Puspanita KPKT

Puspanita KPKT “Wanita Sepakat, Negara Meningkat” Antara objektif PUSPANITA adalah seperti berikut:

1.

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali. Puspanita Cawangan KPKT adalah PUSPANITA yang didaftarkan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Adalah untuk merapatkan perhubungan muhibah dan menyatu-padukan isteri-isteri dan anggota-anggota wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat perkhidmatan.

2. Adalah untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan kemahiran serta kemajuan diri ahli-ahli Persatuan menerusi program-program kemajuan, ceramah-ceramah, bengkel-bengkel, seminar dan kursus.

3. Adalah untuk menggalakkan dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti bagi faedah ahli dan keluarga mereka serta masyarakat.

4. Adalah untuk menganjurkan program-program untuk memungut derma dan sumbangan bagi aktiviti-aktiviti amal kebajikan.
5. Adalah untuk mengadakan program-program untuk mengeratkan perhubungan dengan lain-lain pertubuhan wanita yang berdaftar, demi memupuk semangat persefahaman dan menambah pengetahuan melalui rancangan-rancangan pembangunan negara khususnya yang berkaitan dengan kaum wanita di negara ini.

6. Adalah boleh memiliki tanah, bangunan-bangunan dan aset-aset yang lain sebagaimana yang diperlukan melalui cara memohon kepada kerajaan, membeli, menyewa dan sebagainya. Mana-mana cawangan juga boleh memiliki tanah, bangunan dan aset-aset atau sebagainya untuk kebajikan dan faedah ahli.

7. Adalah untuk menyertai aktiviti perniagaan dengan syarat semua wang dan keuntungan yang didapati oleh persatuan ini, hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan, akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan persatuan ini, dan tidak sebahagian pun daripada wang atau keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli persatuan. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang di buat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja persatuan ini, dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada persatuan ini.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾16 September 2026“Malaysia MADANI: Teguh Bersama, Kejayaan Dinikmati”Hari Mala...
15/09/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 🇲🇾
16 September 2026

“Malaysia MADANI: Teguh Bersama, Kejayaan Dinikmati”

Hari Malaysia bukan sekadar memperingati sebuah tarikh bersejarah, tetapi menjadi lambang kesatuan, perpaduan dan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Dalam kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan latar belakang, kita terus berdiri teguh sebagai rakyat Malaysia, saling menghormati, memahami dan melengkapi antara satu sama lain.

Kepelbagaian menjadi kekuatan, perpaduan menjadi asas.
Marilah kita terus berganding bahu, menyumbang dengan peranan masing-masing dan membina sebuah Malaysia yang makmur, berdaya tahan dan sejahtera.

Semoga semangat Hari Malaysia terus menyatukan kita untuk melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, demi masa depan negara yang lebih gemilang untuk generasi kini dan akan datang.

Teguh bersama, melangkah seiring,
demi Malaysia yang kita cintai. 🇲🇾❤️

Ikhlas daripada,
Datin Wira Rosni bt. Mohd Yusoff
Pengerusi PUSPANITA Cawangan KPKT






🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan DinikmatiDi bumi bertuah ini,...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

31 Ogos 2026 | Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Di bumi bertuah ini,
kita berdiri di bawah satu Jalur Gemilang,
berkongsi tanah air yang sama,
dan melangkah dengan satu tekad — Malaysia tercinta. ❤️🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, menghargai nikmat kemerdekaan serta memperkukuh perpaduan dalam kepelbagaian.

Bersatu Hati, Maju Bersama,
Demi Malaysia Tercinta.

🌺 Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
🇲🇾 Ayuh terus menyemai rasa cinta kepada negara, kerana Malaysia adalah rumah kita bersama.

Ikhlas daripada
PUSPANITA Cawangan KPKT








🇲🇾🌺

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺBersempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama me...
24/08/2026

🌙✨ SALAM MAULIDUR RASUL ﷺ

Bersempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, marilah kita bersama-sama menghayati dan menyemarakkan kembali sunnah, akhlak dan kasih sayang yang Baginda tunjukkan sebagai pedoman kehidupan.

Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad ﷺ, serta ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

🤍 Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada kata-kata, tetapi diterjemahkan melalui akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, hati yang ikhlas dan perbuatan yang membawa manfaat kepada sesama insan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Salam Maulidur Rasul ﷺ
Daripada PUSPANITA Cawangan PCKPKT.

Alhamdulillah, Program Brisk Walk yang telah diadakan pada 29 Jun 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 53...
30/06/2026

Alhamdulillah, Program Brisk Walk yang telah diadakan pada 29 Jun 2026 berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 53 orang peserta daripada pelbagai Bahagian dan Jabatan di KPKT.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas penyertaan serta sokongan yang telah diberikan dalam menjayakan program ini.

Penyertaan PCKPKT dalam Majlis Makan Malam PUSPANITA 2026 & Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-44.
30/06/2026

Penyertaan PCKPKT dalam Majlis Makan Malam PUSPANITA 2026 & Mesyuarat Agung Perwakilan PUSPANITA Kali Ke-44.

Selamat Hari Bapa buat semua yang berfungsi sebagai bapa dalam sebuah keluarga.
21/06/2026

Selamat Hari Bapa buat semua yang berfungsi sebagai bapa dalam sebuah keluarga.

👑 HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 👑M...
01/06/2026

👑 HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR 👑

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

"Allah Peliharakan Sultan"
"Daulat Tuanku"

Ikhlas Daripada:
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan KPKT

Selamat Hari Wesak.
01/06/2026

Selamat Hari Wesak.

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai.
29/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai.

Salam Aidiladha.Semoga setiap pengorbanan diberkati olehNYA.
26/05/2026

Salam Aidiladha.
Semoga setiap pengorbanan diberkati olehNYA.

Address

Puspanita KPKT
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita KPKT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share