06/03/2026
Hari ini warga Bahagian Pencen telah mengadakan satu majlis ringkas sebagai tanda penghargaan dan perpisahan buat Pengarah Bahagian Pencen, Datuk Mohd Shahrim bin Hussin, sempena hari terakhir beliau pada 8 Mac 2026.
Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau dari 1 Disember 2024 hingga 8 Mac 2026, Datuk Mohd Shahrim bin Hussin telah banyak menyumbang bakti, kepimpinan serta komitmen dalam menerajui Bahagian Pencen dengan penuh dedikasi.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, bimbingan serta sumbangan yang telah diberikan kepada warga Bahagian Pencen.
Warga Bahagian Pencen merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada beliau serta mendoakan agar Datuk Mohd Shahrim bin Hussin sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan pada masa akan datang.
Terima kasih atas segala jasa dan bakti. Selamat maju jaya Datuk.