RUSPA SENI PEMBANGUNAN MANUSIA

Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA) dibina sebagai 'payung' yang menyatukan seluruh cabang, pengkarya dan peminat seni bermula di Puncak Alam untuk menaikkan pelancongan, seni dan budaya di Malaysia.

🎨 PAINT & SIRAP: Jom Lepak Santai & Melukis Bersama! 🙌Warga Puncak Alam dan Kuala Selangor yang mahu lepaskan stres kerj...
18/06/2026

🎨 PAINT & SIRAP: Jom Lepak Santai & Melukis Bersama! 🙌

Warga Puncak Alam dan Kuala Selangor yang mahu lepaskan stres kerja atau belajar hujung minggu ini, jom sertai kami! Kita hidupkan circle "Kota Karya" sambil berkenalan dengan rakan-rakan baharu melalui pengisian seni yang membina.
Sesuai dengan prinsip "Seni Pembangunan Manusia," ruang ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, kaum, atau tahap kemahiran melukis anda.

🖼️ KENAPA TEMA RUMAH API KUALA SELANGOR?
Rumah Api Altingsburg di Bukit Melawati adalah ikon sejarah tamadun kita yang sangat gah. Sebagai anak tempatan, kita mahu mengangkat semula estetika warisan Kuala Selangor ini ke dalam bentuk seni visual. Melalui lukisan anda, kita hargai sejarah dan identiti tanah air kita bersama!

🗓️ TARIKH: Sabtu (20 Jun)
⏰ MASA: 10.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
📍 LOKASI: Cafe Hawa, Puncak Alam
🎨 TEMA: Rumah Api Kuala Selangor (Bukit Melawati)

💰 YURAN: 100% PERCUMA
Program ini adalah inisiatif komuniti yang dijalankan secara sukarela. Kita pergi ke sana ramai-ramai untuk membeli minuman/makanan bagi menyokong usahawan lokal kita di Cafe Hawa.

📌 KONSEP: BYO (Bring Your Own)
Korang hanya perlu bawa peralatan melukis sendiri dari rumah:

• Kanvas kecil atau sketchbook
• Set asas cat akrilik / cat air / brush pens
• Berus & palet sendiri

🚨 PENTING:
Disebabkan ruang kafe adalah terhad demi keselesaan semua, slot tempat duduk terpaksa dihadkan untuk sesi kali ini.

Berminat untuk sertai? Sila DM kami sekarang untuk pengesahan slot anda! Jumpa Sabtu ini! ☕🔥

[ MALAM KUGIRAN & OPEN MIC RUSPA: SENI MENYATUKAN JIWA ] 🎸🎙️Puncak Alam | 13 Jun 2026 | SabtuSalam Sejahtera dan Salam S...
15/06/2026

[ MALAM KUGIRAN & OPEN MIC RUSPA: SENI MENYATUKAN JIWA ] 🎸🎙️

Puncak Alam | 13 Jun 2026 | Sabtu

Salam Sejahtera dan Salam Seni Pembangunan Manusia kepada seluruh warga komuniti dan rakan-rakan sekalian!

Pihak pengurusan RUSPA nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir memeriahkan Malam Kugiran & Open Mic RUSPA di The Portload, Bandar Hill Park pada Sabtu malam lepas. Terima kasih juga kepada team The Portload atas ruang dan sokongan yang padu!

Malam Sabtu itu adalah bukti seni boleh jadi bahasa universal.

Melalui barisan gambar di bawah, kita boleh tengok bagaimana seni berjaya satukan kita sebagai satu keluarga besar tanpa mengira latar belakang, kaum, atau pegangan masing-masing. Ruang selamat (safe space) yang sihat, inklusif, dan harmoni macam inilah yang kami nak terus suburkan di Puncak Alam. Kepelbagaian korang adalah kekuatan kami.

Mohon Maaf & Maklum Balas
Kami minta maaf atas segala kekurangan sepanjang acara berlangsung. Kalau ada sebarang maklum balas atau cadangan untuk program akan datang, korang boleh terus drop kat ruangan komen.

