Go Green Tasek Gelugor

Go Green Tasek Gelugor Suatu inisiatif kesedaran alam sekitar yang menyasarkan komuniti Tasek Gelugor dan di sekitarnya.

Turut terlibat sama MPKK Tasek Gelugor, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Kawasan Rukun Tetangga, Persatuan Penduduk Kg Tersusun Tok Bedu & Taman Seri Gelugor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Pusat Pendidikan Al-Ikram.

Mari kita jaga alam sekitar. Kutip 'dosa' orang lain dan moga-moga ditukarkan menjadi pahala bagi kita (dengan izin dan ...
24/07/2026

Mari kita jaga alam sekitar. Kutip 'dosa' orang lain dan moga-moga ditukarkan menjadi pahala bagi kita (dengan izin dan rahmat Allah).

Di antara tujuan program kitar semula dan plogging ialah agar semua warga menyayangi alam sekitar dan menghormati sesama...
20/07/2026

Di antara tujuan program kitar semula dan plogging ialah agar semua warga menyayangi alam sekitar dan menghormati sesama insan.

Semoga boleh bekerjasama lagi pada masa hadapan.
04/07/2026

Semoga boleh bekerjasama lagi pada masa hadapan.

BRISK WALK DAN ACARA PENUTUP GO GREEN TASEK GELUGOR 2026.Ahad, 28 Jun 2026.(Bahagian 2) Ucapan ringkas oleh Yang Dipertu...
28/06/2026

BRISK WALK DAN ACARA PENUTUP GO GREEN TASEK GELUGOR 2026.

Ahad, 28 Jun 2026.

(Bahagian 2)

Ucapan ringkas oleh Yang Dipertua IKRAM Pulau Pinang, Prof. Dr. Md. Roslan bin Hashim menerangkan sedikit sebanyak penganjuran Go Green Tasek Gelugor yang bermula sejak 2022, yang selaras dengan tonggak ke-10 dalam 12 Ciri Negara Rahmah IKRAM iaitu pembangunan yang lestari.

Profesor Dr. Hashim Fadzil bin Ariffin, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), UiTM Pulau Pinang turut memberi ucapan beliau dan mengucapkan tahniah kepada pasukan penyelidik UiTM yang turut terlibat sama menjayakan Go Green Tasek Gelugor kali ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah Penjanaan Sisa Pepejal dan Pengasingan Sisa di Punca di Pulau Pinang oleh Dr. Rasyidah Alrozi, diikuti dengan kuiz ringkas yang menguji kefahaman peserta. Sambutan yang baik oleh hadirin yang berjaya menjawab dengan tepat dan diberi hadiah.

Acara berikutnya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang. Haji Nordin bin Ibrahim,
Pengerusi MPKK Tasek Gelugor turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Senarai pemenang pertandingan barangan kitar semula terberat (kg) seperti tertera:

Kategori kertas
1. Sufian
2. Zulzuraidi
3. Sabri Sidik

Kategori plastik
1. Rosli Zainol
2. Hj Sabri
3. Nurul Khobil

Kategori logam
1. Sallehuddin
2. Azhar
3. Alimuddin

Kategori minyak masak
1. Roshni
2. Haji Ahmad
3. Syahmi Fakhri

En. Mohd Fadhullah bin Abu Kasin, Penolong Pegawai Perpaduan, Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Daerah SPU diberi penghormatan mencabut 15 nombor bertuah dan menyampaikan hadiah berupa hamper yang disediakan oleh Pasar Raya Mydin Bertam.

Pada segmen terakhir, pasukan UiTM mengumumkan pemenang Bengkel Jahitan yang menukar (repurpose) fabrik/ pakaian terpakai kepada tote bag. Tahniah kepada semua pemenang.

Sebagai penutup, pengacara majlis mengingatkan bahawa walaupun istilah plogging diperkenalkan pada sekitar 2016 di Sweden (plocka upp - to pick up + jogging), namun ajaran Islam sudah mengkategorikannya sebagai perbuatan baik dan dihitung sebagai sedekah melalui lisan Rasululullah SAW lebih 1400 tahun yang lalu. Moga-moga amal kita diterima, insya-Allah.

