Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang "Perkopp"

Call Contact the organization

Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang "Perkopp" Sebuah pertubuhan kebajikan yang berpusat di Pulau Pinang ditubuhkan pada 8/11/2024

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Kerja Berpasukan (Team Building) 2026 anjuran...
20/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Kerja Berpasukan (Team Building) 2026 anjuran PERKOPP bersama MAYC di Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 19–20 September 2026. 🀝

Program ini menjadi platform memperkukuh kepimpinan, kolaborasi, inovasi dan semangat kebersamaan dalam membina pasukan yang lebih mantap, dinamik dan berdaya saing. Semoga segala ilmu, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin dapat diterjemahkan dalam gerak kerja yang lebih berkesan demi manfaat komuniti.

Bersama membina potensi, mencapai lebih jauh! πŸ’ͺ
Satu Pasukan, Satu Matlamat! ❀️

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos merupakan detik bersejarah yang mengingatkan kita tentang perjuanga...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos merupakan detik bersejarah yang mengingatkan kita tentang perjuangan, pengorbanan dan semangat cintakan negara yang menjadi asas kepada kemerdekaan yang kita nikmati hari ini.

Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan perpaduan, memupuk semangat patriotisme serta terus berganding bahu demi membina Malaysia yang lebih maju, aman dan sejahtera.

Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa setiap rakyat demi memastikan kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua.

Malaysia Madani, Kesejahteraan Dinikmati

Ikhlas daripada:
Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP)

πŸ‡²πŸ‡Ύ Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ







πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM EDARAN JALUR GEMILANG πŸ‡²πŸ‡ΎSemangat patriotisme terus disemarakkan! β€οΈπŸ’™πŸ‡²πŸ‡ΎPersatuan Kebajikan Komuniti Penggerak ...
28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ PROGRAM EDARAN JALUR GEMILANG πŸ‡²πŸ‡Ύ

Semangat patriotisme terus disemarakkan! β€οΈπŸ’™πŸ‡²πŸ‡Ύ
Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah telah melaksanakan Program Edaran Jalur Gemilang bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan serta menyatukan komuniti dalam menghayati erti cinta kepada tanah air.

πŸ“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
⏰ Masa: 7.50 malam
πŸ“ Tempat: Pasar Malam Ban Busuk, Penanti

πŸ‡²πŸ‡Ύ β€œBersama Kita Kibarkan Jalur Gemilang, Semarakkan Semangat Kemerdekaan Ke-69!”
Malaysia Madani,Kesejahteraan Dinikmati

Ayuh bersama kita kibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cinta, bangga dan setia kepada Malaysia. Semoga semangat kemerdekaan terus mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

PERKOPP 🀝 Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah









πŸ‡²πŸ‡Ύ

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,PERKOPP dengan kerjasama M.A.Y.C Pulau Pinang akan menganjurkan:πŸ”₯ PROGRAM PEMBANGUNAN ...
24/08/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

PERKOPP dengan kerjasama M.A.Y.C Pulau Pinang akan menganjurkan:

πŸ”₯ PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN PEMANTAPAN KERJA BERPASUKAN 2026 πŸ”₯

πŸ“… Tarikh_ : 19 - 20 September 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Tempat : Kem White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang
πŸ‘₯ Sasaran : Belia Lelaki & Perempuan 17 - 35 tahun
🎯 Objektif : Memantapkan kerja berpasukan & membangunkan organisasi
🎁 Bonus : Baju PERKOPP yang eksklusif!

⚠️ PENYERTAAN TERHAD UNTUK 100 ORANG TERAWAL SAHAJA ⚠️

DAFTAR SEKARANG:
πŸ‘‰ https://forms.gle/YtdCR1itWq8jvqXu6 πŸ‘ˆ

Jom sertai kami dengan tema β€œBelia Berdaya, Organisasi Berjaya”
Bersama kita bina:
Bersatu | Berdaya | Berbakti

Sebarang pertanyaan boleh hubungi AJK PERKOPP.
+60 17‑545 0464 -Abang Zainol(PERKOP)
+60 12-468 2998 -Kak Linda(PERKOP)
+60 11-3172 0390 -Tasnim Firdaus (MAYC)

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura dan Penyerahan Bakul Makanan anjuran PERKOPP dengan kerjasama Masjid Jamek Padang Ib...
11/07/2026

Alhamdulillah, Program Bubur Asyura dan Penyerahan Bakul Makanan anjuran PERKOPP dengan kerjasama Masjid Jamek Padang Ibu telah berlangsung dengan jayanya.

Program ini bukan sahaja mengeratkan ukhuwah dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat, malah menjadi wadah untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan. Seramai 80 penerima telah menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh PERKOPP sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Masjid Jamek Padang Ibu, para sukarelawan, penyumbang serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diterima sebagai amal kebajikan serta diberkati oleh Allah SWT.

PERKOPP akan terus komited dalam melaksanakan program-program kebajikan demi membantu masyarakat dan memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam komuniti.

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-18 GEORGE TOWN sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO πŸŽ‰7 Julai 2026 menandakan 18 tahun pen...
07/07/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-18 GEORGE TOWN sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO πŸŽ‰

7 Julai 2026 menandakan 18 tahun pengiktirafan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO – sebuah lambang kebanggaan yang mencerminkan kekayaan sejarah, kepelbagaian budaya dan warisan yang tidak ternilai.

