14/05/2026
Ke Jalan Tenggiri membawa harapan,
Bersama warga penuh muafakat,
Bersama MPKK turun menyantuni jiran,
Ziarah Kasih tanda prihatin masyarakat. 🤩
Bersama pasukan MPKK Jalan Tenggiri, kami turun padang dalam Program Ziarah Kasih untuk bertemu dan menyantuni Pak Mat serta menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda bagi kegunaan beliau di rumah. Dahulu, Pak Mat juga sering membantu dan bersama pasukan MPKK Jalan Tenggiri dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan demi manfaat penduduk setempat.
Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan urusan harian serta memberi sedikit keselesaan buat Pak Mat. Terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada komuniti selama ini. ❤️