22/03/2026
21 Mac 2026M Bersamaan 1 Saywal 1447H - Alhamdulillah, Solat Sunat Aidilfitri telah sempurna dilaksanakan di Masjid Nurus Saadah, Kampung Banggol Sena pada jam 8.30 pagi dengan kehadiran jemaah yang menggalakkan.
Solat telah diimamkan oleh Ustaz Muhammad Naim Nasrullah bin Azis dalam suasana penuh khusyuk dan tertib di dalam ruangan solat masjid.
Selepas selesai solat, para jemaah turut bersama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan, sekali gus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan kariah.
Turut diadakan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak hasil daripada infaq Ramadan yang telah disumbangkan oleh para jemaah.
Semoga segala amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.