Semoga ikatan kreatif kita terus padu. Jumpa lagi di acara RUSPA yang akan datang!

"Seni Pembangunan Manusia."

Salam hormat,
Ahmad Zikry Rashid
Pengasas, Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA)


13/06/2026

Latihan vokal untuk slot Kanak-Kanak & Remaja (6-13 tahun) bagi Kelas Teater Kota Karya.

Sebenarnya, latihan vokal dalam teater ni bukan nak ajar mereka jadi penyanyi, tapi ini adalah asas penting untuk ajar anak-anak cara keluarkan suara dengan jelas, kawal pernafasan, dan yang paling utama—bina keberanian untuk bersuara di depan orang ramai.

Bagi kami di RUSPA, inilah makna Seni Pembangunan Manusia. Kita nak bentuk karakter mereka supaya membesar menjadi individu yang yakin, berani ke depan, dan pandai ekspresikan diri mereka dengan betul.

Esok pagi (Ahad) jam 10:00 pagi sampai 11:30 pagi, kelas untuk slot kanak-kanak ni akan berjalan seperti biasa dekat studio kami.

Sesiapa yang ada anak-anak umur 6 hingga 13 tahun dan rasa nak hantar mereka untuk asah keyakinan diri dalam komuniti yang positif, jom sertai kami esok. Komitmen sewaan studio cuma RM40 sebulan, dan upah mengajar adalah seikhlas hati anda.

(Kalau nak selit slot anak esok pagi, boleh terus hubungi team kami dekat WhatsApp: 011-16124575)

MENGHIDUPKAN SENI AKAR UMBI DI PUNCAK ALAM: JUMPA MALAM INI!?Industri kreatif yang mampan tidak lahir dari menara gading...
12/06/2026

MENGHIDUPKAN SENI AKAR UMBI DI PUNCAK ALAM: JUMPA MALAM INI!?

Industri kreatif yang mampan tidak lahir dari menara gading. Ia tumbuh dari bawah, menyatu dengan denyut nadi masyarakat, dan memberi impak nyata kepada komuniti setempat. Itulah ekosistem sihat yang sedang kita pasak melalui Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA).

Sabtu malam ini, kami jalan terus dengan Malam Kugiran & Open Mic RUSPA (Edisi Rintis Santai).
Ini adalah sebuah wadah rintis bagi membuktikan bahawa ruang awam tempatan boleh diangkat sebagai medan ekspresi seni yang positif, kreatif, dan beradab. Sesiapa sahaja dialu-alukan hadir—baik untuk jamming, deklamasi puisi, menyanyi, atau sekadar datang meluangkan masa makan malam bersama keluarga dan sahabat.

Insya-Allah, malam ini Pengasas RUSPA, Saudara Ahmad Zikry Rashid juga akan mengambil peluang untuk berkongsi secara ringkas mengenai pelan masa depan RUSPA dalam membangunkan komuniti kreatif di peringkat akar umbi. Kita mahu membina landasan yang bukan sahaja melahirkan karya yang indah, malah membentuk karakter insan yang utuh.

Kami menjemput seluruh warga Puncak Alam, para penggiat seni, mahasiswa, dan komuniti lokal untuk hadir meramaikan ruang malam ini. Mari kita santai bersama sekaligus menyokong pusingan ekonomi usahawan tempatan di sana.

Butiran Acara:

• 📅 Tarikh: Sabtu, 13 Jun 2026
• ⏰ Masa: 8.30 Malam
• 📍 Tempat: The Portload, Bandar Hillpark, Puncak Alam
• 🎟️ Kemasukan: 100% PERCUMA (Terbuka untuk semua)

Kita jumpa malam ini. Sama-sama kita suburkan industri kreatif dari lapangan!

Adab dijaga, seni terbina. ☕🔥

— Pihak Pengurusan
Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA)

Semeja dengan satu visi besar untuk komuniti Puncak Alam. ☕✨Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima jemputan bermakna...
12/06/2026

Semeja dengan satu visi besar untuk komuniti Puncak Alam. ☕✨

Alhamdulillah, baru-baru ini saya menerima jemputan bermakna untuk duduk berbual santai dengan seorang tokoh yang cukup dekat dengan warga di sini iaitu Tuan Haji Mohd Hanif Md Sultan, Pengerusi Majlis Permuafakatan Penduduk (MPP) Puncak Alam yang telah setia menabur bakti selama 15 tahun.