Rujukan lanjut, lihat petikan dari Irsyad Hukum M***i Wilayah, Siri ke-900 di bawah:

Diriwayatkan daripada Abu Malik al-Asy’ari RA bahawa Baginda SAW bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإيمانِ

Maksudnya: “Kebersihan ialah separuh daripada keimanan.”

Riwayat Muslim (223)

Dalam pada itu, terdapat juga sebuah hadis Rasulullah SAW yang memberikan galakan kepada umat Islam untuk memperbanyak amalan soleh dalam kehidupan. Antaranya membersih atau membuang objek-objek yang berbahaya di atas jalan raya. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كُلُّ سُلامَى مِنَ النَّاسِ عليه صَدَقَةٌ، كُلَّ يَومٍ تَطْلُعُ فيه الشَّمْسُ، يَعْدِلُ بيْنَ الِاثْنَيْنِ صَدَقَةٌ، ويُعِينُ الرَّجُلَ علَى دابَّتِهِ فَيَحْمِلُ علي، أوْ يَرْفَعُ عليها مَتاعَهُ صَدَقَةٌ، والكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ، وكُلُّ خُطْوَةٍ يَخْطُوها إلى الصَّلاةِ صَدَقَةٌ، ويُمِيطُ الأذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ.

Maksudnya: "Terdapat sedekah yang perlu ditunaikan oleh kesemua anggota pada tubuh manusia pada setiap hari matahari terbit. Menghakimi antara kedua belah pihak dengan adil ialah sedekah. Membantu orang lain untuk menaiki kenderaan dengan memikulnya ialah sedekah. Menuturkan perkataan yang baik ialah sedekah. Setiap langkah menuju ke masjid untuk menunaikan solat juga ialah sedekah dan membuang objek yang membahayakan di jalanan termasuk dalam sedekah."

Riwayat al-Bukhari (2989)

Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat di atas sokongan, bantuan, kerjasama dan doa dalam menjayakan Go Green Tasek Gelugor 2026 dan acara penutup pada pagi ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan.

Jazakamullahu khairan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan.




BRISK WALK DAN ACARA PENUTUP GO GREEN TASEK GELUGOR 2026(Bahagian 1)Ahad, 28 Jun 2026.Setelah kutipan barangan kitar sem...
28/06/2026

BRISK WALK DAN ACARA PENUTUP GO GREEN TASEK GELUGOR 2026

(Bahagian 1)

Ahad, 28 Jun 2026.

Setelah kutipan barangan kitar semula sebanyak empat kali Sabtu, akhirnya acara penutup berlangsung dengan jayanya pada pagi Ahad. Cuaca pagi indah dan nyaman. Alhamdulillah.

Peserta berkumpul seawal 7:30 pagi. Kaunter pendaftaran dikepalai oleh Dr Salwati Yaakub dibuka beberapa minit selepas itu untuk memperolehi jumlah tepat peserta, di samping memberi nombor giliran bagi cabutan bertuah. PA system disediakan pada malam sebelumnya oleh En.Mohamad Azri Johari dari Kelab Keluarga SRI Al-Ikram berfungsi dengan baik. Senaman memanaskan badan dikendali oleh Haji Khaw Lek Ming, salah seorang peserta yang menamatkan kayuhan 400 km AUDAX MUSLEH dua minggu lepas.

(Nota: jumlah peserta berusia 13 tahun ke atas yang berdaftar ialah seramai 117 orang).

Taklimat laluan dan pelepasan dilaksana oleh Cikgu Wan Azli Wan Teh, Pengerusi, Persatuan Penduduk Kg Tersusun Tok Bedu dan Taman Seri Gelugor. Laluan 3.5 km dijangka mengambil masa 50 minit jika berjalan santai. Kali ini plogging ditawar kepada peserta yang berminat. En. Khairul Anuar Ismail, YDP IKRAM Tasek Gelugor yang juga pengarah program mengedarkan sarung tangan dan plastik sampah.

Ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga dari kejiranan Kg Tersusun Tok Bedu dan Taman Seri Gelugor, selain ahli muda IKRAM membantu menjaga lalu lintas dan keselamatan peserta, manifestasi kepada kata-kata, "jiran muafakat membawa berkat." Alhamdulillah.

Selesai Brisk Walk, peserta dibekalkan sarapan nasi lemak, kuih dan roti. Ramai mengambil kesempatan untuk berkelah sesama ahli keluarga di halaman Dewan Banjir Air Melintas.

Sabtu, 27 Jun 2026.Hari terakhir kutipan Go Green Tasek Gelugor 2026. Pengunjung lebih ramai daripada biasa. T-shirt unt...
28/06/2026

Sabtu, 27 Jun 2026.

Hari terakhir kutipan Go Green Tasek Gelugor 2026. Pengunjung lebih ramai daripada biasa.

T-shirt untuk acara Brisk Walk esok siap sehari sebelum. Sebanyak 152 helai ditempah. Sukarelawan sibuk mengagihkan mengikut beberapa kelompok. Warna yang dipilih ialah biru muda dan beige/ khaki, simbolik kepada langit dan bumi. Salah satu tugas manusia diutus ke dunia ialah sebagai pengurus sumber alam dan menjaganya dengan elok.

Untuk kutipan hari ini, lapan sukarelawan dari PIBG Pusat Pendidikan Al Ikram bertugas membantu melicinkan perjalanan program, selain beberapa pelajar UiTM.

Program yang turut berlangsung ialah bengkel jahitan menggunakan fabrik terpakai. Pasukan UiTM tekun memberi tunjuk ajar kepada para peserta.

Gambar-gambar logam, kertas, plastik, e-waste, fabrik dan minyak masak dihantar ke vendor untuk urusan kutipan.

Jam 12:30 tengah hari, vendor minyak masak terpakai, Izat sudah siap untuk menimbang dan mengutip. Menjelang petang laporan jumlah kutipan sudah siap. Kali ini kita telah berjaya mengutip 304 kilogram minyak masak terpakai, alhamdulillah.

Kini masa untuk mencampurkan jumlah kutipan pengunjung selama 4 kali Sabtu dan akan diumumkan esok, Ahad 28 Jun.

Go Green Tasek Gelugor Minggu ke-2 daripada 4 minggu13 Jun 20269:00 pagi - 12:30 tengah hariDewan Banjir Air MelintasJum...
13/06/2026

Go Green Tasek Gelugor
Minggu ke-2 daripada 4 minggu
13 Jun 2026
9:00 pagi - 12:30 tengah hari
Dewan Banjir Air Melintas

Jumlah pengunjung lebih ramai daripada minggu lepas.

Sukarelawan yang bertugas:
- 4 ahli IKRAM Tasek Gelugor
- 7 ahli Biro Muslimat Masjid As Salam, Kg Tok Bedu

Pasukan penyelidik dari UiTM seramai 8 orang turut turun padang untuk meninjau tempat dan mengadakan perbincangan, selain daripada edaran borang kajian tingkah laku.

Mereka akan mengadakan "Bengkel Jahitan Komuniti: Dari Fabrik Kitar Semula Kepada Produk Kraftangan" pada minggu ke-4 kutipan iaitu 27 Jun 2026.

Panduan perolehi mata ganjaran apabila kitar semula.
07/06/2026

Panduan perolehi mata ganjaran apabila kitar semula.

🎁♻️ RECYCLE. EARN. REDEEM.

What if every recycling action could earn you rewards?

With the Riiicycle App, recycling becomes more than just a good habit — it becomes rewarding too!

Here's how it works:
1️⃣ Find a Smart Bin
2️⃣ Scan the QR Code
3️⃣ Deposit Your Recyclables
4️⃣ Receive Collection Verification
5️⃣ Earn Riiipoints
6️⃣ Redeem Exciting Rewards 🎁

Recycle items such as:
♻️ Plastic Bottles
📦 Carton Boxes
📰 Paper
🥫 Aluminium Cans
🔌 E-Waste
🥤 Used Beverage Cartons
🎉 Redeem rewards from:
🛍️ Shopee
☕ ZUS Coffee
🍦 Baskin Robbins
💙 Watsons
…and many more!

