Mohsein Shariff

Call Contact the organization

Mohsein Shariff .

21/09/2026
Selamat Hari Malaysia 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ Hari Malaysia bukan sekadar tentang sejarah penyatuan sebuah negara, tetapi tentang kita y...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Malaysia bukan sekadar tentang sejarah penyatuan sebuah negara, tetapi tentang kita yang terus memilih untuk hidup bersama dalam kepelbagaian.

Berbeza latar, budaya dan pengalaman, kita tetap berkongsi tanah air yang sama.

Semoga Malaysia terus menjadi negara yang aman, inklusif dan memberi ruang kepada setiap rakyat untuk maju bersama.

16/09/2026

πŸ”₯ 𝟏 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ! 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 π€π…π…πˆπ πˆπ’π‹π€πŒπˆπ‚ πˆππ“π„π‘ππ€π“πˆπŽππ€π‹ π–π€πŠπ€π… 𝐅𝐔𝐍𝐃 𝐑𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ” π€πŠπ€π πƒπˆπ“π”π“π”π! ‼️πŸ”₯

⏳ Tinggal 1 hari sahaja lagi! Pendaftaran akan ditutup pada 16 September 2026.

Kalau masih belum daftar, inilah masanya! Jom sertai AFFIN Islamic International Wakaf Fund Run 2026 sempena Hari Sukan Negara 2026 bersama keluarga & rakan-rakan! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸƒ 3KM FUN WALK – RM35
πŸƒβ€β™‚οΈ 5KM FUN RUN – RM35

πŸ”₯ PROMOSI KOMBO β€” BELI 1, PERCUMA 1!

Daftar satu penyertaan dan dapat satu lagi penyertaan dalam jarak yang sama!

➑️ Daftar 1 penyertaan 3KM β†’ Dapat 1 lagi penyertaan 3KM
➑️ Daftar 1 penyertaan 5KM β†’ Dapat 1 lagi penyertaan 5KM

🎁 DAFTAR LARI, NIKMATI VOUCHER BERNILAI LEBIH RM500!

Antara voucher menarik daripada:
✈️ Rehlah International Travel & Tours
β˜• The Coffee Bean & Tea Leaf
πŸƒ Decathlon
πŸ”§ Bateriku.com

🎽 PESERTA TURUT AKAN DAPAT:
πŸ… Medal eksklusif
πŸŽ’ Drawstring bag
πŸ“œ E-Sijil + bib + pek snek
🎁 Peluang cabutan bertuah

✨ T-shirt tersedia dalam saiz kanak-kanak, lengan panjang & Muslimah!

🀲 RM5 DARIPADA SETIAP PENYERTAAN AKAN DIWAKAFKAN.

🏍️ MOTOSIKAL & PELBAGAI HADIAH MENARIK turut menanti dalam cabutan bertuah!

πŸ“… 11 OKTOBER 2026 (AHAD)
πŸ•– 7.00 PAGI
πŸ“ MASJID AR-RAYYAN, BANDAR CASSIA

🚨 TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 16 SEPTEMBER 2026

πŸ”— DAFTAR SEKARANG:

🎟️ Ticket2U:
https://www.ticket2u.com.my/event/49952/affin-islamic-international-wakaf-fund-run

πŸƒ Howei:
https://howei.com/registration/2251

Jangan lepaskan peluang! Tinggal 1 hari sahaja lagi untuk bersama-sama berlari, beriadah dan berwakaf. ❀️

Lari untuk kesihatan. Berwakaf untuk kesejahteraan. πŸ€²πŸƒβ€β™‚οΈ

TERBUKA KEPADA SEMUA. MAI BAWA SATU KELUARGA! β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

16/09/2026

KONVENSYEN KEADILAN PERMATANG PAUH 2026 πŸ”₯

Satu pertemuan. Satu tekad. Satu suara untuk terus memperkukuh perjuangan KEADILAN di Permatang Pauh.

πŸ“… 16 September 2026 | Rabu
⏰ 7.00 malam
πŸ“ Dewan PERDA Space & Sport Arena (PESSA)

Ayuh kita RENTAPP semula! πŸ”₯
Kita rapatkan saf, kuatkan semangat dan terus gerakkan perjuangan bersama.
Jumpa di sana!


04/09/2026

𝐀𝐏𝐀 π˜π€ππ† πŠπˆπ“π€ 𝐀𝐃𝐀, π€πŠπ‡πˆπ‘ππ˜π€ π€πŠπ€π πŠπˆπ“π€ π“πˆππ†π†π€π‹πŠπ€π.

Rumah, harta dan segala yang kita miliki akan sampai waktunya kita tinggalkan.

Tetapi ada yang boleh terus memberi manfaat walaupun kita sudah tiada.

π–πšπ€πšπŸ. 🌿

Seperti yang dilakukan oleh Dato’ Dr. Haji Razak K.V. Koya Kutty, yang mewakafkan sebahagian hartanya untuk manfaat umat Islam.

β€œApa yang kita ada, semua kita akan tinggalkan. Tapi apa yang kita beri, itulah yang kita akan dapat di akhirat nanti.”

