AMK Pokok Sena

AMK Pokok Sena Angkatan Muda Keadilan Pokok Sena 2025-2028

Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Pokok Sena.Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Kea...
07/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Pokok Sena.

Selesai sudah Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Pokok Sena bagi tahun ini. Perbincangan yang tuntas demi memastikan suara anak muda di Pokok Sena terus relevan dan didengari.

​Sambil bermesyuarat, kita selitkan juga kemeriahan Aidilfitri menerusi Jamuan Hari Raya AMK Pokok Sena.

Terima kasih buat semua pimpinan dan ahli yang hadir memberikan komitmen.

Mandat Digalas, Ukhuwah Diperkasa!



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pokok Sena telah turun meninjau beberapa kawasan terjejas banjir sekitar Pokok Sena. Hasil ...
03/10/2025

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pokok Sena telah turun meninjau beberapa kawasan terjejas banjir sekitar Pokok Sena. Hasil tinjauan mendapati ada kawasan yang sudah mula surut, namun terdapat juga kawasan yang masih tinggi paras airnya.

Dalam masa yang sama, sedikit sumbangan kewangan dan makanan ringan turut disampaikan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Ketua AMK Pokok Sena Sdr Afiq juga telah hadir ke Balai Polis Pokok Sena untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi banjir di kawasan berkenaan.

Semoga mangsa banjir terus tabah dan bersabar dalam menghadapi ujian ini.

Ucapan penghargaan dihulurkan kepada pihak PDRM, BOMBA dan APM yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir tanpa mengenal penat lelah. Tidak dilupakan juga penghargaan kepada pimpinan AMK Pokok Sena yang turut sama turun padang membantu.




02/10/2025

KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT HARUS GUNAKAN PENGARUHNYA SUPAYA KAPAL GLOBAL SUMUD FLOTILLA SAMPAI KE GAZA!

Antara petikan Saudara Kamil Munim ketika menyampaikan ucapan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sempena Himpunan Sumud Flotilla sebentar tadi.


01/10/2025

AMK KEDAH MENDOAKAN KESELAMATAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA YANG MENGHAMPIRI GAZA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah menzahirkan doa dan solidariti penuh terhadap misi Global Sumud Flotilla yang kini dilaporkan sedang menghampiri kawasan sekatan laut Israel dalam usaha membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Misi ini adalah simbol keberanian dan kemanusiaan sejagat, melawan kekejaman serta kezaliman yang berterusan ke atas rakyat Palestin. AMK Kedah berdiri teguh menyokong segala inisiatif yang bertujuan menyalurkan bantuan, membela hak asasi, serta menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terus ditekan dan dikepung.

Kami berdoa agar seluruh aktivis, sukarelawan, dan kru kapal Global Sumud Flotilla dilindungi daripada segala bentuk ancaman dan kekerasan. Semoga mereka selamat tiba ke destinasi dengan membawa sinar harapan buat saudara-saudara kita di Gaza.

AMK Kedah turut menyeru masyarakat Malaysia untuk bersama memperkukuh solidariti, menyuarakan sokongan, dan memperhebatkan doa agar perjuangan kemanusiaan ini berjaya menembusi sekatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis.



30/09/2025

π™†π˜Όπ™€π˜Ώπ˜Όπ™ƒ π™‹π™€π™‰π™‚π™‚π™π™‰π˜Όπ˜Όπ™‰ π˜½π™π˜Ώπ™„ π™ˆπ˜Όπ˜Ώπ˜Όπ™‰π™„ π™π™Šπ™‰95

Hari ini, 30 September 2025, lebih 16 juta rakyat Malaysia nikmati subsidi RON95 pada harga RM1.99 seliter. Hanya dengan MyKad & lesen memandu sah, rakyat boleh terus isi minyak di kaunter, pam atau aplikasi.

Dasar ini sudah dibincang sejak 90an tetapi kerajaan terdahulu tidak berani laksanakan nya kerana dianggap tidak populis.

Dengan tindakan kerajaan ini telah membuktikan bahawa PMX & Kerajaan MADANI punyai tekad politik yang berani demi menyelamatkan kewangan negara dan kembalikan maruah negara di landasan tepat.



