YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA

Website

YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA Sumbangan derma kepada YKN
Nama Akaun:
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia
No.Akaun: 1601 400 1000 480

πŸ’œ SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 πŸ’œπŸ—“οΈ 10 Oktober 2026β€œKAMI DENGAR, KAMI BANTU” 🀝Kadangkala, apa yan...
10/10/2026

πŸ’œ SELAMAT MENYAMBUT HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 πŸ’œ

πŸ—“οΈ 10 Oktober 2026

β€œKAMI DENGAR, KAMI BANTU” 🀝

Kadangkala, apa yang seseorang perlukan bukanlah nasihat atau penyelesaian, tetapi ruang untuk meluahkan perasaan dan seseorang yang sudi mendengar. ❀️

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menerusi inisiatif Mindness Tour Kaunseling KASIH, Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) terus komited mendekati komuniti bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesejahteraan emosi dan kesihatan mental.

Melalui pendekatan outreach, perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial dibawa lebih dekat kepada masyarakat agar tiada siapa berasa keseorangan ketika berdepan cabaran kehidupan.

Jangan pendam semuanya sendirian. Berani berkongsi dan mendapatkan bantuan adalah langkah pertama ke arah kesejahteraan diri.

✨ Kongsi, Jangan Pendam. Kerana Setiap Luahan Berhak Didengari.






PSSS
YayasanKebajikanNegara

πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈ SEMANGAT KASIH FUN RUN 2.0 TETAP MEMBARA! ❀️Walaupun KASIH Fun Run 2.0 terpaksa ditangguhkan susulan keadaan ...
10/10/2026

πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈ SEMANGAT KASIH FUN RUN 2.0 TETAP MEMBARA! ❀️

Walaupun KASIH Fun Run 2.0 terpaksa ditangguhkan susulan keadaan jerebu, semangat dan sokongan para peserta tetap tidak luntur!

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir mengambil Race Kit di dua lokasi pengambilan, iaitu Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam pada 9 Oktober dan Decathlon NU Sentral, Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2026.

πŸ‘ Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada barisan sukarelawan dan petugas yang bertungkus-lumus memastikan proses pengagihan kit larian berjalan lancar sepanjang dua hari ini.

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan SinarPlus amat menghargai kesabaran, kerjasama serta sokongan semua pihak dalam memahami keputusan penangguhan ini demi mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan bersama.

❀️ Jangan simpan kasut larian anda dulu! πŸ‘Ÿ

Kita jumpa di garisan permulaan KASIH Fun Run 2.0 bersama Mindness Tour Kaunseling KASIH PSSS nanti! Tarikh baharu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Teruskan semangat, kekalkan gaya hidup sihat dan ayuh kita meriahkan KASIH Fun Run 2.0 apabila tiba masanya!

πŸ’š Program ditangguhkan, tetapi sokongan kesihatan mental tetap diteruskan!

Bagi anda yang memerlukan sokongan emosi atau perkhidmatan kaunseling, Kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN sentiasa sedia membantu.

πŸ“ž Hubungi PSSS YKN di talian 012-396 1599 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan kaunseling.

Ingat, kongsi jangan pendam. Luahkan dan dapatkan sokongan. Kami Dengar, Kami Bantu. ❀️

.0


Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT
sinarplus
Sinar Harian

Larian Kasih Fun Run 2.0 ditunda susulan jerebuSHAH ALAM - Larian Kasih Fun Run 2.0 yang dijadual berlangsung di Dataran...
10/10/2026

Larian Kasih Fun Run 2.0 ditunda susulan jerebu

SHAH ALAM - Larian Kasih Fun Run 2.0 yang dijadual berlangsung di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 11 Oktober ditangguhkan susulan keadaan jerebu yang menjejaskan kualiti udara ketika ini.

Penangguhan program anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dengan kerjasama SinarPlus itu dibuat bagi mengutamakan kesihatan dan keselamatan peserta, petugas, sukarelawan serta orang ramai yang terlibat.

Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Nordina Haron berkata, keputusan berkenaan turut mengambil kira saranan melalui pengumuman penangguhan sambutan Hari Sukan Negara oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
Sinar Harian
sinarplus
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT

PENGUMUMAN RASMI PENANGGUHAN KASIH FUN RUN 2.0 SUSULAN KEADAAN JEREBUYayasan Kebajikan Negara (YKN) memaklumkan bahawa K...
09/10/2026

PENGUMUMAN RASMI
PENANGGUHAN KASIH FUN RUN 2.0 SUSULAN KEADAAN JEREBU

Yayasan Kebajikan Negara (YKN) memaklumkan bahawa KASIH Fun Run 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober 2026 (Ahad) di Dataran DBKL, Kuala Lumpur, DITANGGUHKAN susulan keadaan jerebu semasa.

Keputusan ini dibuat sebagai langkah berjaga-jaga demi mengutamakan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan para peserta, petugas, sukarelawan serta orang ramai.

Tarikh baharu penganjuran akan dimaklumkan kemudian melalui saluran rasmi YKN. Para peserta dimohon mengikuti saluran tersebut untuk mendapatkan maklumat terkini.

YKN memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan merakamkan penghargaan atas pengertian, kerjasama serta sokongan semua pihak.

YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA
9 Oktober 2026

Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT
Sinar Harian
sinarplus

✨ Salam Jumaat, Hari Penuh Keberkatan. 🀲Kadangkala kita merasakan apa yang mampu diberikan terlalu sedikit. Namun, bagi ...
09/10/2026

✨ Salam Jumaat, Hari Penuh Keberkatan. 🀲

Kadangkala kita merasakan apa yang mampu diberikan terlalu sedikit. Namun, bagi seseorang yang sedang berdepan kesukaran, sedikit itulah yang mungkin membawa kelegaan dan harapan.

Rasulullah SAW bersabda:
β€œSetiap kebaikan adalah sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jumaat ini, jika ada sedikit rezeki yang boleh dikongsi, hulurkanlah dengan penuh kasih. πŸ’œ

Melalui Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sumbangan anda membantu meneruskan usaha kebajikan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan.

πŸ“² Salurkan sumbangan anda ke akaun rasmi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia:

🏦 Alliance Islamic Bank Berhad
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia
No. Akaun: 160 1400 1000 4801

KASIH FUN RUN 2.0 bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi turut menjadi ruang untuk mengenali dan mendapatkan maklumat ber...
08/10/2026

KASIH FUN RUN 2.0 bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi turut menjadi ruang untuk mengenali dan mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta agensi-agensi di bawahnya.

Selain reruai Pusat Sokongan Sosial Setempat dan perkhidmatan YKN, bebeapa perkhidmatan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut dibawakan:

πŸ“Œ Talian Kasih 15999 KPWKM
πŸ“Œ Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
πŸ“Œ Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
πŸ“Œ Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)

Jom manfaatkan peluang ini untuk beriadah, mendapatkan informasi dan mengenali perkhidmatan yang tersedia untuk anda dan keluarga.

πŸ“… 11 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 6.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Satu langkah untuk sihat, satu ruang untuk mendapatkan bantuan. πŸ’œ

Kongsi Jangan Pendam.
Kami Dengar, Kami Bantu.
Jumpa anda di sana! 🫢





Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT
TALIAN KASIH 15999 πŸ‡²πŸ‡Ύ
LPPKN
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Pembangunan Wanita
sinarplus

Bukan sekadar berlari, KASIH FUN RUN 2.0 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama Yayasan Kebajikan Negara (Y...
08/10/2026

Bukan sekadar berlari, KASIH FUN RUN 2.0 turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik bersama Yayasan Kebajikan Negara (YKN) untuk anda dan keluarga! ✨

Jom singgah dan sertai:
πŸ’™ Aktiviti Bersama Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS)
πŸ›οΈ Pameran Anjung Dinamik
🧠 Kuiz YKN
πŸ“Έ Aktiviti Interaktif & Foto Booth

πŸ“… 11 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ 6.00 pagi – 11.30 pagi
πŸ“ Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Jadikan KASIH FUN RUN 2.0 sebagai ruang untuk bergerak, berinteraksi dan mengenali perkhidmatan YKN dengan lebih dekat. πŸ’œ

Kami Dengar, Kami Bantu.
Jumpa anda di sana! 🫢





Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT
Ngopi&Cerita Official
Sinar Harian
sinarplus
KL Car Free Morning

