Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama

Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama, Non-Governmental Organization (NGO), PERSATUAN PENDUDUK LOT 1210 KAMPUNG SUNGAI SIREH UTAMA, (PPM 014-10-29032024), NO. 42, Jalan 16, KAMPUNG SUNGAI SIREH UTAMA, , 42000 PELABUHAN KLANG DARUL EHSAN, Port Swettenham.

Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama ditubuhkan untuk membantu Penduduk Kampung Sungai Sireh Utama untuk perjuangkan pemilikan tanah yang selama ini telah diperjuangkan oleh kepimpinan terdahulu

📢 Program Ibadah Korban & Agihan Daging Korban PPKSSU 🐄✨Alhamdulillah, Program Ibadah Korban bagi penduduk Kampung Sunga...
29/05/2026

📢 Program Ibadah Korban & Agihan Daging Korban PPKSSU 🐄✨
Alhamdulillah, Program Ibadah Korban bagi penduduk Kampung Sungai Sireh Utama telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
📅 Tarikh: Rabu, 27 Mei 2026
⏰ Masa: 11.00 pagi sehingga selesai
Program ini berjalan dengan baik hasil kerjasama erat antara penduduk kampung yang sentiasa memberikan sokongan dan semangat gotong-royong 🤝
Daging korban telah diagihkan kepada penduduk Kampung Sungai Sireh Utama agar manfaatnya dapat dinikmati bersama, selaras dengan nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penyumbang:

En. Mohd Rizal Hashim
En. Mohd Amirul Anuar Hashim
En. Mohd Hairol Hashim
(Penduduk Kampung Sungai Sireh Utama)

Tidak dilupakan, ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Masjid Kampung Raja Uda, diwakili oleh Tuan Haji Ismail, atas sumbangan tambahan daging korban untuk diagihkan kepada penduduk Sungai Sireh.
Semoga segala sumbangan dan amalan korban ini diberkati serta mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda di sisi Allah SWT.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Persatuan Penduduk Kampung Sungai...
06/05/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas kejayaan Persatuan Penduduk Kampung Sungai Sireh Utama (PPKSSU) menamatkan pelaksanaan Program Sejati Madani – Sewa Khemah dengan jayanya.
Sekalung penghargaan dan terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan, khususnya kepada Penaung PPKSSU dan Pegawai Penyelaras Dun Sementa, Datuk Hj.Mohd Roslee B Abd Hamid, yang telah memberi kepercayaan dan sokongan kepada PPKSSU untuk membuktikan keupayaan dalam melaksanakan Program Sejati Madani.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada YB ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari, atas sokongan dan bantuan berterusan dalam menggerakkan PPKSSU agar terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di kawasan Sungai Sireh amnya dan Kampung Sungai Sireh Utama khususnya.
Kepada Pengerusi serta seluruh Ahli Jawatankuasa (AJK) PPKSSU, tahniah diucapkan atas komitmen dan usaha padu anda semua dalam memastikan setiap perancangan berjalan dengan lancar, berlandaskan urus tadbir dan tatakelola yang cemerlang.
Sekali lagi, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga PPKSSU terus maju jaya dan cemerlang pada masa akan datang.

Program Ziarah Siri Kedua 2026 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun. Tarikh ...
02/05/2026

Program Ziarah Siri Kedua 2026 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun.
Tarikh : Sabtu , 2hb Mei 2026
Masa : 10 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : Kampung Sungai Sireh Utama dan Kampung Sungai Sireh Tambahan2 , Pelabuhan Klang
Terima Kasih sekali lagi kepada YB Adun Selat Klang dan Rombongan yang sudi mengadakan program ziarah Kampung Sungai Sireh Utama

Program Harapan Ramadan 2026 anjuran Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan KOBENA BerhadButiran program adalah seperti beriku...
11/03/2026

Program Harapan Ramadan 2026 anjuran Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan KOBENA Berhad

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: Sabtu, 7 Mac 2026
Masa: 5.00 petang
Tempat:
Surau Ar-Raudhah, Yayasan Belia Malaysia
Lot 14473-V, NKS Kawasan Industri 103, Kawasan 14
Pelabuhan Klang

Terima kasih atas sumbangan pihak Yayasan Belia Malaysia (YBM) dan KOBENA Berhad berupa bakul makanan kepada penduduk Kampung Sungai Sireh.

