KRT Blok C PPR Lembah Subang 2

Contact the organization

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2 Makluman program yang dijalankan

26/09/2026

Terima kasih kerana menjadi penglibat teratas dan berjaya memasuki senarai penglibatan mingguan saya! 🎉 Shariza Basir, Mohd Ellie Ridzwan, Jaimy Matsenang, Faiz Hadis, Izaseriza Ayie, Sharifah Sharif

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 26 SEPTEMBER 2026 @ 0730Hrs - 1030Hrs  : GOTONG -ROYONG KOMU...
26/09/2026

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 26 SEPTEMBER 2026 @ 0730Hrs - 1030Hrs

: GOTONG -ROYONG KOMUNITI SEMPENA HARI CUCI 2026

Pada pagi ini telah berlangsung perkara tersebut.Lebih kurang 40 penduduk bersama AJK KRT telah terlibat dalam program ini.Program ini berlangsung seluruh negara secara serentak.
Turut hadir En. Rashidi, En. Farid dan Puan Aida dari pejabat SMK.
Dengan adanya program ini dapat memberi kesedaran tentang kebersihan persekitaran tempat tinggal.Pihak KRT berharap dimasa akan datang lebih ramai penduduk dapat turut serta.





Perpaduan Petaling
Perpaduan Selangor



Assalamualaikum/Salam Perpaduan..makluman awal 1 kebakaran kecil yang berlaku di papan pemuka lif bomba tingkat 7.Menuru...
24/09/2026

Assalamualaikum/Salam Perpaduan..makluman awal 1 kebakaran kecil yang berlaku di papan pemuka lif bomba tingkat 7.Menurut saksi pertama kejadian kebakaran berlaku sekitar jam 1930 ke jam 1935 pada 18.09.2026.Api telah berjaya dipadam sekitar jam 1940 sebelum ketibaan pihak bomba.Seramai 6 anggota bomba telah tiba pada sekitar jam 2000.Menurut siasatan awal pihak bomba, kebakaran ini berunsur kianat bukan dari litar pintas.Keputusan akhir akan disahkan oleh Pihak bomba forensic.1 laporan polis akan dibuat pada esok pagi..Mohon juga pada penduduk tidak kacau ganggu tempat kejadian sebelum pihak bomba forensik dtg untuk pemeriksaan.Jika ada yg kacau ganggu tempat kejadian,akan diambil tindakan laporan polis.

Assalamualaikum & Salam Perpaduan. Tuan/Puan dialu-alukan menyertai Gotong-Royong Komuniti sempena Hari Cuci Malaysia se...
24/09/2026

Assalamualaikum & Salam Perpaduan.

Tuan/Puan dialu-alukan menyertai Gotong-Royong Komuniti sempena Hari Cuci Malaysia seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 26 September 2026
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Blok C, PPR Lembah Subang 2

Program ini di anjurkan oleh KPKT akan berlangsung serentak di seluruh negara.

Tuan/Puan perlu mendaftar pada pautan/link yang akan diberikan pada hari tersebut untuk mendapatkan e-sijil penyertaan program ini.

Kehadiran dan keterlibatan Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat diharapkan.

Sekian, terima kasih.

*KRT BLOK C*
*PPR LEMBAH SUBANG 2*

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 2030Hrs - 2230Hrs  : TAKLIMAT RINGKAS BA...
24/09/2026

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 2030Hrs - 2230Hrs

: TAKLIMAT RINGKAS BAGI PELAKSANAAN PROGAM COMMUNITY STICKY 2.0

TEMPAT: BILIK IT BLOK C PPR LBAH SUBANG 2*
KEHADIRAN: 26 ORANG (WAKIL KKM, PKD PETALING, PEMADAM, PEJ PENGURUSAN & WAKIL-WAKIL BLOK)

Satu taklimat ringkas kepada wakil -wakil blok berkenaan program tersebut dilaksanakan di tempat kita sebagai komuniti rintis memandangkan kawasan kita menjadi 'hotspot' Wabak Denggi.

2. Sehubungan itu, satu perjumpaan semula akan diadakan pada pertengahan bulan Oktober 2026 bagi merealisasikan program tersebut.

