Nisa' Puchong

Nisa' Puchong Tekan follow untuk dapat info program kami di Puchong

MAULIDUR RASULSALAM MAULIDUR RASUL 1448HSabda Rasulullah SAW :عن ابن مسْعُودٍ أنَّ رسُول اللَّهِ ﷺ قَالَ : أَوْلى النَّا...
24/08/2026

MAULIDUR RASUL

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H

Sabda Rasulullah SAW :
عن ابن مسْعُودٍ أنَّ رسُول اللَّهِ ﷺ قَالَ : أَوْلى النَّاسِ بِي يوْمَ الْقِيامةِ أَكْثَرُهُم عَليَّ صَلاَةً .
"Manusia yang paling berhak bersamaku pada hari kiamat ialah yang paling banyak membaca selawat kepadaku."
(HR Tirmizi).

Nisa’ Puchong mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Sempena dengan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama memahami erti sunnah baginda yang sebenar, mengikuti ajarannya, mengamalkan syariatnya, menegakkan Islam dan menyambung perjuangan baginda SAW, maka kita akan menjadi sebaik-baik umat.



🌸 MENITI USIA DENGAN IMAN 🌸Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran program Fitrah Wanita Sejahtera: Me...
13/08/2026

🌸 MENITI USIA DENGAN IMAN 🌸

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT atas kelancaran program Fitrah Wanita Sejahtera: Meniti Usia dengan Iman yang telah berlangsung dengan penuh manfaat dan pengisian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para panel, Dr Mastra Mohd Mokhtar dan Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa, atas perkongsian ilmu, panduan serta nasihat yang begitu bermakna buat para peserta.

Program ini menjadi ruang untuk kita kembali memahami bahawa setiap fasa kehidupan seorang wanita adalah amanah dan perjalanan yang perlu dilalui dengan ilmu, kesedaran serta iman yang teguh.

Semoga setiap ilmu yang dikongsikan menjadi bekalan untuk terus melangkah dengan lebih yakin, tenang dan dekat dengan Allah SWT. 🤍

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat serta para peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga terus melangkah, bukan sekadar meniti usia, tetapi meniti usia dengan iman. 🌷

Tulus ikhlas,
Nisa’ Selangor 💜





✨🌿 NISA’ RISE AND THRIVE 🌿✨Penat dengan rutin harian?Rasa serabut, letih emosi, dan perlukan ruang untuk kembali menyusu...
09/08/2026

✨🌿 NISA’ RISE AND THRIVE 🌿✨

Penat dengan rutin harian?
Rasa serabut, letih emosi, dan perlukan ruang untuk kembali menyusun kekuatan diri?

Jom sertai Program Nisa’ Rise and Thrive, sebuah program yang menggabungkan aktiviti santai, cabaran rekreasi dan pengisian bermakna untuk membantu anda membina semula semangat, keyakinan dan keseimbangan diri.

📅 Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Skytrex Sg Congkak

✨ Apa yang menanti anda?
* Aktiviti rekreasi yang mencabar dan menyeronokkan
* Pengisian yang memberi inspirasi
* Peluang berkenalan dan berhubung dengan muslimat lain
* Ruang untuk recharge emosi dan spiritual

📌 Terbuka kepada wanita berumur 18–35 tahun.

💰 Yuran Penyertaan: RM80 seorang.
* Istimewa early bird *RM70*
* Bayaran ansuran sebanyak dua kali boleh rujuk ajk pendaftaran

📝 Pendaftaran:
Daftar sekarang – tempat adalah terhad!
📍 https://bit.ly/Daftar-NisaRiseAndThrive

📲 Sebarang pertanyaan:
🧕🏻 Sis Adah
https://wa.me/60182439259

✨🌿 NISA’ RISE AND THRIVE 🌿✨

Penat dengan rutin harian?
Rasa serabut, letih emosi, dan perlukan ruang untuk kembali menyusun kekuatan diri?

Jom sertai Program Nisa’ Rise and Thrive, sebuah program yang menggabungkan aktiviti santai, cabaran rekreasi dan pengisian bermakna untuk membantu anda membina semula semangat, keyakinan dan keseimbangan diri.

📅 Tarikh: 27 September 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
📍 Tempat: Skytrex Sg Congkak

✨ Apa yang menanti anda?
* Aktiviti rekreasi yang mencabar dan menyeronokkan
* Pengisian yang memberi inspirasi
* Peluang berkenalan dan berhubung dengan muslimat lain
* Ruang untuk recharge emosi dan spiritual

📌 Terbuka kepada wanita berumur 18–35 tahun.

💰 Yuran Penyertaan: RM80 seorang.
* Istimewa early bird *RM70*
* Bayaran ansuran sebanyak dua kali boleh rujuk ajk pendaftaran

📝 Pendaftaran:
Daftar sekarang – tempat adalah terhad!
📍 https://bit.ly/Daftar-NisaRiseAndThrive

📲 Sebarang pertanyaan:
🧕🏻 Sis Adah
https://wa.me/60182439259
🧕🏻 Sis Izzati
https://w

09/08/2026
DOA ASIAH (ISTERI FIRAUN) رَبِّ ٱبۡنِ لِي عِندَكَ بَيۡتٗا فِي ٱلۡجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِ...
10/07/2026

DOA ASIAH (ISTERI FIRAUN)

رَبِّ ٱبۡنِ لِي عِندَكَ بَيۡتٗا فِي ٱلۡجَنَّةِ وَنَجِّنِي مِن فِرۡعَوۡنَ وَعَمَلِهِۦ وَنَجِّنِي مِنَ ٱلۡقَوۡمِ ٱلظَّٰلِمِينَ

[Surah At-Taḥrīm: 11]

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim".


17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H🌙🕌

Nisa’ Selangor mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448 Hijrah kepada seluruh umat Islam walau di mana anda berada.

Firman Allah SWT :

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Baqarah: ayat 218)

Semoga Allah SWT mengangkat segala doa dan hajat kita sebagai hamba Allah SWT untuk sentiasa memperbaiki amalan kita.

سيروا على برکة الله

Tulus Ikhlas,
Nisa’ Selangor 💜






KitaSemuaNisaMalaysia

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448HSempena ketibaan Awal Muharram, marilah kita sama-sama bermuhasabah, memperbaharui ...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM 1448H

Sempena ketibaan Awal Muharram, marilah kita sama-sama bermuhasabah, memperbaharui tekad dan meningkatkan keimanan dalam menempuh tahun hijrah yang baharu.

Awal Muharram adalah detik permulaan yang penuh makna bagi umat Islam. Ia bukan sekadar perubahan angka pada kalendar, tetapi satu seruan untuk kita memperbaiki diri, memperkukuh ukhuwah, dan memperbanyakkan amal kebaikan.

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan rahmat buat kita semua. Moga segala urusan dipermudahkan, rezeki diberkati dan kehidupan dipenuhi dengan kasih sayang serta perlindungan Allah SWT.

Salam Maal Hijrah 1448H.



27/05/2026

Kelebihan Ibadah Korban

Ibadah korban bukan sekadar menyembelih, tetapi lambang ketaatan dan pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.

Di sebalik setiap ibadah korban, tersimpan hikmah yang mendidik hati agar lebih ikhlas serta mengeratkan kasih sesama insan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Nisa' Malaysia bakal menutup tempahan ibadah korban di Kemboja pada *25 May, 11:59 malam* ini.

Jika masih berminat, boleh terus tekan link :
https://toyyibpay.com/Korban-Akikah-2026




Address

Puchong

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Puchong:

Shortcuts

Share