Every recycling action counts. Every point earned makes a difference.

Start your recycling journey today and turn waste into rewards!

📱 Download Riiicycle App Today!
🌐 www.riiicycle.com
📞 011-26699168
📧 [email protected]

Kutipan minggu pertama Go Green Tasek Gelugor berlangsung dengan jayanya, alhamdulillah.Dua hari sebelumnya, pada Khamis...
06/06/2026

Kutipan minggu pertama Go Green Tasek Gelugor berlangsung dengan jayanya, alhamdulillah.

Dua hari sebelumnya, pada Khamis 4 Jun 2026, bertempat di bilik mesyuarat SMI Al-Ikram, satu mesyuarat penyelarasan melibatkan wakil rakan kerjasama telah mencapai beberapa persetujuan.

Wakil yang hadir ialah:
- IKRAM: 6 orang
- PIBG Pusat Pendidikan Al Ikram, P. Pinang: 5 orang
- Masjid As-Salam, Kg Tok Bedu: 4 orang
- Persatuan Penduduk Kg Tersusun Tok Bedu/ - Taman Seri Gelugor: 2 orang
- UiTM: 1 orang

Empat rakan kerjasama GGTG akan bertugas sebagai sukarelawan pada minggu berikut:
- UiTM, Sabtu pertama
- Masjid As-Salam, Sabtu kedua
- PPKTTB TSG, Sabtu ketiga
- PIBG PPAIPP, Sabtu keempat

Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menganjurkan acara penutup pada AHAD, 28 JUN 2026, dengan beberapa ketetapan antaranya brisk walk sesama penduduk, hadiah kutipan recycle terbanyak dan cabutan bertuah (maklumat lanjut bakal menyusul).

Pada hari yang dijanjikan (Sabtu, 6 Jun 2026) seramai 9 sukarelawan dari UiTM (pensyarah dan pelajar) dan 6 dari IKRAM hadir dengan skop tugasan seperti berikut:
1. Membantu pengunjung mengangkat barang
2. Memberi penerangan susun atur di dewan
3. Membuat timbangan
4. Membantu muat turun app Riiicycle dan penerangan mata ganjaran
5. Mengedarkan borang tinjauan (sebahagian daripada kajian tingkah laku oleh pasukan UiTM)

Terima kasih kepada para pengunjung dan petugas. Insya-Allah kita bertemu lagi minggu hadapan, Sabtu 13 Jun 2026.

Pengalaman menguruskan pakaian dan fabrik terpakai dalam Go Green Tasek Gelugor 2022 dan 2025.Berdasarkan sedikit pengal...
05/06/2026

Pengalaman menguruskan pakaian dan fabrik terpakai dalam Go Green Tasek Gelugor 2022 dan 2025.

Berdasarkan sedikit pengalaman kami dan lawatan ke kilang LLC di Pelabuhan Kelang, berikut ialah panduan kepada para pengunjung:

1. Mohon diikat dengan kemas. Ikat dengan 'tali rafia' pun sudah memadai. Satu ikatan/ longgokan/ bundle sebaiknya tidak melebihi 15 kg. Ini untuk memudahkan proses mengangkat ke atas lori.

2. Elakkan masuk kesemua baju dalam plastik sampah biodegradasi yang sangat rapuh/ fragile. Ini kerana plastik sedemikian terlalu mudah koyak.

3. Kami juga menerima pertanyaan, "Adakah perlu dimasukkan dalam plastik lutsinar/ transparent?" Jawapan: Tidak perlu. Ya, kami pernah melihat aktiviti kutipan pakaian terpakai yang mensyaratkan sedemikian. Sefaham kami, syarat tersebut untuk projek pakaian terpakai yang masih elok. Oleh kerana projek kami menerima semua jenis pakaian terpakai (elok/ tidak elok), maka tidak perlu plastik lutsinar. Asalkan diikat kemas seperti no. 1, dibungkus atau tidak dibungkus tidak mengapa.

Address

Dewan Banjir Air Melintas, Tasek Gelugor
Pulau Pinang

Telephone

+60134886705

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Go Green Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share