Sekian, untuk makluman.





Perpaduan Petaling
Perpaduan Selangor



KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 0930Hrs - 11300Hrs  : Program serahan Ko...
24/09/2026

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 0930Hrs - 11300Hrs

: Program serahan Kotak "KITA MAIN' dari NGO Generasi Gemilang (Siri 2)

Sokongan dari :
Biro Pendidikan KRT BLOK C & TOYS LIBRARY

Telah berlangsung serahan kotak pertama " KITA MAIN" kepada 25 keluarga komuniti PPR LEMBAH SUBANG 2 yang mempunyai anak berusia bawah 3 tahun.

Setiap keluarga yang penyertai program ini akan menerina 3 kotak "KITA MAIN" dalam tempoh 6 bulan program ini berlangsung.

Di dalam kotak ini adalah permainan dan buku-buku untuk perkembangan awal kanak-kanak.





Perpaduan Petaling
Perpaduan Selangor



KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 0800Hrs - 1200Hrs  : PENYERTAAN KAEDAH P...
24/09/2026

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 19 SEPTEMBER 2026 @ 0800Hrs - 1200Hrs

: PENYERTAAN KAEDAH PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAN HERBA DI ATAS BATAS TANAH - TEKNIK PENANAMAN KANGKUNG DENGAN KAEDAH ALUR



Fasilitator : DR. MD. AIMAN TAKRIM BIN ZAKARIA, PENSYARAH KANAN, HOLTIKULTUR, UPM

Kod APPGM-SDG : Y25-KK049

Nama Projek : KEBUN KOMUNITI PPR LEMBAH SUBANG 2

Telah berlangsung kursus yang disertai 5 orang peserta projek dan 3 pegawai Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK). Kursus ini adalah Modul terakhir bagi melengkapkan pengisian tajaan projek yg telah berlangsung dari tahun lepas lagi.

Pada hari ini peserta diajar penanaman kangkung melalui kaedah alur. Ia diharap dapat menghasilkan kangkung yg lebih baik dan berkualiti dengan kaedah yang dipelajari.


Perpaduan Petaling
Perpaduan Selangor



KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 16 SEPTEMBER 2026 @ 2030Hrs - 2330Hrs  : SAMBUTAN HARI KEMER...
16/09/2026

KRT Blok C PPR Lembah Subang 2, Daerah Petaling, Selangor | 16 SEPTEMBER 2026 @ 2030Hrs - 2330Hrs

: SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 69 & HARI MALAYSIA 2026

Pada malam ini telah diadakan 1 majlis tersebut.Seramai lebih kurang 200 orang penduduk telah hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.Turut hadir tetamu kehormat En. Ehsan selaku ahli majlis zon 4,En Rasidi pegawai SMK,En Firdaus ,En Ghani,En Rahman selaku Pengerusi KRT Blok C PPR Lembah Subang 2 ,En Andy (pengerusi Persatuan Penduduk Blok D, PPR Lembah Subang 2) ,Pn Ayu Persatuan penduduk blok B LS 2 ,Cik Lee Yun ( Hara Makers ),Pak Akob &AJK Surau Al-Muhajirin, PPR Lembah Subang 2 .
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebangsaan diikuti nyanyian lagu Negeri Selangor.
Selepas itu bacaan ikrar yang dipimpin oleh adik Aqeef Noh .Bacaan doa oleh Ustaz Nordin bagi melakukan aktiviti seterusnya.
Pengacara majlis p**a En.Idham berpasangan dengan Pn Jana.
Turut diadakan pada permulaan majlis persembahan silat gayong oleh adik2 dari persatuan silat gayong Lembah Subang 2.
Antara aktiviti / pertandingan dijalankan seperti pertandingan basikal berhias ,soalan kuiz,pakaian tercantik dan cabutan bertuah.
Dengan adanya program seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk.Pihak KRT merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang terlibat secara langsung /tidak langsung.




Perpaduan Petaling
Perpaduan Selangor



Address

BLOK C PPR LEMBAH SUBANG 2
Petaling Jaya
47301

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KRT Blok C PPR Lembah Subang 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KRT Blok C PPR Lembah Subang 2:

Shortcuts

Share