Program Ziarah Siri pertama 2026 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun serta ...
02/03/2026

Program Ziarah Siri pertama 2026 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun serta Wakil Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 En Ismail dan Taman Sungai Sireh Puan Ruby
Tarikh : Sabtu , 28hb Feb 2026
Masa : 10 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : Kampung Sungai Sireh Tambahan2 dan Taman Sungai Sireh , Pelabuhan Klang
Terima Kasih sekali lagi kepada YB Adun Selat Klang dan Rombongan yang sudi mengadakan program ziarah Kampung Sungai Sireh Utama

26/12/2025
Program Pemeriksaan dan Perubatan Percuma Anjuran Yayasan Avisena dan PPKSSU dirasmikan oleh  Adun Selat Klang YB Datuk ...
07/10/2025

Program Pemeriksaan dan Perubatan Percuma Anjuran Yayasan Avisena dan PPKSSU dirasmikan oleh Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari
Tarikh : Ahad , 21hb Sept 2025
Masa : 9 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : Kampung Sungai Sireh Utama , Pelabuhan Klang
Terima Kasih sekali lagi kepada YB Adun Selat Klang dan Yayasan Avisena sudi mengadakan program kesihatan di Kampung Sungai Sireh Utama

Kempen Kibarkan Bendera Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan di Balairaya Anjung Bakti Kampung Sungai Sireh Utama
13/09/2025

Kempen Kibarkan Bendera Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan di Balairaya Anjung Bakti Kampung Sungai Sireh Utama

Program Ziarah Siri ke 3 2025 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun Tarikh : ...
13/09/2025

Program Ziarah Siri ke 3 2025 bersama Adun Selat Klang YB Datuk Abdul Rashid Asari dan Kakitangan Pejabat Adun
Tarikh : Sabtu , 13hb Sept 2025
Masa : 10 Pagi - 12:00 Tengahari
Tempat : Kampung Sungai Sireh Utama , Pelabuhan Klang
Terima Kasih sekali lagi kepada YB Adun Selat Klang dan Rombongan yang sudi mengadakan program ziarah Kampung Sungai Sireh Utama

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat ADUN Selat Klang, Datuk Rashid Asari telah berbesar hati meluluskan...
12/08/2025

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Yang Berhormat ADUN Selat Klang, Datuk Rashid Asari telah berbesar hati meluluskan peruntukan dana bagi tujuan kerja-kerja membaik pulih Balairaya Anjung Bakti, Kampung Sungai Sireh Utama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Abd Ghani Abd Hamid, Persatuan Penduduk Kampung Sungai Sireh Utama (PPKSSU) atas usaha gigih beliau dalam mengemukakan permohonan ini demi kepentingan bersama penduduk kampung.

Diharapkan agar PPKSSU dan seluruh warga Kampung Sungai Sireh Utama dapat sama-sama menjaga, memanfaatkan dan memeriahkan Balairaya Anjung Bakti ini dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang bermanfaat, sekaligus menyemarakkan semangat kejiranan dan memperindahkan kawasan kampung kita tercinta.

Address

PERSATUAN PENDUDUK LOT 1210 KAMPUNG SUNGAI SIREH UTAMA, (PPM 014-10-29032024), NO. 42, Jalan 16, KAMPUNG SUNGAI SIREH UTAMA, , 42000 PELABUHAN KLANG DARUL EHSAN
Port Swettenham
41200

Telephone

+60172566244

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Sungai Sireh Utama:

Share