Mungkin kita tidak mampu memberi banyak.
Tetapi setiap daripada kita mampu memberi sesuatu.

Mari tinggalkan manfaat yang terus mengalir.

πŸ“² Wakaf Pulau Pinang
InfaqPay: https://infaqpay.my/go/wakafpulaupinang

AFFIN ISLAMIC
WAKAF PULAU PINANG
1065 9000 9745

Sirru β€˜ala barakatillah. 🀲🏻

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi tanggungjawab untuk menjaga keamanan, memperkukuh ...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi tanggungjawab untuk menjaga keamanan, memperkukuh perpaduan dan membina masa depan Malaysia bersama.

Semoga kemerdekaan terus membawa kesejahteraan yang dapat dinikmati oleh setiap rakyat, tanpa mengira latar belakang.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

SALAM MAULIDUR RASUL12 RABIULAWAL 1448HSempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita me...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL
12 RABIULAWAL 1448H

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita menghayati kembali akhlak dan teladan Baginda dalam kehidupan.

Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan bagi insan yang mengharapkan keredaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat. Daripada sifat amanah, kasih sayang, kesabaran dan keadilan, setiap ajaran Baginda menjadi panduan dalam membentuk kehidupan yang lebih baik.

Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah Baginda dan menjadikan akhlak Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan seharian.

Semoga Maulidur Rasul tahun ini membawa keberkatan, memperkukuh ukhuwah dan menyemarakkan kecintaan kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ο·Ί.

Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

Selamat Berkongres kepada semua perwakilan, pemerhati dan anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™β€οΈSemoga kon...
13/08/2026

Selamat Berkongres kepada semua perwakilan, pemerhati dan anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2026. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’™β€οΈ

Semoga kongres ini menjadi ruang untuk kita terus memperkukuh perpaduan, memperkemas perjuangan dan membawa suara rakyat ke hadapan.

Selamat bersidang dan selamat berkongres!

Bersama Rakyat. Memperjuang Keadilan. Membina Masa Depan.

MAKLUMANUntuk makluman semua, akaun rasmi X (Twitter) Mohsein Shariff telah dipercayai digodam dan diambil alih oleh pih...
09/08/2026

MAKLUMAN

Untuk makluman semua, akaun rasmi X (Twitter) Mohsein Shariff telah dipercayai digodam dan diambil alih oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Hantaran terakhir yang dibuat oleh saya adalah pada 26 Mei 2026. Sebarang hantaran, mesej atau aktiviti selepas tarikh tersebut bukan di bawah kawalan atau pengetahuan pihak saya.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak melayan, mempercayai atau memberikan sebarang maklumat peribadi sekiranya menerima mesej atau melihat sebarang hantaran yang mencurigakan daripada akaun tersebut.

Saya sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan semula akses kepada akaun berkenaan.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Peluang utk golongan asnaf meningkatkan tarar ekonomi. Ayuh kita bersama
06/08/2026

Peluang utk golongan asnaf meningkatkan tarar ekonomi. Ayuh kita bersama

ππ„πŒπŽπ‡πŽππ€π ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π πƒπˆππ”πŠπ€
πŒπ€πƒπ€ππˆ π‘πˆπƒπ„π‘ππ‘π„ππ„π”π‘ & 𝐖𝐀𝐐𝐅 ππ‘πŽπ“π‡π„π‘π‡πŽπŽπƒ (πŒπ‘π–π)

MADANI RIDERPRENEUR & WAQF BROTHERHOOD (MRWB) merupakan inisiatif pemerkasaan ekonomi anjuran Wakaf MAINPP yang telah diluncurkan secara rasmi pada 25 Julai 2026 oleh YB Dato' Dr. Mohamad Abdul Hamid, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, sempena HAMBIPenang 2026.

Permohonan kini dibuka kepada πŸ‘πŸŽ 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟 π₯𝐞π₯𝐚𝐀𝐒 untuk menyertai Kohort Pertama MRWB.

🎯 Manfaat Program
βœ… Peluang pekerjaan di warehouse dengan gaji RM2,500 – RM3,000 sebulan.
βœ… Pelantikan sebagai Waqf Brotherhood.
βœ… Kemudahan kenderaan dan gajet bagi menyokong tugasan.
βœ… Tajaan Diploma Profesional selama 6 bulan.

πŸ“Œ Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia - penduduk atau bermastautin tetap di Pulau Pinang.
- Lelaki berumur 18–40 tahun.
- Golongan asnaf.
- Minimum SPM.
- Sihat tubuh badan dan mampu mengikuti latihan serta melaksanakan tugasan.

πŸ“‹ Permohonan akan melalui proses saringan dan temu duga. Hanya 30 peserta akan dipilih.

πŸ—“οΈ Permohonan Dibuka Sehingga
10 Ogos 2026

πŸ“² MOHON SEKARANG
Imbas Kod QR pada Poster atau klik πŸ‘‡πŸ»
https://forms.gle/19dYghMFbTzo1Xs49

Bina kerjaya. Tingkatkan kemahiran. Bina masa depan bersama MRWB.

Address

P PINANG
Pinang

Telephone

+60194114666

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohsein Shariff posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mohsein Shariff:

Shortcuts

Share