Tujuan pertemuan ini cukup indah. Beliau sendiri menyatakan hasrat untuk mengenali rapat apa itu Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA) dan apa sebenarnya agenda yang sedang kami gerakkan.

Kesempatan ini saya gunakan untuk berkongsi asas perjuangan kami: "Seni Pembangunan Manusia". Saya terangkan kepada beliau bahawa di RUSPA, prinsip kami sangat jelas: kita membina "orangnya" sebelum membina "karyanya". Seni bukan sekadar hiburan kosong, tetapi instrumen halus untuk membentuk sahsiah, disiplin, dan jati diri anak muda.

Paling utama, kami berbincang panjang tentang impian besar untuk menghidupkan ekosistem "Kota Karya" di bumi Puncak Alam ini.

Sangat menginspirasikan apabila melihat penerimaan beliau. Tuan Haji Hanif bukan sahaja faham, malah menyokong penuh usaha RUSPA dalam mengangkat martabat anak seni tempatan. Beliau turut menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan lanjut demi masa depan industri kreatif di sini.

Terima kasih Tuan Haji Hanif atas kesudian mendengar suara anak seni, dan atas khidmat bakti 15 tahun yang luar biasa untuk Puncak Alam. 🤝

Satu langkah ke hadapan. Insya-Allah, perjalanan membina peradaban komuniti yang sihat melalui seni baru sahaja bermula. Ayuh warga Puncak Alam, kita gerakkan bersama! 🚀🎨🎭

Ahmad Zikry Rashid
Pengasas Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA)

Fasa perancangan telah selesai, kini masanya untuk kita membina dengan tangan kita sendiri. 🏗️🔥Sabtu lepas (6 Jun 2026) ...
10/06/2026

Fasa perancangan telah selesai, kini masanya untuk kita membina dengan tangan kita sendiri. 🏗️🔥

Sabtu lepas (6 Jun 2026) menjadi saksi kepada satu detik bersejarah bagi komuniti kita. Barisan pemimpin tempatan, penggerak seni, dan penyokong kuat RUSPA telah berkumpul di Hawa Cafe untuk satu misi: membina "Embrio Kota Karya" yang pertama secara fizikal di bumi Puncak Alam!

Sebuah impian yang besar tidak dibina dalam masa satu malam. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi, strategi yang tersusun, dan jiwa yang kental ibarat sebuah perjalanan panjang yang penuh pengorbanan untuk memetik hasil yang manis di kemudian hari.

Kita memulakan langkah kecil ini dengan matlamat yang sangat jelas: meletakkan Kuala Selangor di peta dunia sebagai UNESCO Creative City, dan menjadikan Puncak Alam sebagai Hub Kreatif Utama!

Dalam mesyuarat tindakan hari itu, kita telah capai ketetapan penting:

1. Site Mapping: Mengenal pasti lorong-lorong kedai strategik sekitar untuk disuntik dengan seni mural dan doodle interaktif bernaratifkan "Jiwa Kuala Selangor".

2. Art Hub & Galeri Komuniti: Memulakan langkah transformasi fizikal Hawa Cafe sebagai pusat visual bertaraf antarabangsa.

3. Urusan Struktur: Menyelaraskan SOP gerak kerja bersama pemilik premis.

Lorong-lorong yang dulunya sunyi bakal kita hidupkan dengan warna-warni budaya. Kita nak pastikan setiap sudut di sini memancarkan tenaga kreatif yang mampu memikat sesiapa sahaja yang datang berkunjung.

Terima kasih kepada semua pilar dan pimpinan komuniti yang hadir memberikan komitmen padu. Di tangan anda semua, falsafah "Seni Pembangunan Manusia" ini bertukar daripada bait kata-kata menjadi sebuah realiti yang boleh dilihat dan dirasai oleh masyarakat.

