31/07/2026
Fakta sebenar sejarah HARI PAHLAWAN yang disambut pada 31 Julai setiap tahun.
Ketika al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah mengishtiharkan Penamatan Darurat di seluruh negara berkuat kuasa 31 Julai 1960 dalam titah baginda di Parlimen pada 19 April 1960.
Susulan dari itu, mengenang jasa para pahlawan negara, sebuah tugu peringatan perang telah dibina dan pada 8 Julai 1960 ianya dirasmikan pembukanya dan dikenali sebagai Tugu Peringatan Perang ‘Askar Melayu Diraja di Pusat Latihan ‘Askar Melayu Port Dickson oleh baginda.
Pada 31 Julai 1960 p**a, baginda perkenan untuk menyampaikan titah Ishtiharan Penamatan Darurat di radio kepada seluruh rakyat di Persekutuan Tanah Melayu.
Kemudian daripada, bagi mera‘ikan Pemashhuran Tamat Darurat telah diadakan satu isti‘adat Perbarisan Tamat Darurat pada 1 Ogos 1960 dan baginda telah berkenan berangkat ke isti‘adat tersebut yang diadakan di Kuala Lumpur melibatkan hampir 6,000 orang pegawai dan anggota tentera daripada semua pasukan bersenjata Persekutuan Tanah Melayu dan Komanwel, Polis Diraja Persekutuan, Home Guard serta bekas anggota Polis Khas. Perbarisan ini disertai oleh 400 buah kenderaan, 70 buah kapal terbang dan lima pasukan tempur.
Segalanya terangkum dalam buku biografi Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj : Payung Kema'amuran Negeri Selangor.