Sahabat Berkat

Sahabat Berkat Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sahabat Berkat, Non-Governmental Organization (NGO), Alam Suria, Puncak Alama, Puncak Alam.

dikalangan sahabat-sahabat sejati demi mencari keberkatan Allah swt.
aktiviti yang berasaskan kebajikan, moral, sosial & pendidikan untuk masyarakat.
semangat kemasyarakatan yang sepadu, bertanggungjawab & kesukarelawan

Pengagihan barang2 kepada Mangsa2 Banjir di Perumahan Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Terima Kasih kepada penduduk disa...
20/12/2024

Pengagihan barang2 kepada Mangsa2 Banjir di Perumahan Bukit Sireh Kuala Krai Kelantan. Terima Kasih kepada penduduk disana kerana terima sedikit sebanyak bantuan daripada Sahabat Berkat . Moga dengan bantuan ini dapatlah meringankan bebanan mereka InsyAllah.

Terima kasih kepada peginfaq yang menyumbang untuk misi bantuan ini. Moga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga terkesan.






Misi Bantuan Banjir Kuala Krai Kelantan Sedikit sebanyak jihad kecil dari kami. Moga dengan bantuan ini dapatlah meringa...
18/12/2024

Misi Bantuan Banjir Kuala Krai Kelantan
Sedikit sebanyak jihad kecil dari kami. Moga dengan bantuan ini dapatlah meringankan bebanan mereka InsyAllah.

Terima kasih kepada peginfaq yang menyumbang untuk misi bantuan ini. Moga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga terkesan.






Alhamdulillah Terima kasih . Breakfast kita di taja Kafe both (Abg Yusof )  Raub. Syukur 🤲
18/12/2024

Alhamdulillah Terima kasih . Breakfast kita di taja Kafe both (Abg Yusof ) Raub.
Syukur 🤲



Misi Bantuan Banjir Kelantan!Persatuan Sahabat Berkat dengan rendah hati ingin merayu kepada semua individu, penyokong, ...
07/12/2024

Misi Bantuan Banjir Kelantan!

Persatuan Sahabat Berkat dengan rendah hati ingin merayu kepada semua individu, penyokong, dan masyarakat untuk bersama-sama membantu mangsa banjir yang terjejas di Kelantan. Banjir yang melanda kawasan ini telah menyebabkan kesusahan yang besar kepada banyak keluarga, merosakkan harta benda dan mengancam kehidupan seharian mereka.

Seperti yang diajarkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad (SAW), kita diperintahkan untuk menyokong dan membantu sesama umat manusia dalam keadaan yang memerlukan. Dalam sabda Baginda, “Sesiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, dia bukanlah daripada golongan mereka.” Pengajaran ini menyeru kita untuk tampil membantu, memberikan sokongan moral dan bantuan fizikal kepada mereka yang berada dalam kesulitan.

Kita semua mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan bahawa mereka yang terperangkap dalam situasi yang sukar seperti ini tidak merasa terasing. Kehilangan tempat tinggal, kehabisan makanan, dan keperluan lain yang mendesak memerlukan tindakan segera dan kolaboratif daripada kita semua. Oleh itu, *Persatuan Sahabat Berkat* telah melancarkan inisiatif ini untuk mengumpul sumbangan dari pelbagai pihak.

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa sumbangan anda yang bermurah hati akan digunakan untuk menyediakan:
- Barangan keperluan asas seperti makanan, air bersih, dan perubatan.
- Tempat perlindungan sementara untuk mereka yang kehilangan rumah kerana bencana ini.
- Program pemulihan untuk membantu mangsa kembali bangkit setelah peristiwa yang menyedihkan ini.

Sokongan anda, tidak kisah sebesar manapun, adalah amat berharga. Kami telah menyediakan QR code di poster ini untuk kemudahan anda dalam membuat sumbangan. Selain itu, kami juga telah menyertakan butiran perbankan bagi mereka yang ingin menyumbang secara langsung ke akaun kami. Setiap ringgit yang anda derma akan memberikan harapan dan memulihkan senyuman di wajah mereka yang sedang berdepan dengan kesukaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai sumbangan, sila hubungi kami di media sosial yang tertera.

Address

Alam Suria, Puncak Alama
Puncak Alam
42300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Berkat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sahabat Berkat:

Share