Bagi sahabat RUSPA yang tidak sempat hadir sabtu lepas tetapi mahu turun padang menyumbang tenaga untuk fasa mengecat dan transformasi fizikal lorong nanti, pintu kami sentiasa terbuka.
Tinggalkan komen anda di bawah atau terus DM kami sekarang. Ayuh kita mulakan! 🎨✨

“Seni Pembangunan Manusia.”

Mengimbas kembali mesyuarat awal Jun hari itu. Alhamdulillah, sesi sembang santai yang sangat produktif di Nasi Kandar M...
07/06/2026

Mengimbas kembali mesyuarat awal Jun hari itu. Alhamdulillah, sesi sembang santai yang sangat produktif di Nasi Kandar Mysara, Hillpark, Puncak Alam.

Pertemuan ini bukan sekadar minum petang, tapi langkah awal untuk kami susun gerak kerja Tourism, Arts & Culture sepanjang bulan ini.

Terima kasih banyak atas kehadiran dan sokongan padu daripada:

• PKITPA (Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Puncak Alam) yang membawa suara dan keperluan warga setempat.

• Wakil Pelukis Puncak Alam yang sedia menyumbang bakat untuk hidupkan seni lokal.

Antara fokus utama yang kami bincangkan:

1. Seni Lapangan: Merancang aktiviti seni di ruang awam untuk bantu naikkan ekonomi peniaga tempatan.

2. Terapi Kreatif: Menyediakan aktiviti seni sebagai ruang ketenangan jiwa buat komuniti urban yang sarat dengan tekanan harian.

3. Sinergi Inklusif: Membuka pintu kolaborasi untuk semua latar belakang demi kebaikan bersama.

Inilah pendekatan Dakwah Bil Hal yang sebenar—di mana seni, adab, dan kebajikan sosial diterjemahkan terus dalam bentuk tindakan praktikal yang memberi manfaat kepada manusia.

Terima kasih kepada semua yang hadir membawa idea dan pulang membawa ukhuwah. Jumpa anda di lapangan sepanjang bulan Jun ini!

05/06/2026

🎸✨ CREATIVE SOLIDARITY: RUSPA’S 'MALAM KUGIRAN' AT STATIONERY BOX A RESOUNDING SUCCESS ✨🥁

Puncak Alam | 4 June 2026 | Thursday

RUSPA has successfully demonstrated its unwavering commitment to community welfare and arti@stic brotherhood through the ex*****on of 'Malam Kugiran RUSPA'—a special acoustic jamming session held last night.

The milestone event was organized as a powerful gesture of creative solidarity for our fellow creator and Stationery Box owner, Sara G, who is transitioning her physical storefront at Eco Grandeur fully into an online business model tomorrow, Saturday.

The community beautifully transformed a challenging business transition into an unforgettable night of raw music, shared artistry, and deep mutual support.

Beyond the live acoustic performances, the space instantly evolved into an intellectual hub. Seasoned professionals and creators from various industries gathered to engage in high-level cross-disciplinary conversations, exchanging deep insights and industrial knowledge.

Here is what our community members shared after the beautiful night:

💬 "Thank you for everything semua 🙏 untuk sesi bersembang kenal yang intelektual 🫡 dan dapat berkenalan dengan orang orang berpengalaman di dalam macam-macam bidang 🫡 salute!"

💬 "Thank you for a beautiful night of music and songs, guys. Jangan biarkan semangat ini terlepas. Kipidap 💪🏾"

💬 "Thank you for the night! Thank you for hosting RUSPA @ Stationery Box. Semoga maju jaya."

RUSPA extends its highest appreciation to all members, musicians, and creative partners who showed up to contribute their energy and keep the collaborative spirit alive. Special thanks to Stationery Box for hosting this profound evening of connection.

This synergy perfectly embodies our core philosophy of "Seni Pembangunan Manusia" (Art for Human Development)—proving that when a creator faces a transition, the community stands as their anchor, building a dignified and inclusive creative ecosystem 🇲🇾🎸

04/06/2026

🎨✨ JALINAN STRATEGIK: KRISTAL ACADEMY & HAWA.CAFE X RUSPA ✨☕

Puncak Alam | 3 Jun 2026 | Rabu

RUSPA komited memperkasa industri kreatif tempatan melalui siri pertemuan dan jalinan kerjasama strategik yang telah berlangsung dengan jayanya bersama dua rakan komuniti semalam.

