Jiwa Hijrah - Pulih Jiwa dengan Al-Quran

Jiwa Hijrah - Pulih Jiwa dengan Al-Quran Ruang untuk jiwa yang ingin tenang dan berubah ke arah lebih baik. Inspirasi, motivasi & produk yang dekat dengan hati.

05/11/2025

1. Tafsir = Ilmu

Tafsir ialah penjelasan makna ayat berdasarkan ilmu, contohnya dari bahasa Arab, sebab turunnya ayat (asbabun nuzul), pandangan sahabat, ulama tafsir, dan konteks sejarah.

➡️ Tujuan tafsir:
Untuk tahu apa maksud sebenar ayat seperti yang difahami oleh Rasulullah ﷺ dan para sahabat.

Contoh:
Ayat “Dan dirikanlah solat” dalam tafsir, kita belajar maksud “dirikan” ialah melaksanakan solat dengan syarat, rukun, waktu, dan adabnya.

2. Tadabbur = Renungan hati

Tadabbur p**a ialah merenung mesej ayat dan mengaitkannya dengan diri sendiri.
Bukan semata-mata nak tahu makna asal, tapi nak rasa apa Allah nak ajar aku hari ni.

➡️ Tujuan tadabbur:
Untuk menghidupkan hati dan amal dengan ayat yang dibaca.

Contoh:
Ayat yang sama “Dan dirikanlah solat” bila kita tadabbur, kita tanya diri:
“Macam mana solat aku sekarang? Betul-betul buat aku dekat dengan Allah ke, atau sekadar rutin?”

22/10/2025

Nak mula tadabbur tapi rasa susah?
Tak perlu tunggu masa yang panjang, cukup 5 minit sehari.

📖 Pilih satu ayat yang menyentuh hati
🖋️ Baca maknanya dan tulis refleksi ringkas
💭 Tanya diri “Apa pengajaran untuk aku hari ni?”

Dari situ, Allah akan bagi rasa tenang yang kita cari.

Gunakan My Quran Journal untuk catat tadabbur harian biar setiap bacaan jadi lebih bermakna.

21/10/2025

“Kadang satu ayat cukup untuk buat hati tersedar. Tapi hanya bila kita berhenti dan tadabbur.

21/10/2025

Kadang-kadang hati rasa kosong walau baca Quran setiap hari.

Cuba berhenti sekejap. Buka satu ayat. Tulis. Fikir.
Taddabbur perlahan-lahan dengan My Quran Journal ✨
Supaya Quran bukan sekadar dibaca — tapi dirasai.

Nak mula tadabbur dengan cara yang mudah & teratur?📖 My Quran Journal teman terbaik untuk bantu kita dekat dengan kalam ...
17/10/2025

Nak mula tadabbur dengan cara yang mudah & teratur?
📖 My Quran Journal teman terbaik untuk bantu kita dekat dengan kalam Allah

PROMOSI ISTIMEWA
Pilih set yang sesuai untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada insan tersayang

Sesuai untuk:
✔️ Aktiviti tadabbur harian
✔️ Hadiah untuk sahabat & keluarga
✔️ Catatan perjalanan rohani

16/10/2025

𝐍𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐲𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐨𝐥𝐚𝐭 & 𝐛𝐚𝐜𝐚 𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧

Mulakan dengan satu langkah kecil — tadabbur.

My Quran Journal bantu kau catat ayat yang menyentuh jiwa, refleksi amalan & niat untuk perbaiki ibadah harian.

Ramai pengguna kongsi jurnal ni bantu mereka lebih fokus & tenang waktu ibadah.
Tempah sekarang & mula perjalanan hati yang baru

16/10/2025

Tak semua hadiah mampu ubah hati… tapi My Quran Journal buat penerimanya rasa lebih tenang, reflektif dan dekat dengan Al-Quran 💗

📦 Setiap jurnal datang dengan rekaan eksklusif, ayat inspirasi & ruang refleksi harian.
🎁 Sesuai dijadikan hadiah untuk sahabat, ibu, atau diri sendiri.
👉 Klik “Dapatkan Sekarang” untuk tempah sebelum stok habis!

14/10/2025

𝐌𝐨𝐦𝐞𝐧 𝐈𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐢𝐭𝐚 & 𝐀𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧

Tenangkan hati, buka mushaf, baca perlahan dan hayati setiap kalimah 🌿

Dengan Quran Journal, setiap bacaan boleh jadi ruang peribadi antara kita dan Allah. Tulis apa yang menyentuh jiwa… simpan sebagai kenangan iman ✍️

Jom mula journaling dengan Al-Quran hari ini

14/10/2025

📚 Nak rasa kelainannya bila baca Al-Quran?
• Tenangkan hati sebelum mula
• Baca perlahan & tertib
• Hayati makna dengan sepenuh jiwa

Jangan cepat bersangka buruk. Apa yang kita nampak belum tentu benar. Buruk sangka bukan saja merosakkan hati, tapi boleh memutuskan ukhuwa

Quran Journal bantu kekalkan setiap momen tu

14/10/2025

Jangan sekadar baca… rasa setiap ayat. Al-Quran bukan hanya untuk disebut, tapi untuk dihayati dengan hati yang tenang dan penuh adab.

📖 Adab membaca Al-Quran:
• Sucikan diri & tenangkan hati
• Baca perlahan dengan penuh adab
• Hayati setiap kalimah dengan jiwa

Nak bantu catat tadabbur & rasa hati setiap kali baca? Quran Journal ni pilihan terbaik

14/10/2025

Semua orang ada cara sendiri untuk rapat dengan Al-Quran. Ada yang hafal, ada yang tadabbur… dan ada yang catat setiap rasa hati ✍️

Quran Journal bantu anda mulakan langkah tu dengan mudah & tersusun.

Boleh guna untuk diri sendiri, atau hadiahkan pada orang tersayang.

Address

20-3 Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Taman Petaling Utama
Petaling Jaya
46150

Telephone

01155077093

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jiwa Hijrah - Pulih Jiwa dengan Al-Quran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jiwa Hijrah - Pulih Jiwa dengan Al-Quran:

Share