πŸ’œπŸƒβ€β™€οΈ TINGGAL 3 HARI SAHAJA! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨Ayuh bersedia untuk larian santai 5KM yang menggabungkan gaya hidup sihat πŸƒβ€β™€οΈ, keseda...
08/10/2026

πŸ’œπŸƒβ€β™€οΈ TINGGAL 3 HARI SAHAJA! πŸƒβ€β™‚οΈπŸ’¨

Ayuh bersedia untuk larian santai 5KM yang menggabungkan gaya hidup sihat πŸƒβ€β™€οΈ, kesedaran kesihatan mental πŸ§ πŸ’œ serta semangat kebersamaan dan kebajikan ❀️.

Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 🌍🧠 dan KL Car Free Morning πŸš²β˜€οΈ, luangkan masa bersama keluarga πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ dan komuniti dalam suasana yang penuh keceriaan!

🀝 Jangan lupa singgah ke reruai Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN untuk mengenali perkhidmatan sokongan psikososial yang disediakan.

πŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik turut menanti anda sepanjang program!

πŸ“… 11 Oktober 2026 (Ahad)
πŸ“ Dataran DBKL, Kuala Lumpur
⏰ 6.00 pagi - 11.30 pagi
Flag Off: 7.00 pagi 🏁

πŸ”₯ 3 hari lagi! Dah ready?
Jom berlari, jom bersama dan jom berkongsi kebaikan! πŸ’œπŸƒβ€β™€οΈ







Nancy Shukri
Lim Hui Ying
Maziah Che Yusoff
Nordina Haron
KPWKM
PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT
Sinar Harian
sinarplus
KL Car Free Morning

Kesihatan mental kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Di sebalik senyuman dan keceriaan mereka, mungki...
08/10/2026

Kesihatan mental kanak-kanak bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Di sebalik senyuman dan keceriaan mereka, mungkin ada emosi yang belum mampu diluahkan.

Dalam Ngopi & Cerita Podcast Episod 5, kita akan bersama Pn. Anisah untuk berbicara tentang kepentingan memahami emosi, tingkah laku dan kesejahteraan mental kanak-kanak.

Apa yang anak cuba sampaikan melalui tingkah laku mereka? Bagaimana ibu bapa boleh menjadi ruang selamat untuk anak meluahkan perasaan?

πŸŽ™οΈ Ngopi & Cerita | Episod 5
🧠 Kesedaran Kesihatan Mental Kanak-Kanak
πŸ“… 11 Oktober 2026 | Ahad
⏰ 8.00 pagi
πŸ“Ί Tonton penuh di YouTube Yayasan Kebajikan Negara

Kadang-kadang, anak tidak perlukan nasihat. Mereka cuma perlukan seseorang yang sudi mendengar. 🀍





7 Oktober 2026| Selasa Media Prima BangsarKetua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron ber...
07/10/2026

7 Oktober 2026| Selasa
Media Prima Bangsar

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Puan Nordina Haron bersama Kaunselor Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) YKN, Cik Noor Amira Yatim, hari ini ke udara di konti KOOL FM bagi berkongsi mengenai KASIH Fun Run 2.0 serta inisiatif Mindness Tour Kaunseling KASIH PSSS.

Dalam temu bual bersama Haiza dan Muaz, mereka berkongsi bagaimana KASIH Fun Run 2.0 bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi turut membawa mesej mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental, meluangkan masa bersama keluarga serta mendapatkan sokongan apabila berdepan tekanan.

πŸƒβ€β™€οΈπŸ’™ KASIH Fun Run 2.0 bakal berlangsung pada Ahad, 11 Oktober 2026 di Dataran DBKL, bersempena KL Car Free Day.

Lebih menarik, KOOL FM juga akan bersiaran secara langsung dari lokasi menerusi reruai perkhidmatan YKN, selain bersama-sama memeriahkan dan mengacarakan majlis perasmian KASIH Fun Run 2.0!

Jumpa Ahad ini! πŸ™Œ

Luahkan, jangan pendam. Kami dengar, kami bantu.

Nordina Haron KPWKM





Address

Yayasan Kebajikan Negara, Aras 8, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Persiaran Perdana, Presint 4
Putrajaya
62100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share