Dua langkah besar telah digerakkan bagi membina ekosistem seni, budaya, dan pendidikan kreatif yang inklusif untuk seluruh warga Puncak Alam.

Sesi perbincangan pertama telah diadakan bersama Tuan Azharul Azmir Kamarulzaman bagi meneliti ruang kerjasama dengan pihak Kristal Academy. Kolaborasi ini bertujuan untuk memanfaatkan fasiliti premis mereka sebagai pusat aktiviti, bengkel, dan kelas pembangunan seni buat komuniti setempat.

Seterusnya, satu pertemuan bersama pemilik Hawa.Cafe juga telah terlaksana untuk mengangkat premis tersebut sebagai Galeri Seni Komuniti dan Art Hub RUSPA yang pertama. Ruang fizikal alternatif ini bakal menyediakan tapak pameran karya, diskusi kreatif, dan apresiasi seni secara santai.

Pihak RUSPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Azharul Azmir (Kristal Academy) dan pengurusan atas kesediaan serta keterbukaan untuk bersama-sama mendukung visi besar ini.

Sinergi kreatif ini mencerminkan usaha berterusan kami dalam memartabatkan budaya ekspresi visual dan pembangunan modal insan, sekaligus meletakkan asas utama kepada penubuhan sebuah bandar kreatif yang sejahtera dan bermaruah 🇲🇾🎨

🎭 PENGAMBILAN TERUS DIBUKA: KOTA KARYA (KELAS TEATER RUSPA) 🎭Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pencinta sen...
02/06/2026

🎭 PENGAMBILAN TERUS DIBUKA: KOTA KARYA (KELAS TEATER RUSPA) 🎭

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pencinta seni dan warga komuniti! ✨

Rumah Seni Puncak Alam (RUSPA) dengan bangganya membuka tirai pendaftaran bagi Kota Karya: Kelas Teater yang bakal bermula pada Sabtu dan Ahad ini!

Melalui modul Seni Pembangunan Manusia, kelas ini direka khas bukan sahaja untuk mengajar teknik lakonan, malah sebagai instrumen halus untuk membina karakter, jati diri, mengasah keyakinan diri, serta memantapkan skil komunikasi impak tinggi.

👥 KATEGORI KELAS YANG DIBUKA:

🟢 KATEGORI DEWASA (Umur 14 - 55 Tahun)
🗓️ Hari: Setiap Sabtu
⏰ Masa: 10:00 AM – 11:30 AM
⏳ Tempoh Sesi: 6 Bulan

🟢 KATEGORI KANAK-KANAK & REMAJA (Umur 6 - 13 Tahun)
🗓️ Hari: Setiap Ahad
⏰ Masa: 10:00 AM – 11:30 AM
⏳ Tempoh Sesi: 9 Bulan

(Segala butiran silibus asas seperti Lakonan Ekspresi, Komunikasi Berkesan, Mengenal Emosi, Pergerakan Tubuh, dan Gerak Kerja Kumpulan adalah seperti yang tertera di dalam poster).

📲 BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTAR?Tempat adalah sangat terhad bagi memastikan kualiti bimbingan dan penyampaian bagi setiap sesi adalah pada tahap yang terbaik.

WhatsApp Admin: Klik pautan terus ini untuk pertanyaan yuran & pendaftaran slot
➡️ Whatsapp: 60146636536

Imbas QR Code: Sila imbas QR Code yang tertera pada poster untuk terus ke talian urus setia kami.

Mari bersama-sama membina adab dan memugar peradaban melalui kekuatan seni yang bertanggungjawab. Slot pendaftaran akan ditutup sebaik sahaja kuota penuh!

Address

Blok Akasia, Fasa 3
Kuala Selangor
42300

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601116124575

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RUSPA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to RUSPA:

Share