29/05/2026
MAJLIS IBADAH KORBAN DI POS KUALA LAH GUA MUSANG KELANTAN
28/05/2026
KHAMIS
Majlis ini dimulai dengan sarapan pagi pada jam 8pg dan seterusnya proses penyembelihan, melapah, mencincang tulang, memotong daging, membungkus dan mengagihkan bungkusan daging kepada wakil setiap Pos yang hadir.
Sebanyak 345 KIR telah diagihkan dan menerima dari wakil mereka.
1. Pos Kuala Lah 98 KIR
2. Pos Pulat 90 KIR
3. Pos Pasik 118 KIR
4. KOA Kuala Wok 40 KIR
Majlis ini dibantu oleh team Alumni CLUB JASA IIUM GOMBAK seramai 25 orang, Masyarakat Melayu Berjiran Kg Kuala Lah 10 orang, Masyarakat Melayu Berjiran Kg Meranto 10 orang dan Masyarakat Orang Asli Pos Pulat 20 Orang dan Kuala Lah 28 Orang, turut membantu PMOA JAKIM Kuala Lah 2 Orang, GAOA Pos Pasik 2 Orang, dan GAOA Kuala Lah 3 Orang.
Makan tengahari disediakan secara gotong royong oleh team Muslimah Mendriq Surau Perpaduan Nurul Ihsan Koa Kuala Lah.
Majlis berakhir pada jam 12.45 tengahari.
Alhamdulillah terima kasih MAIK diatas penyaluran sumbangan daging korban ini buat komuniti OA.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH:
PMOA AHMAD ZAINI DAHLAN BIN AB RAHAMAN
POS KUALA LAH GUA MUSANG.