06/06/2025
UCAPAN KHAS SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA UNTUK SELURUH WARGA PERKIS SABAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha ,hari kebesaran yang penuh dengan makna pengorbanan, keikhlasan, dan ketakwaan.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga PERKIS, tidak kira di mana anda berada. Semoga setiap ibadah, sama ada korban atau silaturahim, diterima Allah dan diberkati hendaknya.
Aidiladha bukan sekadar perayaan, tetapi satu peringatan tentang erti keikhlasan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan anakandanya Nabi Ismail A.S. kepada perintah Ilahi. Semangat inilah yang wajar kita hayati dan jadikan pedoman dalam perjuangan kita khususnya sebagai ahli PERKIS dalam menegakkan syiar Islam dan berbakti kepada ummah.
Lembu dan kambing dikorbankan,
Tanda taat kepada Tuhan.
Aidiladha penuh pengertian,
Pengorbanan jadi pedoman.
Akhir kata, marilah kita terus bersatu hati, memperkukuh ukhuwah, dan melaksanakan amanah dengan penuh ikhlas dan dedikasi.
Salam Aidiladha daripada kami warga PERKIS
Bahagian Ranau
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.