05/08/2026
Alhamdulillah. Pada 2 Ogos 2026, telah berlangsung satu perjumpaan rasmi antara PSSGP9 dan Persatuan Penduduk Tainia bagi membincangkan pelaksanaan aktiviti silat di kawasan Kota Damansara.
Semoga pertemuan julung kali ini menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang berterusan dalam mengembangkan aktiviti silat di kawasan ini. Diharapkan usaha ini dapat melahirkan generasi yang berdisiplin, berakhlak mulia, berkeyakinan tinggi serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
Insya-Allah, semoga segala perancangan dipermudahkan, diberkati dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua.
SILAT KEARAH AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR