12/03/2026
*بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ*
*اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ.*
Seperti yang kita semua sedia maklum, Imam untuk solat teraweh kita sepanjang Ramadhan tahun ini terdiri dari kalangan penuntut *Ma'ahad Tahfiz Ismail*.
Kami ingin membuka peluang kepada Tuan/Puan/saudara/saudari yang ingin berinfak kepada Ma'ahad Tahfiz tersebut. Sumbangan boleh dibuat melalui *QR akaun Musolla Melodi Perdana*. Dana dibuka dari waktu Maghrib hari ini *Khamis 12 Mac 2026* dan akan ditutup pada jam *10:00 pagi*, hari *Ahad 15 Mac 2026* nanti.
Malam ini malam *23 Ramadhan*. Dalam fasa pecutan terakhir memburu Lailatul Qadar, kita dianjurkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1) Membaca doa Lailatul Qadar.
Berikut adalah doa malam Lailatul Qadar:
اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Engkau mencintai orang yang meminta keampunan, maka ampunilah daku”.
2) Membaca Al-quran.
Paling kurang, kita lantunkan Surah Al-Ikhlas 3 kali (seakan Khatam seluruh Al-Quran - HR Muslim)
3) Bersedekah
Rasulullah SAW bersabda dari Abu Hurairah RA:
أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
Artinya: Nabi SAW bersabda, “Sebaik-baik sedekah adalah sedekah yang ditunaikan pada bulan Ramadan.” (HR Tirmidzi).
4) Berdoa dan memohon keampunan.
5) Mendekati Allah melalui solat sunat Tahajud.
6) *Amalan yang paling baik adalah solat fardhu Isyak dan Subuh berjemaah.*
Setiap amalan di malam Lailatul Qadar, seumpama kita beramal setiap hari selama 1000 bulan atau 83 tahun.
Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insyaAllah. Rebutlah peluang ganjaran pahala yang datang setahun sekali ini.
Salam ukhuwah fillah.
*AJK Surau Melodi Perdana*
12 Mac 2026M
22 Ramadhan 1447H