yang bernama Ms. PuiYi.
Apa yang mengejutkan, individu ini dikenali sebagai pelakon filem dewasa @ p***o, dan pernah melakonkan adegan l*cah dalam filem 'Pulau' pada 2023.
Walaupun beliau mengatakan bahawa beliau hanya fokus kepada karier DJ sahaja sekarang, namun kewujudan poster individu ini dalam program yang didokong oleh Kementerian Digital adalah sesuatu yang membimbangkan.
1. Ke manakah arah tujuan kementerian ini di bawah kepimpinan YB Gobind Singh Deo?
2. Tak habis lagi dengan isu Network School yang mendapat 'sokongan' YB Gobind Singh dari awal penubuhannya, perkara ini seolah-olah menunjukkan YB tidak pernah peka & sensitif dengan adat dan tatasusila bangsa Malaysia.
3. Data menunjukkan Malaysia menduduki carta ke-4 pada penggunaan ads dark web di Asia Tenggara. Dengan menjemput individu tidak bermoral begini, seolah-olah memberi pengiktirafan dan sokongan kepada industri dark web yang mengancam keselamatan siber puluhan ribu rakyat Malaysia.
Jelaslah, YB Kerajaan Madani sendiri tidak memahami apakah falsafah 'Madani' yang digagaskan oleh Perdana Menteri.
Hal ini tidak lain tidak bukan membawa satu lagi mesej bahawa kepimpinan negara daripada DAP tidak pernah memahami norma masyarakat Malaysia.
Tegasnya, Ameerah Negeri Kelantan menganjurkan cadangan agar:
1. Membatalkan penyertaan individu-individu yang terpalit dengan isu etika dalam mana-mana program peringkat kerajaan Malaysia.
2. Mengambil ruang dalam penganjuran program dengan memahamkan para peserta bertaraf global berkenaan nilai-nilai murni dan ketimuran yang menjadi identiti negara Malaysia.
3. Menapis budaya hedonism melampau daripada menyerap masuk ke dalam program mahupun pembangunan ekonomi digital negara.
Sesungguhnya wacana digital tidak perlu bergantung kepada konsert atau unsur hedonisme yang membazirkan sumber kewangan untuk dilaksanakan, lebih - lebih lagi di sebalik tekanan ekonomi yang kian meresahkan rakyat.