Terbaik PMX
22/09/2025

Terbaik PMX

11/09/2025

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Kekerasan terhadap pasukan keselamatan adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan dan mesti dihentikan.

30.8.2025 | Sabtu | 9.00 Pagi-6.30 PetangAlhamdulillah, PESTABOLA MERDEKA MADANI POKOK SENA 2025 anjuran Angkatan Muda K...
01/09/2025

30.8.2025 | Sabtu | 9.00 Pagi-6.30 Petang

Alhamdulillah,
PESTABOLA MERDEKA MADANI POKOK SENA 2025 anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pokok Sena sempena Kemerdekaan ke-68 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya.

Kejohanan bola sepak 9 sebelah mendapat sambutan hangat daripada kalangan anak muda, diserikan lagi dengan program Jualan RAHMAH serta pemeriksaan kesihatan percuma daripada Primer Cherang Clinic Alor Setar yang turut mendapat perhatian ramai.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dr Taufiq Johari Ahli Parlimen Sungai Petani merangkap Naib Ketua AMK Malaysia atas kesudian hadir merasmikan program, serta kehadiran Saudara Fitri Ismail Ketua AMK Kedah. Terima kasih juga kepada Saudara Mohd Farhan Ahmad Ketua Pemuda UMNO Pokok Sena yang hadir memberi sokongan dan menghantar pasukan untuk turut serta dalam kejohanan ini.

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah yang memberikan sumbangan dan dokongan sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

Suasana penuh kemerdekaan, semangat kesukanan, dan perpaduan jelas terpancar sepanjang program serta menjadikan Pestabola Merdeka Madani Pokok Sena 2025 sebagai medan penyatuan anak muda serta masyarakat setempat.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ




PESTABOLA MERDEKA MADANI POKOK SENA 2025Ayuh kita semarakkan semangat KEMERDEKAAN Ke-68 di sini!πŸ“… 30 Ogos 2025πŸ•˜ 9.00 pag...
29/08/2025

PESTABOLA MERDEKA MADANI POKOK SENA 2025

Ayuh kita semarakkan semangat KEMERDEKAAN Ke-68 di sini!

πŸ“… 30 Ogos 2025
πŸ•˜ 9.00 pagi
πŸ“ Padang Belia Pokok Sena ( Arena Sena )

Acara menarik menanti anda:
⚽ Bola sepak 9 sebelah ( 16 Pasukan )
🎁 Cabutan bertuah
πŸ›’ Jualan Rahmah
( 9.00 pagi - 12.00 tengahari )
🩺 Pemeriksaan kesihatan percuma
( 9.00 pagi - 12.00 tengahari )

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana! πŸ‡²πŸ‡Ύ





Angkatan Muda Keadilan Negeri Kedah
AMK Malaysia Kamil Munim Taufiq Johari Fitri Ismail

Alhamdulillah, program edaran bendera Malaysia telah berjalan dengan lancar. Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan ...
28/08/2025

Alhamdulillah, program edaran bendera Malaysia telah berjalan dengan lancar. Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme menjelang Hari Kemerdekaan.

Terima kasih kepada semua yang turun bersama menjayakan program edaran bendera kepada orang ramai sumbangan bendera Malaysia daripada Angkatan Muda Keadilan Kedah.





Jom Meriahkan Sambutan Merdeka ke-68! AMK Pokok Sena bersama Keadilan Cabang Pokok Sena akan mengadakan Program Edaran B...
27/08/2025

Jom Meriahkan Sambutan Merdeka ke-68!

AMK Pokok Sena bersama Keadilan Cabang Pokok Sena akan mengadakan Program Edaran Bendera Malaysia sempena Hari Kemerdekaan.
Jom sama-sama turun bagi semarakkan semangat patriotik kita! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“… Tarikh: 28.8.2025
πŸ•˜ Masa: 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Pekan Bukit Pinang

Datang ramai-ramai, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan bangga! β€οΈπŸ€πŸ’›πŸ’™


Address

Pokok Sena

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

+60103571828

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMK Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AMK Pokok Sena:

Share