28/08/2026
✨MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL & MAJLIS PERPISAHAN ANGGOTA MBLS
📅28 Ogos 2026 (Jumaat)
Majlis bacaan Yasin dan Tahlil untuk allahyarhamah Puan Nor Idaryna binti Harun (Penolong Pengarah Kanan) yang telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2026. Didoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sisi Allah S.W.T.
Majlis perpisahan untuk anggota tetap MBLS iaitu Encik Nurulhisyam bin Daud, Encik Wan Mohd Azizul bin Wan Zainudin, dan anggota MySTEP iaitu Encik Muhamad Syahir, Cik Nik Amira Adlin, Cik Amylia, Cik Afiqah dan Cik Najihah.
Majlis ini bertujuan menghargai sumbangan dan jasa sepanjang bertugas di MBLS.
MBLS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas sumbangan anggota tersebut.
Selamat maju jaya di tempat baru dan semoga dipermudahkan urusan jua.