Marilah kita bersama-sama menghargai, memelihara dan mempromosikan khazanah warisan ini agar terus menjadi kebanggaan generasi hari ini dan akan datang.
"Memelihara Warisan, Menghubungkan Generasi."

Selamat Ulang Tahun ke-18, George Town! Semoga terus gemilang sebagai warisan dunia yang menjadi kebanggaan Pulau Pinang dan Malaysia. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir πŸŽ‰Buat Penaung PERKOPP, Tuan Haji Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff,Semoga Allah SWT mengurniakan Tuan ...
24/06/2026

πŸŽ‰ Selamat Hari Lahir πŸŽ‰

Buat Penaung PERKOPP, Tuan Haji Abdul Mohsein Bin Mohd Shariff,

Semoga Allah SWT mengurniakan Tuan Haji Mohsein kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati, rezeki yang melimpah ruah serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala bimbingan, sokongan dan komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi dalam memperkasakan PERKOPP serta membangunkan semangat kebersamaan dalam komuniti. Semoga segala usaha dan jasa bakti Tuan Haji sentiasa diberi ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT.

Semoga terus dikurniakan kekuatan, kebijaksanaan dan kejayaan dalam meneruskan perjuangan demi masyarakat dan negeri Pulau Pinang.

Selamat Menyambut Hari Lahir!
"Semoga setiap langkah dipenuhi keberkatan, setiap usaha dipermudahkan, dan setiap impian mencapai kejayaan."

Jiwa Pulau Pinang, Gerak Komuniti!

Ikhlas daripada
Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP)

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1 Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama mem...
16/06/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM MAAL HIJRAH 1448H / 2026M βœ¨πŸŒ™

Sempena ketibaan Tahun Baharu Islam 1 Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi satu perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, lebih berkat dan lebih bermakna.

MADANI Dihayati, UMMAH Diberkati

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kesejahteraan, perpaduan dan kejayaan buat seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat di Negeri Pulau Pinang.

🀲 Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H.
Ikhlas daripada:
Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita telah berjaya melaksanakan dan menamatkan Kejohana...
14/06/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita telah berjaya melaksanakan dan menamatkan Kejohanan Bowling Amatur anjuran PERKOPP pada hari ini yang berlangsung di Ole-Ole Superbowl Mydin,Bukit Mertajam dengan penuh meriah, semangat kesukanan dan ukhuwah yang erat.

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian. Tahniah kepada para pemenang yang berjaya membawa pulang kemenangan. Kepada yang belum berjaya, jangan berputus asa kerana semangat, usaha dan keberanian untuk menyertai pertandingan ini adalah satu kemenangan yang cukup bermakna.

Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pihak penganjur, para penaja, urus setia, petugas serta semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dari awal hingga ke penghujung program.

Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua peserta. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam program-program akan datang dengan semangat yang lebih tinggi dan lebih cemerlang.
Sekian, terima kasih.

"Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi semangat kesukanan, persahabatan dan kenangan yang tercipta itulah kemenangan sebenar."

πŸŽ³πŸ† KEJOHANAN BOWLING AMATUR PERKOPP 2026 πŸ†πŸŽ³Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP) menjempu...
05/06/2026

πŸŽ³πŸ† KEJOHANAN BOWLING AMATUR PERKOPP 2026 πŸ†πŸŽ³

Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang (PERKOPP) menjemput anda menyertai Kejohanan Bowling Amatur PERKOPP 2026 yang terbuka kepada lelaki dan wanita.

πŸ“… Tarikh : 14 Jun 2026 (AHAD)
⏰ Masa : 8.00 Malam
πŸ“ Tempat : Ole Ole SuperBowl Mydin, Bukit Mertajam

πŸ’° Yuran Penyertaan :
RM50 satu pasukan (4 pemain)

βœ… 3 permainan (games)
βœ… Sewa kasut disediakan
❗ Stokin tidak disediakan, sila bawa sendiri

πŸ† HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG πŸ†
πŸ₯‡ Johan : RM400
πŸ₯ˆ Naib Johan : RM300
πŸ₯‰ Ketiga : RM200
πŸ… Keempat : RM100

*Hadiah misteri menanti pemenang jatuhan pin tertinggi untuk lelaki dan perempuan*

πŸ‘¨β€πŸ¦±πŸ‘©β€πŸ¦° Terbuka kepada Lelaki & Perempuan

πŸ“² Untuk pendaftaran, sila imbas QR Code yang tertera pada poster.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Zainol : 0175450464
Mizan : 01153738591

Jangan lepaskan peluang untuk beriadah, mengeratkan silaturahim dan merebut hadiah wang tunai yang ditawarkan.

Ayuh bentuk pasukan anda sekarang dan sertai Kejohanan Bowling Amatur PERKOPP 2026!





Address

No. 64, Jalan Pisang Raja, Kampung Melayu, Pisang Rastali, Ayer Hitam
Pulau Pinang
11500

Telephone

+60174777313

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang "Perkopp" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Kebajikan Komuniti Penggerak Negeri Pulau Pinang "Perkopp":

Shortcuts

Share