Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong

Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong, Charitable organisation, Pusa, Pusa.

Kita tambah pahala untuk akhirat dengan memberikan sedikit sumbangan walaupun hanya RM1, insyaAllah besar ganjarannya.In...
06/03/2025

Kita tambah pahala untuk akhirat dengan memberikan sedikit sumbangan walaupun hanya RM1, insyaAllah besar ganjarannya.

InsyaAllah, aktiviti pertubuhan amal akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

SENTUHAN KASIH AIDILFITRIAlhamdulillah, seramai 20 orang telah menerima Sumbangan Sentuhan Kasih Aidilfri hasil sumbanga...
06/04/2024

SENTUHAN KASIH AIDILFITRI

Alhamdulillah, seramai 20 orang telah menerima Sumbangan Sentuhan Kasih Aidilfri hasil sumbangan orang ramai berjumlah RM1,000.00 melalui Akaun Rasmi Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong.

Penerima sumbangan terdiri daripada murid yatim piatu atau yatim dari SK Pusa, SK Kalok dan SJKC Chung Hua Pusa.

Sumbangan disampaikan oleh Tuan Ramzi Bin Rasit, Kaunselor Daerah Pusa diiringi En. Syabeli Bin Johri, Setiausaha SEBERKAS Cawangan Beting Maro merangkap Pengerusi Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong.

Semoga Bermanfaat.

SENTUHAN KASIH AIDILFITRI 2024InsyaAllah, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong merancang untuk memberikan sedikit sumb...
04/04/2024

SENTUHAN KASIH AIDILFITRI 2024

InsyaAllah, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong merancang untuk memberikan sedikit sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma kepada anak Yatim atau Yatim Piatu yang berumur 12 tahun kebawah.

Bantuan akan diserahkan pada atau sebelum 8 April 2024.

Baki kutipan terdahulu setakat ini ialah RM400.00 dan masih perlu sebanyak RM600.00.

Sebarang sumbangan walau hanya RM10 boleh disalurkan ke akaun rasmi Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong.

No. Akaun : 1-00-7262-00004174-3
Nama : Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong
Bank : AgroBank

Semoga bermanfaat.

INFAQ RAMADHANAlhamdulillah, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong telah menyerahkan sumbangan Bakul Makanan kepada gol...
26/03/2024

INFAQ RAMADHAN

Alhamdulillah, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong telah menyerahkan sumbangan Bakul Makanan kepada golongan asnaf dalam Program Ihya Ramadan yang dianjurkan oleh Pejabat Agama Islam Bahagian Betong.

Seramai 15 orang telah menerima sumbangan ini dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,700.00 hasil sumbangan orang ramai melalui akaun rasmi Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong.

Semoga bermanfaat.

MAKLUMAN JUMLAH TERKUMPUL INFAQ RAMADAN.Setakat 26 Mac 2024, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong telah menerima sumba...
26/03/2024

MAKLUMAN JUMLAH TERKUMPUL INFAQ RAMADAN.

Setakat 26 Mac 2024, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong telah menerima sumbangan sebanyak RM 1,708.53.

InsyaAllah, agihan bakul makanan kepada golongan asnaf akan diserahkan kepada penerima petang ini.

Semoga bermanfaat.

INFAQ RAMADHAN 2024'Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api' (HR Tarmizi - 614)InsyaAllah, Pertub...
21/03/2024

INFAQ RAMADHAN 2024

'Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api'
(HR Tarmizi - 614)

InsyaAllah, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong akan mengagihkan bantuan bakul makanan kepada golongan asnaf yang memerlukan dalam masa terdekat sehingga aidilfitri.

Mensasarkan kutipan keseluruhan sebanyak RM1,500.00 sahaja untuk permulaan dan memberi manfaat kepada 15 orang penerima yang layak.

Sebarang sumbangan wang tunai boleh dikreditkan terus ke akaun rasmi Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong ;

No. Akaun : 1-00-7262-00004174-3
Bank : Agro Bank
Rujukan : Infaq Ramadhan

Semoga bermanfaat buat semua.

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN PUSA, BETONG BIL.1 TAHUN 2023 Alhamdulillah, telah berlangsung penyera...
27/09/2023

SUMBANGAN BAKUL MAKANAN PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN PUSA, BETONG BIL.1 TAHUN 2023

Alhamdulillah, telah berlangsung penyerahan Sumbangan Bakul Makanan kepada 18 orang penerima dari Kampung Tengah Pusa di Surau Kampung Tengah Pusa.

Untuk makluman tuan, Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong (PAKPB) telah lengkap didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) melalui Registry of Societies Electronic System (eROSES) pada 20 Januari 2023 melalui no pendaftaran PPM-003-13-20012023..

Hasil sumbangan orang perseorangan, ahli koprat dan orang awam melalui akaun rasmi, PAKPB berhasrat untuk melaksanakan aktiviti kebajikan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan melalui kerjasama JKKK, Masjid dan Surau berdekatan.

Sebagai laporan dan makluman umum, PAKPB telah menerima sumbangan terkumpul sebanyak RM3,000.00 sejak Januari hingga 27 September 2023.

Bagi Sumbangan Bakul Makanan Bil. 1 Tahun 2023, seramai 18 orang penerima telah mendapat manfaat berupa barang keperluan asas dengan nilai RM150.00 bagi seorang penerima. Sebanyak RM2,700.00 telah dibelanjakan.

Baki RM300.00 akan dikumpul sehingga jumlah mencukupi untuk program seterusnya.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun rasmi PAKPB.

No. Akaun : 1-00-7262-00004174-3
Bank : AgroBank

Semoga bermanfaat. Sekian, terima kasih.

Address

Pusa
Pusa

Telephone

+60128548593

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Amal Kebajikan Pusa, Betong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share