17/06/2026
Latihan teater Impian Di Ambang Waktu sudah bermula di Institut Pendidikan Guru Ilmu Khas (IPGIK) , Cheras.
Istimewanya teater terbitan Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Putrajaya (PEWIRA) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) bersama IPGIK dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Rakan Strategik ini menggabungkan lakonan aktivis teater seperti Dean Sitara, Lin Haslinaz dan Mohazam Rezali dengan pensyarah IPGIK dan pelajar dari golongan OKU.
Saksikan persembahan teater Impian Di Ambang Waktu pada 8 dan 9 Julai 2026 di Dewan Dato' Razali Ismail, IPG Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpurπππ